Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Van Elektrik Mercedes-Benz eSprinter 2024, Boleh Bawa Muatan Hingga 1,000kg!
Roda4

Van Elektrik Mercedes-Benz eSprinter 2024, Boleh Bawa Muatan Hingga 1,000kg!

Abang HirataBy Abang Hirata04/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAWARAN dan permintaan kenderaan elektrik (EV) tempatan berada di landasan betul dengan pengguna ditawarkan pelbagai pilihan pada julat harga berbeza.

Bagaimanapun, ada ruang dalam segmen kenderaan perdagangan atau komersial untuk diberi lebih perhatian. Walaupun sudah ada syarikat menggunakan van perdagangan EV, tetapi belum cukup meluas.

Di Eropah yang menjadi antara pusat EV dunia, ada pelbagai van perdagangan EV boleh dipilih. Terbaharu Mercedes-Benz Vans mengumumkan harga untuk van panel eSprinter.

Berikut perinciannya Mercedes-Benz eSprinter:

Varian (permulaan):

  • Ditawarkan dalam dua varian: PRO dan SELECT.
  • Ada dua varian: L2 (panjang) atau L3 (ekstra panjang).
  • 113kWh eSprinter 414 Van L3 PRO (beban muatan dengan pemandu: 1,002kg)
  • 113kWh eSprinter 420 Van L3 PRO (beban muatan dengan pemandu: 1,002kg)
  • 113kWh eSprinter 420 Van L3 SELECT (beban muatan dengan pemandu: 995kg)

Trenkuasa

  • Kapasiti bateri: 81kWj atau 113kWj.
  • Kelajuan maksimum: 120kmj.
  • Keupayaan tunda: Hingga 1.5 tan.
  • Dua pilihan motor: 100kW atau 150kW.
  • Tork 400Nm.

Dimensi eSprinter L3 (mm)

  • Panjang 6,967mm, lebar 2,345mm dan tinggi 2,720mm.
  • Jarak roda 4,325mm dan radius putaran 15.3 meter.

Dari segi jarak pemanduan, eSprinter 113kWh 414 Van L3 PRO boleh dipandu hingga 436km, mengikut kombinasi prosedur ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTP), lebih sekali ganda berbanding model sebelum ini.

Ada tiga mode pemanduan: Maximum Range, Economic dan Comfort yang mengawal kuasa, daya tork dan kawalan suhu.

Sama seperti van EV Mercedes-Benz lain, eSprinter boleh menggunakan pengecas arus ulang-alik (AC) atau arus terus (DC) untuk pengecasan pantas.

Pengecas dalaman (on-board) boleh dicas menggunakan arus terus hingga 115kW di stesen cas pantas yang membolehkan bateri dengan kapasiti 113kWj dicas 10 hingga 80 peratus dalam masa 42 minit.

eSprinter bukan van komersial kosong, tetapi dilengkapi sistem multimedia MBUX (Mercedes Benz User Experience) terkini dengan saiz skrin 10.25 inci yang dapat beroperasi lebih pantas. Pelanggan juga boleh menggunakan ciri canggih digital seperti:

  • Telediagnostik dan pengurusan penyelenggaraan.
  • Bantuan kemalangan dan pengurusan bantuan jalanan.
  • Kunci dan buka kunci menggunakan aplikasi Mercedes me.
  • Kawalan suhu sebelum masuk/pra-aktif.
  • Paparan stesen cas dan jarak pada peta.
  • Fungsi pilihan Navigation with Electric Intelligence – Membuat kiraan laluan dan hentian cas optimum dalam masa nyata bergantung trafik dan persekitaran laluan. Fungsi ini turut membuat kiraan strategi hentian untuk pengecasan.

Mengenai harga, van panel eSprinter 113kWh dijual pada harga £73,260 (RM438,410).

Mercedes-benz Mercedes-Benz eSprinter Mercedes-Benz eSprinter 2024 Mercedes-Benz Sprinter Roda4 Van Komersial EV Van Panel EV Van Perdangan Elektrik
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.