Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji: KTM 200 Duke ABS (2022) yang Lebih Berkarakter, Tangkas
Pandu Uji

#TunggangUji: KTM 200 Duke ABS (2022) yang Lebih Berkarakter, Tangkas

WahidBy Wahid03/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI penunggang sukar menerima perubahan kerana lebih selesa dengan barang atau standard sedia ada. Jadi, apabila ada perubahan, kita mudah memberontak walaupun ia sesuatu yang baik. Seperti kes KTM 200 Duke ABS (2022) yang selesai saya tunggang uji ini.

Apa menarik tentang naked bike KTM ini.

BACA >>> KTM 200 Duke (2021) dengan Wajah Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM12.8k
BACA >>> KTM 890 Duke GP (2022) Lancar, Harga RM54k!

Perubahan yang Ketara

  • Sejujurnya, saya agak sangsi hendak menguji 200 Duke (2022) baharu ini, kerana model lama agak kasar dengan suspensi keras seperti ditala untuk kegunaan trek berbanding atas jalan. Enjin pula perlu diligat agresif untuk memecut, dan bahang enjin pula cukup terasa.
  • Namun, 200 Duke (2022) baharu ini sungguh menawan dari segi rekabentuk yang mirip 1290 Super Duke R. Penutup sisi tangki yang diunjur ke depan dan lebih lebar membuatkan naked bike ini tanpak seperti motosikal berkapasiti lebih besar.

  • Warna jingga badan juga kini lebih pekat. Saya difahamkan KTM Malaysia, warna baharu kali ini dicampurkan dalam gentian badan motosikal supaya lebih tahan lama dah tidak merekah.
  • Selain itu, binaan frem juga berbeza yang mana struktur utama tidak lagi dipateri dengan frem bawah pelana. Binaan baharu inimemberikan dua kelebihan, iaitu:
    • Pertama, jika ada mana-mana bahagian frem bengkok dan terpaksa dibaik pulih, atau ditukar, pemilik tidak perlu lagi ‘membogelkan’ seluruh motosikal atau menurunkan enjin.
    • Kedua, frem baharu mempunyai kekuatan yang ditala khas bagi memberikan kelenturan dalam sudut miring ketika mengambil selekoh. Kelenturan yang ditala itu ialah konsep yang digunakan banyak frem motosikal lebih besar dan jentera lumba.
  • Rombakan ke atas frem dan beberapa komponen secara tidak langsung mengurangkan berat motosikal kepada hanya 129.5kg.
  • Enjin pula nampak sama pada pandangan mata kasar, tetapi sistem agihan minyak enjin dirombak bagi memberikan pelinciran lebih efisien.
  • Komponen lain pula masih sama seperti 250 Duke seperti fork terbalik (USD) WP di depan dan monoshock WP putih di belakang.

BACA >>>  #BikinMotor: Dua Bulan Kuserahkan Jiwa Ragaku Hanya Untukmu, KTM 200 Duke Retro!

Pengalaman Menunggang

  • Bunyi enjin dan ekzos tidak seperti model lama, lebih berderum berbanding bunyi ‘BRRRRT’.
  • Deruman enjin juga lebih halus tanpa bunyi ketukan. Walaupun tahu ini model silinder tunggal, tetapi derumannya tidak kedengaran seperti enjin silinder tunggal biasa.
  • Pelana agak tinggi berbanding motosikal lain, tetapi bukan masalah besar. Perbezaan ketara, kusyen pelana kini lebih empuk, manakala posisi peg kaki lebih tinggi. Ini membolehkan saya memiringkan motosikal dengan lebih banyak ketika bermain selekoh.
  • Kejutan pertama ketika menunggang, karakter enjin 200 Duke (2022) baharu ini jelas berbeza. Paling ketara adalah kekuatan pecutan. Buka saja terotel, motosikal akan meluncur ke depan yang bukan saja atas jalan lurus, tetapi juga ketika keluar selekoh.
  • Dibandingkan model lama, saya perlu bermain gear setiap masa bagi mendapatkan pecutan kuat, tetapi enjin baharu kali ini mampu memecut kuat pada halaju rendah walaupun dalam posisi gear tinggi. Nampaknya, KTM sudah menala semula unit kawalan elektronik (ECU) enjin.
  • Top speed juga dipertingkat kepada 134kmj. Itupun ketika duduk menegak atas motosikal. Mungkin nampak rendah pada mata anda, tetapi itulah kelajuan sebenar dan bukan ‘speedo’ yang sudah ditala supaya acah laju.
  • Buktinya, saya selalu dikejar penunggang Waisuku (Y15ZR) dan Y16ZR (yang pastinya lebih ringan) ketika menunggang uji 200 Duke (2022) ini, dan mereka nampaknya gagal mengejar setiap kali saya memecut agresif.
  • Berbanding enjin lama, trenkuasa baharu ini terasa seperti dijana enjin 250cc silinder tunggal dengan hamburan tork dan kuasa pada apa saja tahap rev. Saya boleh menunggang motosikal ini dengan menggunakan gear lebih tinggi walaupun pada halaju rendah.
  • Apapun, jika suka berkonvoi atau menunggang jauh, saya syorkan tukar sproket belakang dengan dua gigi lebih kecil.
  • Perkara kedua buat saya terkejut ialah sistem suspensi. Seperti saya maklumkan di atas, tahap redamanan model ini sudah ditala semula.
  • Jadi 200 Duke (2022) baharu ini lebih selesa walaupun ditunggang melalui laluan banyak bonggol atau ditampal tidak rata.
  • Mulanya tidak percaya, sempat dulu saya periksa tekanan angin, dan semuanya cukup. Saya kemudian sengaja menghalakan motosikal meredah bonggol jalan dan tampalan jalan untuk mendapatkan kepastian. Ya, memang suspensi baharu ini dapat menyerap hentakan lebih baik hingga tidak terasa seperti buah pinggang hendak pecah.

  • Sudah tentu bonggol besar atau lubang dalam masih dapat dirasai kerana ini bukan motosikal advencer.
  • Suspensi baharu ini juga memberikan keyakinan luar biasa ketika melayan selekoh, terutama antara Batu Feringghi ke Teluk Bahang dan seterusnya ke Balik Pulau (saya mula menunggang uji motosikal ini di Pulau Pinang).
  • Sama juga di jalan Genting Sempah-Genting Highland. Suspensi model lama membuatkan motosikal terpesong dari garis selekoh apabila terlanggar lubang atau bonggol, tetapi tidak untuk naked bike baharu ini. Nampak selekoh, terus saja melibas masuk dengan confident!
  • Brek juga lebih kuat dan tidak terasa tidak cukup daya henti. Bentuk kaliper depan dan belakang sama, tetapi kualiti ditambah baik.
  • Sebelum terlupa, enjin 200 Duke lama terasa sangat panas kerana paip ekzos berada sebelah kiri enjin. Sebaliknya, paip ekzos baharu pula turun terus ke bawah enjin. Jadi, bahang enjin tidak terasa langsung. Kipas pula tidak kerap aktif seperti model dahulu kerana enjin baharu kini lebih sejuk.

Kelemahan

  • Selain kelebihan, setiap motosikal juga ada kelemahan. Pendapat saya, antara kelemahan 200 Duke (2022) baharu ialah pelana tinggi yang mungkin memberikan masalah kepada penunggang baharu dan bertubuh rendah.
  • Tetapi secara peribadi, tiada masalah kepada saya kerana sudah terbiasa menunggang motosikal tinggi.
  • Sebenarnya, ada teknik menunggang motosikal tinggi, iaitu jangan sesekali cuba turunkan kedua-dua belah kaki ketika berhenti.

Kesimpulan

  • Saya mengakui terkejut dengan perubahan 200 Duke (2022) baharu. Bukan saja berbeza berbanding model lama, tetapi juga motosikal lain dalam kelas sama.
  • Harga mungkin mahal berbanding model lain, tetapi saya masih sanggup membayar demi mendapatkan naked bike berkarakter seperti ini.
  • Jika ada bertanya sama ada saya akan memilikinya, saya akan jawab, ‘YA!’ tanpa perlu fikir panjang, apatah lagi dengan bayaran ansuran serendah RM284 sebulan.
  • Akhir sekali, siapa cakap sesuatu perubahan tidak mampu bawa kebaikan?

BACA >>> KTM 890 Duke GP (2022) Lancar, Harga RM54k!
BACA >>> Pista 125 ABS (2021) – KTM Duke China Ini Kini Patuh Euro5, Harga RM17k!

Auto Terkini Karnival KTM Malaysia Orange KTM KTM 200 Duke (2022) naked bike roda2 Tunggang Uji
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.