Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Street Scrambler (2019) Tampil Baharu dan Lebih Berkuasa, Harga RM65k
Roda2

Triumph Street Scrambler (2019) Tampil Baharu dan Lebih Berkuasa, Harga RM65k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DILANCARKAN pada 2017, Street Scrambler yang lasak dan versatil ialah antara model klasik tulen Triumph paling digemari. Versi 2019 kini tiba di pasaran tempatan dengan lebih kuasa dan perubahan spesifikasi terkini bersama teknologi termaju dalam kelasnya. 

Street Scrambler (2019) dijana enjin 900cc, SOHC penyejukan cecair berkuasa 63hp @ 7,500rpm dan tork 80Nm @ 3,200rpm. Enjin versi 2019 ini menghasilkan 8hp kuasa tambahan dengan rev enjin tinggi, dan garis merah kini 500rpm lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear klac manual 5-kelajuan. Sistem ekzos tinggi menawarkan bunyi motosikal lasak dan tunggangan lincah serta responsif.

BACA >>> #RetroAuto: Semua Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

TEKNOLOGI KELAS PERTAMA

  • Tiga Mod Tunggangan:  Mod Road dan Rain melaraskan tetapan kawalan pemetaan pendikit dan cengkaman, manakala mod Off-Road yang baharu akan mematikan sistem ABS dan Kawalan Traksi, dan kedua-duanya boleh dihidupkan semula ketika bergerak semudah menekan butang mod selama satu saat.
  • Kawalan Traksi Boleh Tukar: Mengoptimumkan hantaran tork apabila kehilangan cengkaman.  Kawalan ini boleh dimatikan berasingan menggunakan menu instrumen atau gabungkan dengan mematikan ABS menerusi pilihan mod Off-Road.
  • ABS Boleh Ubah: Meningkatkan keyakinan, keselamatan dan kawalan penunggang.
  • Klac Bantuan Tork: Memberikan kesan tukaran tork lebih lembut dan selesa.
  • Immobiliser: Didatangkan standard untuk keselamatan maksimum.
  • Port USB: Memudahkan pengguna mengecas telefon pintar, diletakkan bawah pelana.

BACA >>> #Intermot2018: Triumph Street Twin (2019) Buat Rombakan Enjin, Casis

WARNA & HARGA

Street Scrambler (2019) didatangkan dalam pilihan warna merah, putih, hijau dan aluminium kusam pada harga RM64,900. 

PERINCIAN BAHARU

Street Scrambler (2019) didatangkan dengan logo kontemporari baharu bersama gaya instrumen premium. Pelana menerima kemasan baharu dan ruang lebih lebar pada fork depan untuk menyerlahkan penampilan bersama ciri perincian Scrambler yang minimalis.

BACA>>>Triumph Dedah Rocket TFC Concept, Beri Bayangan Bakal Kemunculan Rocket III Baharu?

Pemilik juga boleh memperincikan penampilan Street Scrambler menerusi tawaran 120 aksesori kustom dengan Kit Urban Tracker.

GALERI
Fast Bikes Sdn Bhd roda2 Triumph Triumph Street Scrambler (2019)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.