Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Uruskan Marquez, Lorenzo dalam Repsol Honda Memang Satu Cabaran
Auto Terkini

Uruskan Marquez, Lorenzo dalam Repsol Honda Memang Satu Cabaran

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN Honda Repsol bakal berdepan cabaran baharu dalam menguruskan hubungan antara Marc Marquez dan Jorge Lorenzo yang akan menjadi rakan sepasukan pasukan itu dalam Kejuaraan MotoGP 2019, dan situasi ini diakui sendiri ketua pasukan, Alberto Puig. 

Lorenzo memilih berhijrah dari Ducati Team untuk menggantikan Dani Pedrosa bagi pasukan Repsol Honda musim depan. Ini bermakna pasukan pengilang itu memiliki dua pelumba berstatus juara kelas premier MotoGP buat kali pertama sejak 1989.

Menjelaskan rasional di sebalik keputusan Honda merekrut Lorenzo, Puig berkata, falsafah Honda ialah menandatangani pelumba terbaik yang ada pada satu-satu masa walaupun tindakan itu bakal membuatkan pasukan tersebut sakit kepala untuk cuba menguruskan ketegangan sesama pelumba.

“Pemahamannya, pasukan mahu memiliki pelumba terbaik, inilah prinsipnya.

“Kemungkinan ada di sana [untuk menandatangani Lorenzo], dan kami ambil. Pasukan lain, aku tak tahu bagaimana mereka buat, mungkin mereka tidak buat (macam ini).

“Bagi Honda, penting untuk menyediakan motosikal terbaik sebaik mungkin, dan berikan kepada penunggang yang pantas.

“Sudah tentu bukan mudah, tetapi jika kami mahu sesuatu perkara jadi mudah, mungkin kami tidak akan gerakkan pasukan pada tahap ini. Ia rumit, tetapi satu cabaran. Di Honda kami sentiasa cari cabaran.”

CABARAN URUSKAN PERSONALITI

Ini termasuk menguruskan personaliti dua penunggang terbaik, Honda dengan sengaja sedang menambah kesukaran untuk mencari cara menghasilkan jentera yang sepadan dengan kedua-dua pelumba, Marquez dan Lorenzo, yang memiliki gaya menunggang berbeza.

Pengurus Besar HRC , Tetsuhiro Kuwata mengetepikan dakwaan jentera RC213V versi terkini dibikin sepenuhnya mengikut kehendak Marquez.

“Sekarang, kami sedang membangun jentera untuk Marc dan juga Dani. Ia bukan hanya seorang penunggang. Jadi kami akan meneruskan cara sama tahun depan.

BACA >>> Honda RC 213V-S Pertama Dijual di eBay – RM1.17 Juta dalam Kondisi Serba Baharu

“Kami tidak tahu Jorge, mana satukah jenis mesin (yang dia inginkan). Tetapi sudah tentu kami akan cuba menyesuaikan keperluannya. Dan juga Marc ada banyak permintaan kepada kami, dan kami berusaha untuk mencapainya.

“Ini akan jadi sangat mencabar, tetapi kami tetap meneruskannya dengan cara sama. Jika kami boleh hasilkan mesin yang baik untuk Marc dan Dani, ini bermakna potensi teknikal kami ialah tinggi.

“Bagi tahun depan, kami cuba menyediakan jentera tahap tinggi untuk Marc dan Jorge.”

SUMBER: RideApart

2019 MotoGP Alberto Puig Dani Pedrosa Honda Honda MotoGP (2019) Honda RC213V Honda Repsol Jorge Lorenzo Marc Marquez MotoGP Tetsuhiro Kuwata
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.