Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tukar Hon Aneka Bunyi Boleh Kena Denda Maksimum RM2k, atau Jel 6 Bulan
Auto Terkini

Tukar Hon Aneka Bunyi Boleh Kena Denda Maksimum RM2k, atau Jel 6 Bulan

Han OthmanBy Han Othman08/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS polis melancarkan operasi ekzos bising bersar-besar, kini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mahu menguatkuasakan larangan penggunaan hon aneka bunyi, dan jika didapati bersalah bolehn didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Penguatkuasaan terbaharu itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib yang mendedahkan Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama sudah dilancarkan sejak 1 Mac lalu di sekitar Selangor selepas mendapat aduan orang awam.

Operasi terpaksa dibuat memandangkan penggunaan hon aneka bunyi semakin banyak digunakan kenderaan, terutama kalangan pemandu lori dan bas. Menurut Nazli lagi, hon adalah antara instrumen penting sesebuah kenderaan yang berfungsi memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya lain menerusi sistem bunyi.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/03/hon-aneka-bunyi.mp4

Contoh bunyi hon aneka bunyi yang kini menjadi trending kalangan pemandu lori dan bas.

Bagaimanapun, penggunaan hon aneka bunyi jelas mengelirukan pengguna jalan raya lain mengenai isyarat yang mahu disampaikan selain mengganggu ketenteraman awam jika dibunyikan di kawasan perumahan.

Justeru tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana pesalah boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. Malah, tindakan memasang hon aneka bunyi secara aksesori (retrofit) juga boleh disaman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘memasang hon melebihi satu nada’.

Jika ditahan, pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan hon tersebut ditanggalkan sebelum Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) dikeluarkan. Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut.

Berdasarkan tinjauan kami, aksesori hon aneka bunyi itu ada dijual secara atas talian pada harga serendah RM40 hingga RM100.

BACA >>> Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
BACA >>> Tidak Perlu Risau Lagi Potong Lori, Samsung Tunjuk Prototaip Teknologi Skrin Belakang

Auto Terkini Hon Aneka Bunyi Hon Bas Hon Lori Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Nazli Md Taib
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.