Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)
Auto Terkini

UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) melancarkan lima model berprestasi jenama GR sebagai pembuka tahun 2023 iaitu GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.

Jenama GR mula diperkenalkan pada 2019 dan sinonim dengan GAZOO Racing iaitu program sukan bermotor global Toyota yang bersaing dalam siri peringkat tertinggi FIA seperti:

  • Kejuaraan Rali Dunia
  • Kejuaraan Enduran Dunia
  • Kejuaraaan Raid Rali Dunia

Penglibatan dan pengalaman dalam sukan bermotor tersebut membantu kumpulan jurutera GAZOO Racing untuk membangunkan model-model kenderaan berprestasi tinggi. Siri model GR Sport adalah versi kenderaan lebih berfokuskan sport yang dibangunkan daripada varian model popular Toyota.

Jurutera GR menambah baik prestasi dan meningkatkan lagi keseronokan pemanduan menerusi penambahbaikan eksklusif GR. Model GR dan GR Sport dijual melalui GR Garages iaitu satu konsep kedai-dalam-kedai.

Malaysia menjadi pasaran pertama di luar Jepun untuk memperkenalkan GR Garage dengan pelancaran GR Supra pada 2019.

Buat masa ini, ada lima GR Garages di pengedar terpilih Toyota di Semenanjung Malaysia yang menjual kereta GR, alat ganti GP dan barangan koleksi GR.

Pelancaran terbaharu GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport akan meluaskan lagi tawaran model melalui GR Garages dan membolehkan pelanggan memiliki opsyen pembelian lebih luas.

Pembeli model GR untuk kegunaan harian atau tujuan perlumbaan masing-masing layak menerima sokongan penuh selepas jualan dan bantuan dalam aktiviti pertandingan.

SENARAI HARGA SIRI GR 2023

  • GR Supra: RM645,000
  • GR Corolla: RM355,000
  • GR 86: RM295,000
  • Hilux GR Sport: RM159,880
  • Corolla Cross GR Sport: RM142,000

*Harga permulaan di atas ialah harga atas jalan tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Semua model GR dan GR Sport didatangkan dengan jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Hanya model Hilux GR Sport ada had waranti membabitkan jarak perbatuan iaitu 150,000km.

PERINCIAN TOYOTA GR SUPRA

  • Enjin: 3.0 liter 6-silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar
  • Kuasa: 382hp @ 5,800rpm hingga 6,500rpm
  • Tork: 500Nm @ 1,800rpm hingga 5,000rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan manual atau 8-kelajuan automatik
  • Pacuan: Roda belakang
  • Kelajuan maksimum: 250kmj
  • 0 – 100km/j: 4.4 saat untuk transmisi manual, 4.1 saat untuk kotak gear automatik
  • Suspensi: Suspensi adaptif
  • Rim: 19 inci
  • Tayar: 255/35 (depan), 275/35 (belakang)
  • Ciri Keselamatan: ADAS, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, sensor letak kereta pintar dengan fungsi brek kecemasan, pemantau titik buta, Limited Slip Differential elektronik dan RCTA
  • Ciri lain: paparan HUD, kerusi sports elektrik, cermin pandang belakang electromatik dan 12 pembesar suara JBL.
  • Warna: Prominence Red, Lighting Yellow (kuning), White Metallic (putih), Black Metallic (hitam), Dawn Blue Metallic (biru), Volcanic Ash Grey Metallic (kelabu), Matte Avalanche White Metallic (putih) dan Matte Storm Grey Metallic (kelabu).

PERINCIAN TOYOTA GR86

  • Enjin: 2.4 liter 4-silinder aspirasi normal (NA)
  • Kuasa: 233hp @ 7,000rpm
  • Tork: 250Nm @ 3,700rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik
  • Pacuan: roda belakang
  • Suspensi: MacPherson strut/double wishbone
  • Rim: 18 inci
  • Tayar: Michelin Pilot Sport
  • Ciri Keselamatan: Kawalan kestabilan, kawalan traksi boleh ubah, limited-slip differential pada axle belakang, brek lebih besar, ADAS, sensor letak kereta, kawalan pelayaran dan lampu automatik serta 7 beg udara SRS
  • Ciri lain: ruang dalaman berasaskan material kulit dan baldu premium, infotainmen 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, instrumen meter 7-inci TFT, mode trek

PERINCIAN TOYOTA GR COROLLA

  • Enjin: G16E-GTS 1.6 liter 3-silinder dengan pengecas turbo
  • Kuasa: 295hp @ 6,500rpm
  • Tork: 370Nm @ 3,000rpm hingga 5,550rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan manual pintar (iMT)
  • Pacuan: semua roda (AWD)
  • Rim: 18 inci aloi ENKEI
  • Tayar: 235/40 (Yokohama ADVAN Apex)
  • Ciri Keselamatan: Toyota Safety Sense, tujuh beg udara SRS, Sistem Telematik Kenderaan, rakaman video digital (DVR)
  • Ciri Lain: 3 mod pemanduan dan 3 mod AWD, fender lebar, bumbung karbon, tiga muncung ekzos, spoiler, instrumen meter digital 12.3 inci dengan HUD, infotainmen 9-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar.

PERINCIAN TOYOTA HILUX GR SPORT

  • Enjin: 2.8 liter 1GD-FTV 4-silinder turbo diesel
  • Kuasa: 201hp @ 3,400rpm
  • Tork: 500Nm @ 1,600rpm hingga 2,800rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan automatik
  • Pacuan: empat roda (boleh diaktif atau dimatikan)
  • Rim: 18 inci
  • Tayar: 265/60R18 (Highway Terrain)
  • Ciri Keselamatan: Limited Slip Differential automatik, kawalan traksi aktif, rear differential lock, Toyota Safety Sense, kamera 360º, lencana GR, stereng balutan kulit, pedal sport aluminium, paddle shifter, tempat duduk sport

PERINCIAN TOYOTA COROLLA CROSS 1.8 GR SPORT

Model import (CBU) tetapi memiliki rekabentuk sama seperti varian cross kenderaan utiliti sukan (SUV) Corolla Cross pemasangan tempatan (CKD) lain.

Corolla Cross 1.8 GR Sport nampak lebih sporty luaran dan dalaman selain menjanjikan pengalaman pemanduan lebih baik.

LUARAN

  • Skim dwi-warna dengan rona hitam untuk perumah cermin sisi, bumbung dan spoiler belakang.
  • Perumah cermin belakang jenis lut cahaya dengan pencahayaan LED
  • Kemasan bahagian bawah bampar belakang dan diffuser lebih sporty.
  • Grill radiator dengan kemasan hitam dan rekaan kasa dawai lebih teguh.
  • Rim aloi 18 inci jejari berkembar dengan rekaan eksklusif GR Sport.
  • Tiga warna pilihan iaitu Platinum White Pearl (putih dwi-tona), Red Mica Metallic (merah dwi-tona) dan Nebula Blue (biru dwi-tona).

DALAMAN

  • Ruang dalam hitam dengan jahitan benang merah.
  • Roda stereng, tombol gear dan but menerima balutan material kulit.
  • Tempat duduk menggunakan sarung material kulit.
  • Logo GR di butang tekan mula enjin dan sulaman GR pada perehat kepala kerusi barisan depan.
  • Karpet dengan corak GR

TRENKUASA

  • Enjin petrol ZR-FE 1.8 liter 4-silinder Dual VVT-i dengan output kuasa 137hp @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm.
  • Transmisi 7-kelajuan Sequential Shiftmatic (CVT) dengan pacuan roda depan.
  • Boleh tukar gear secara manual menerusi pilihan mode Sport, menawarkan pecutan dan penukaran gear lebih pantas.

PLATFORM TNGA

  • Menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture) yang menawarkan imbangan casis lebih baik, seimbang dan lincah.
  • Radius pusingan cuma 5.2 meter iaitu terbaik dalam kelas tersendiri.
  • Menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) Sport untuk stereng kuasa elektrik.
  • Olengan badan dikurangkan melalui talaan baharu untuk suspensi depan dan belakang (pegas gegelung dan strut).
  • Menerima tambahan bar prestasi untuk menambah baik ketegaran dan pengendalian lebih baik melalui pengurangan efek olengan badan.
  • Semua ciri dan komponen lain Corolla Cross GR Sport adalah sama seperti model Corolla Cross 1.8V. Ini termasuk:
    • Rel bumbung
    • Penyelarasan 8-peringkat tempat duduk pemandu menggunakan kuasa elektrik.
    • Kerusi penumpang belakang boleh miring.
    • Paparan infotainmen 9-inci dengan sambungan Android Auto dan Apple Carplay (sedia ada).
    • Pintu but belakang berkuasa dengan sensor kaki.
    • Ada ciri keselamatan Toyota Safety Sense 2.0, monitor pandangan panoramik 3D, tujuh beg udara SRS dan Sistem Telematik Kenderaan.
GR GAZOO Toyota Corolla Cross GR Sport (2023) Toyota GR Corolla 2023 Toyota GR Supra (2023) Toyota GR86 2023 Toyota Hilux GR Sport (2023) UMW Toyota (UMWT)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.