• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Speed Triple 1200 RS (2021) Lancar dengan Enjin Lebih Berkuasa, Harga RM83.9k

Triumph Speed Triple 1200 RS (2021) Lancar dengan Enjin Lebih Berkuasa, Harga RM83.9k

January 27, 2021 By Aryon Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Motorcycles melancarkan Speed Tripe 1200 RS (2021) dan ada ura-ura model itu akan dilancar di Malaysia tahun ini. Menarik!

Hyopernaked itu kini tampil dengan enjin dinaik taraf daripada model terdahulu Speed Triple 1050 kepada trenkuasa lebih berkuasa (1,200cc), termasuk ciri dan teknologi lain yang dikemas kini.

Berikut perincian lengkap mengenai  Speed Tripe 1200 RS (2021):

BACA >>> Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

  • Dijana enjin baharu dipertingkat 12-injap 3-silinder sebaris 1,160cc DOHC penyejukan cecair yang mampu meledakkan kuasa setinggi 178hp, iaitu peningkatkan 30hp daripada model lama, manakala tork 125Nm (meningkat 8Nm).
  • Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat dan dilengkapkan ciri antigelincir Assist & Slipper (A&S), dan QuickShifter atas-bawah untuk kelancaran anjakan gear.

  • Rev enjin kini 650rpm lebih tinggi.
  • Walaupun fizikal badan model baharu ini lebih besar, tetapi berat 7kg lebih ringan daripada model terdahulu, dengan berat kerb 198kg.
  • Dibina berasaskan casis baharu lebin ringan dengan ergonomik tunggangan lebih agresif.
  • Walaupun saiz enjin lebih besar dan ledakan kuasa lebih tinggi, tetapi fiil tunggangan adalah setangkas model adik, Street Triple.
  • Dilengkapkan perkakasan fokus-trek seperti fork Öhlins dan brek Brembo Stylema, manakala tayar jenis Metzeler Ractec RR.
  • Pakej elektronik dibekalkan ialah ABS selekoh, kawalan traksi boleh ubah, lima mod tunggangan: Rain, Road, Sport, Track dan Rider Configurable (kustom), kawalan wheelie dan kawalan jelajah.
  • Penunggang turut disediakan unit GoPro dan kluster instrumen LCD TFT 5 inci dengan dua opsyen tema berbeza, serta sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
  • Gaya badan juga berubah yang kini direka lebih agresif. Lampu utama lebih tajam dengan teknologi LED penuh, manakala tangki minyak dan seksyen ekor lebih slik.

  • Rekabentuk rim juga baharu, manakala ekzos jenis tunggal rentang-belakang (upswept), tidak seperti model terdahulu dengan ekzos diposisikan bawah pelana.
  • Ada dua pilihan warna ditawarkan: Sapphire Black (hitam) dan Matt Silver Ice (perak).
  • Speed Tripe 1200 RS (2021) dijual pada harga £15,100.00 (RM83,930).

BACA >>> Triumph Tiger 900 (2020) Serba Baharu Akan Muncul dalam Filem Baharu James Bond

triumph-speed-triple-1200-rs-3
triumph-speed-triple-1200-rs-4
triumph-speed-triple-1200-rs-24
triumph-speed-triple-1200-rs-23
triumph-speed-triple-1200-rs-22
triumph-speed-triple-1200-rs-21
triumph-speed-triple-1200-rs-20
triumph-speed-triple-1200-rs-19
triumph-speed-triple-1200-rs-18
triumph-speed-triple-1200-rs-1
triumph-speed-triple-1200-rs-2
triumph-speed-triple-1200-rs-5
triumph-speed-triple-1200-rs-6
triumph-speed-triple-1200-rs-10
triumph-speed-triple-1200-rs-11
triumph-speed-triple-1200-rs-8
triumph-speed-triple-1200-rs-13
triumph-speed-triple-1200-rs-14
triumph-speed-triple-1200-rs-7
triumph-speed-triple-1200-rs-9
triumph-speed-triple-1200-rs-15
triumph-speed-triple-1200-rs-12
triumph-speed-triple-1200-rs-17
triumph-speed-triple-1200-rs-16
102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hyperbike, naked bike, roda2, Triumph Motorcycles, Triumph Speed Triple 1200 RS, Triumph Speed Triple 1200 RS (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my