Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»UMW Toyota Motor Lancar Vios GR-S, Harga RM97,500
Roda4

UMW Toyota Motor Lancar Vios GR-S, Harga RM97,500

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HASIL ilham trek lumba, wakil pengedar rasmi kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor memperkenalkan Vios GR-S, yang juga debut global.

Sedan segmen-B dengan lencana GAZOO Racing Sport (GR-S)  itu dibangunkan di Malaysia sejak pengenalan GR Supra dan GR Yaris yang baru saja dilancarkan serentak. Ini ialah model tribut yang dibina berasaskan ilmu dan pengalaman yang diraih sepanjang tiga musim perlumbaan Vios Challenge di Malaysia.

Vios juga menjadi model GR Sport pertama dikeluarkan UMW Toyota Motor di kilang Bukit Raja, Klang dengan menampilkan kit aero agresif, terdiri daripada:

  • Bentuk bampar depan mirip GR Yaris
  • Bampar belakang dengan difuser
  • Spoiler hitam
  • Skirting sisi dan cermin sisi dengan kemasan hitam
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 205/45R17

Kabin Vios GR-S dipadankan kemasan baharu seperti berikut:

  • Tona hitam dan sulaman merah pada kerusi kulit
  • Sulaman lencana GR pada perehat kepala
  • Stereng kulit tiga jejari
  • Tombol gear kulit
  • Karpet lantai dengan lencana GR
  • Punat penghidup enjin dengan logo GR
  • Panel meter Optitron dengan jarum merah
  • Skrin 4.2-inci dengan animasi GR

Ciri lain Vios GR-S ialah bahagian suspensi mendapat talaan sport untuk pengendalian mantap dan meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Dipadankan transmisi automatik CVT 10-kelajuan dengan bantuan mod Sport dan pedal syif, termasuk respon pemanduan lebih responsif dengan mengekalkan bacaan RPM.

Vios GR-S, yang dikatakan jelmaan Vios Challenge itu, didatangkan dalam dua warna badan, Platinum White Pearl (putih) dan Red Mica Metallic (merah) pada harga RM97,500 (termasuk pengecualian cukai jualan).

BACA >>> Video Honda City RS Tapau Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!
BACA >>> Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

autoterkini sedan segmen-B Toyota Vios (2020) Toyota Vios GR Sport UMW Toyota Malaysia UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Roda4

    Range Rover GT – Model Paling Senyap, Rekaan Lebih Rendah

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.