Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tren Rapid KL Tergelincir Di Chan Sow Lin, Laluan Ampang/Sri Petaling Tergendala Pagi Ini
Auto Terkini

Tren Rapid KL Tergelincir Di Chan Sow Lin, Laluan Ampang/Sri Petaling Tergendala Pagi Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GANGGUAN besar melibatkan perkhidmatan Rapid KL Laluan Ampang/Sri Petaling berlaku pagi ini selepas sebuah tren dilaporkan tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan berhampiran Stesen Chan Sow Lin.

Menurut Rapid KL, insiden tersebut menyebabkan tren terbabit tidak dapat meneruskan perjalanan sekali gus mengganggu jadual operasi tren di laluan berkenaan. Pihak operator turut mengesahkan gambar dan video kejadian yang kini tular di media sosial adalah sahih.

25 Penumpang Dipindahkan Dengan Selamat

Ketika kejadian berlaku, seramai 25 penumpang berada di dalam tren tersebut. Bagaimanapun, semua penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Rapid KL memaklumkan keselamatan penumpang dan petugas menjadi keutamaan utama ketika operasi pemindahan dan kerja pemulihan dijalankan. Dalam masa sama, pasukan teknikal kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kerosakan suis landasan selain melaksanakan kerja baik pulih di lokasi kejadian.

Tren Alternatif Dan Bas Percuma Masih Disediakan

Bagi memastikan perjalanan pengguna tidak terjejas sepenuhnya, Rapid KL mengekalkan pelan perkhidmatan alternatif yang diumumkan sebelum ini. Antara perubahan operasi sementara yang dilaksanakan ialah tren dari Stesen Sentul Timur hanya beroperasi sehingga Stesen Pudu sebelum berpatah balik dengan kekerapan sekitar empat minit.

Selain itu, tren perantara turut disediakan antara Stesen Cheras dan Stesen Bandar Tasik Selatan di Platform 1 dengan sela masa kira-kira lapan minit.

Bagi pengguna di laluan Ampang pula, tren perantara beroperasi antara Stesen Ampang dan Stesen Pandan Jaya dengan kekerapan lima minit. Sementara itu, tren dari Putra Heights hanya bergerak sehingga Stesen Bandar Tasik Selatan sebelum membuat pusingan semula.

Bas Perantara Ulang-Alik Percuma Diaktifkan

Bas Rapid diesel baharu Prasarana

Rapid KL turut menyediakan bas perantara percuma bagi membantu pengguna bergerak antara beberapa stesen utama yang terjejas.

Antara laluan bas yang disediakan ialah:

  • Stesen Hang Tuah – Stesen Chan Sow Lin – Stesen Maluri – Stesen Pandan Jaya
  • Stesen Hang Tuah – Stesen Chan Sow Lin – Stesen Cheras

Menurut Rapid KL, bas ulang-alik tersebut bergerak pada sela masa sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Guna Laluan Putrajaya Untuk Ke Pusat Bandar

Penumpang yang ingin menuju ke pusat bandar disarankan menggunakan Laluan Putrajaya dengan pertukaran tren dilakukan di Stesen Sungai Besi bagi mengurangkan kesesakan di laluan terjejas.

Rapid KL turut meminta semua pengguna mematuhi arahan petugas stesen sepanjang tempoh gangguan berlangsung. Dalam kenyataan sama, pihak operator memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan meminta pengguna mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran media sosial rasmi Rapid KL serta aplikasi MyRapid PULSE.

SUMBER:

Rapid KL

BERNAMA

Bas Perantara Ulang-Alik Bas Percuma Laluan Putrajaya pusat bandar Rapid KL Tren Rapid KL tren tergelincir
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.