• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tidak Perlu Risau Lagi Potong Lori, Samsung Tunjuk Prototaip Teknologi Skrin Belakang

Tidak Perlu Risau Lagi Potong Lori, Samsung Tunjuk Prototaip Teknologi Skrin Belakang

September 18, 2018 By AO Leave a Comment

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK kemalangan berlaku ketika pemandu cuba memotong kenderaan panjang dan besar seperti treler atau lori, terutama di jalan raya satu lorong dengan lalu lintas dua hala. Sebabnya, pemandu gagal membuat anggaran tepat jarak kenderaan depan selain tidak tahu situasi sebenar di depan lori.

Lebih buruk, apabila sesebuah lori itu bergerak perlahan, pemandu atau penunggang cenderung untuk mahu memotong yang langsung meningkatkat risiko kemalangan. Ini kerana saiz fizikal lori yang panjang, besar dan tinggi menghalang pandangan pemandu daripada melihat apa yang berlaku di depan.

BACA >>> BMW Intelligent Personal Assistant - Teknologi Teman Memandu yang Boleh Diharap

Jadi, teknologi baharu Samsung ini dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut.


Samsung Safety Truck didatangkan dengan kamera depan wayarles terbina dalam yang dihubungkan kepada 4 panel skrin di belakang lori (lihat gambar atas). Kamera depan akan menghantar imej untuk dipaparkan ke skrin belakang, sekali gus membolehkan pemandu mengetahui situasi di depan lori yang sedang mereka turuti.

Lihat video di bawah ini untuk mengetahui lebih jelas tentang teknologi Samsung Safety Truck.

BACA >>> Mercedes Cipta 'Digital Light' - Teknologi Lampu Pintar Mampu Interaksi dengan Sekeliling

Walaupun masih dalam fasa prototaip, Samsung kini sedang giat melakukan banyak ujian keselamatan. Setakat ini seperti dimaklumkan gergasi telekomunikasi itu, teknologi Samsung Safety Truck menunjukkan hasil memberangsangkan yan mana idea tersebut akan diperhalusi lebih baik kerana berpotensi menyelamatkan banyak nyawa pengguna jalan raya.

Artikel Berkaitan

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: kemalangan, lori, Samsung, Samsung Safety Truck, teknologi, teknologi automotif, Trak, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my