• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trak Isuzu Paling Laris di Malaysia Sepanjang 2020, Kekal Rekod 7 Tahun Berturut-Turut

Trak Isuzu Paling Laris di Malaysia Sepanjang 2020, Kekal Rekod 7 Tahun Berturut-Turut

January 25, 2021 By Abang GYL Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISUZU Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai jenama trak paling laris Malaysia sepanjang 2020. Malah, pengeluar itu turut mengekalkan kedudukan jenama trak nombor satu negara ini buat tahun ke-7 berturut-turut, termasuk menjadi jenama trak tugas-ringan nombor satu untuk tahun ke-11.

Pencapaian tersebut direkodkan berdasarkan data jualan tahunan trak yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Rekod tujuh tahun berturut-turut itu disumbangkan jualan keseluruhan Isuzu Malaysia sebanyak 4,747 unit dalam semua segmen sepanjang 2020.

Isuzu Malaysia No.1

Rekod  trak tugas ringan pertama di Malaysia selama 11 tahun berturut-turut pula disumbangkan model perdana pengeluar itu, iaitu trak ELF dengan jualan 4,551 unit sepanjang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Koji Nakamura berkata, jumlah trak dijual tahun lalu ialah perkongsian pasaran paling tinggi pernah direkodkan sejak penubuhan Isuzu Malaysia.

Menurutnya;

Tahun lalu juga ulang tahun ke-40 syarikat kami di Malaysia. Jadi, kejayaan ini pastinya pencapaian yang hebat buat kami. Ia juga bukti terhadap komitmen tidak berbelah bahagi pasukan dalam usaha melaksanakan pelan perniagaan kami.

"Fokus kami sekarang adalah terus mengukuhkan kualiti produk dan kecekapan servis bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan walaupun berdepan situasi pandemik Covid-19."

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isuzu Malaysia, isuzu malaysia 2020, isuzu malaysia trak paling laris, Koji Nakamura, lori isuzu malaysia, Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my