Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Vios Challenge: Sutan Mustaffa Kali Pertama Beraksi di Batu Kawan
Auto Terkini

Toyota Vios Challenge: Sutan Mustaffa Kali Pertama Beraksi di Batu Kawan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUTAN Mustaffa Salihin memang tidak asing dalam sukan permotoran tempatan. Beliau bakal beraksi dalam kelas Sporting di pusingan ketiga perlumbaan Toyota Vios Challenge sempena Festival Toyota GAZOO Racing di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, esok.

Sutan, yang mewakili SMS Motorsports, berkata, Vios Challenge ialah siri perlumbaan profesional kerana disokong sepenuhnya pengeluar ternama seperti Toyota yang semestinya sudah biasa dalam hal pemasaran, pengiklanan dan promosi.

BACA >>> Ayuh Orang Pulau Pinang, Mai Festival Toyota Gazoo Racing Di Stadium Batu Kawan Hujung Minggu Ini

“Sebagai pelumba persendirian, pakej ditawarkan sangat menarik. Daripada jentera yang disiapkan sepenuhnya pada harga berpatutan, bantuan pembiayaan turut disediakan, ada stok tayar untuk semusim, sut lumba, hadiah wang tunai menarik hingga layanan menyenangkan buat semua pelumba.

“Siri perlumbaan ini memberikan nilai cukup berbaloi. Saya sangat kagum dengan apa Toyota buat dan suasana keseluruhannya,” katanya.

Sutan, yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pelumba, membuat permulaan meyakinkan pada pusingan pertama sebelum meraih podium pertama dalam pusingan kedua. Namun, aksi di Pulau Pinang ialah cabaran pertama beliau berentap  litar jalanan dan masih berusaha mengatasi cabaran psikologi kerana berbeza dengan perlumbaan rali dan litar tetap.

Menurutnya, Vios Challenge mampu menjadi platform terbaik buat pelumba muda untuk membantu mengasah bakat dalam sukan perlumbaan yang adil dan sama rata.

BACA >>> Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

Berikut beberapa perlumbaan yang pernah disertai Sutan:

  • Merdeka Millenium Endurance (MME)
  • Kejuaraan Rali Malaysia (Malaysian Rally Championship)
  • Proton Production Championship
  • Jugra Challenge 2000
  • Johor Race Series 2004
  • Malaysian Super Series (MSS)

“Ini kali pertama saya berlumba di litar Stadium Batu Kawan. Saya akan manfaatkan setiap sesi latihan dan kelayakan untuk belajar lebih lanjut pasal karakter litar bagi mendapatkan talaan terbaik buat jentera saya,” katanya.

Pusingan ketiga Festival TGR akan diadakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dari 15-16 Februari 2020, dan terbuka untuk dikunjungi orang ramai.

SUMBER: HMetro | SMSMotorsport | FB SutanMustaffaSalihin

Auto Terkini Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) SMS Motorsports Sutan Mustaffa Salihin Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival Toyota Vios Challenge
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.