Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Dedah Foto Tiger 1200 (2022) Serba Baharu, Lebih Ringan, Lebih Kuasa!
Auto Terkini

Triumph Dedah Foto Tiger 1200 (2022) Serba Baharu, Lebih Ringan, Lebih Kuasa!

WahidBy Wahid05/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS disajikan model Triumph Tiger 850 dan Tiger 900 dua tahun lalu, kini tiba giliran Tiger 1200 pula dinaik taraf untuk memenuhi syarat emisi Euro 5.

Namun, Triumph bukan hanya merombak semula enjin, tetapi dalam proses terakhir memperkenalkan Tiger 1200 serba baharu.

Tiger 1200, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Explorer’, semakin merapatkan jurang dengan mesin advencer paling popular dunia, iaitu BMW R1200GS/R1250GS. Tetapi ramai berpendapat model itu masih agak berat dan besar walaupun dipacu enjin 3-silinder berkuasa 139hp dan tork 122Nm.

Kuasa dan tork itu sebenarnya sudah cukup untuk mengatasi model GS, tetapi dibatasi berat kering mencecah 242kg, sedangkan berat basah R1250GS cuma 249 kg. Justeru, jurutera Triumph berusaha melahirkan Tiger 1200 generasi baharu yang lebih berkuasa, tangkas, padat dan lebih ringan.

BACA >>> Spesifikasi Triumph Street Twin (2021): Kemas Kini Minimalis, Harga RM39k

Jika kita perhatikan foto berikut yang didedahkan Triumph, model baharu itu nampak mirip Tiger 900. Bahagian enjin kinilebih tirus dengan ‘pinggang’ lebih ramping. Frem juga mirip Tiger 900 dengan frem utama boleh dipisahkan dari subfrem belakang.

Perhatikan juga syaf/swingarm yang nampak lebih tirus berbanding syaf/swingarm lama. Satu foto dari bahagian kanan menunjukkan penggunaan swingarm dua belah dan bukan lagi kombinasi syaf/swingarm sebelah. Swiangarm sebelah sebenarnya lebih berat daripada dua belah.

Juga, ada syaf tambahan atas swingarm untuk mengatasi fenomena ‘shaft jacking’, iaitu bahagian belakang motosikal mudah terangkat apabila terotel diperah pantas. Fenomena itu hanya terjadi kepada motosikal yang menggunakan syaf.

Enjin Tiger 850 Sport dan varian Tiger 900 seperti Rally Pro, Rally, GT Pro dan GT, menggunakan penalaan aci engkol ‘T-Plane’. Ia sebenarnya berfungsi atas prinsip enjin V4 jenis ‘Big Bang’, cuma kurang satu silinder.

BACA >>> BMW F 850 GS 40 Years GS Edition Lancar di Malaysia, Harga RM85.5k

Jadi, enjin ‘T-Plane’ menghasilkan pikap kuat seperti trenkuasa V-Twin pada rev rendah dan berubah karakter kepada jenis 3-silinder selari pada rev lebih tinggi. Hasilnya, penunggang merasakan enjin itu menghasilkan kuasa dalam sebarang rev dan gear.

Mungkinkah Tiger 1200 baharu nanti akan menggunakan enjin ‘T-Plane’ juga? Sama-sama kita nantikan.

Selain itu, visor angin dan lampu depan juga nampak baharu. Sudah pasti Tiger 1200 serba baharu itu akan menerima panel meter TFT lebih besar yang boleh mengawal fungsi kamera GoPro dan ada ciri navigasi arah, selain fungsi komunikasi dan muzik.

Kita tunggu pelancaran Tiger 1200 ini. Foto-foto tersebut menunjukkan aksi off-road model berkenaan, tetapi ada kemungkinan dua varian dilancarkan serentak, iaitu versi jalanan dan satu lagi off-road.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba jentera Triumph, anda pasti akan terpesona dengan karakjter enjin tiga-silinder model berkenaan dengan kawalan terotel yang jitu dan pengendalian paling tangkas berbanding mana-mana motosikal dalam kelasnya.

Rugi tidak mencuba, pergilah ke wakil Triumph berdekatan dan mintalah pandu uji.

BACA >>> Triumph Tiger 900 (2020) Baharu Lancar di India dengan Tiga Varian, Harga Mula RM76k
BACA >>> Triumph Speed Triple 1200 RS (2021) Lancar dengan Enjin Lebih Berkuasa, Harga RM83.9k

roda2 Triumph Triumph Tiger 1200 (2022)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.