Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi
Auto Terkini

Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA sudah mendedahkan model generasi baharu Land Cruiser 300 Series yang dikhabarkan memasuki pasaran dunia selepas musim panas tahun ini.

Land Cruiser 300 Series (2022) menerima pembaharuan menyeluruh pertama sejak 14 tahun dan dilengkapkan ciri khas yang membolehkan pemiliknya tidur lebih nyenyak.

BACA >>> Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Splash – MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah

Karakter menarik dimiliki Land Cruiser membuatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kerap menjadi sasaran pencuri kereta. Kes kecurian model tersebut agak membimbangkan di Jepun dan beberapa lokasi lain.

Contohnya di Queensland (Australia), ada laporan mendedahkan Land Cruiser menduduki ranking pertama kenderaan paling banyak dicuri antara 2015 hingga 2017.

Pencuri dilaporkan menggunakan teknik serangan geganti (relay attack), iaitu memintas gelombang radio kunci pintar untuk melarikan SUV rersebut. Malah kes kecurian dilaporkan semakin menjadi-jadi, termasuk di rumah pemilik.

BACA >>> Toyota Land Cruiser 300 Series (2022) Lancar, Guna Platform Baharu, Enjin V6
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?

Ini membuatkan pasukan jurutera Toyota berusaha menaik taraf ciri keselamatan anti-kecurian untuk generasi baharu Land Cruiser dengan memperkenalkan sistem pengimbas cap jari bagi menghidupkan enjin. Bagaimanapun, bukan semua pasaran didatangkan dengan ciri keselamatan itu.

Butang penghidup enjin disertakan bersama pengimbas cap jari dan enjin hanya akan dihidupkan apabila cap jari pemandu sepadan rekod pendaftaran pemilik. Ciri itu juga akan menentukan siapa boleh memandu kenderaan tersebut, sekali gus menghalang insiden kecurian.

Pengesahan cap jari juga dibuat apabila pemandu memegang dan membuka pintu kenderaan, termasuk mengaktifkan memori tetapan kerusi.

Setakat ini, sistem pengimbas cap jari akan ditawarkan sebagai opsyen di Rusia dan mungkin diperluas untuk pasaran Timur Tengah.

Berikut fakta ringkas mengenai Land Cruiser 300 Series (2022):

  • Ada dua pilihan trenkuasa: petrol 3.5L V6 dan diesel 3.3L V6, tiada lagi trenkuasa V8.
  • Dibina menggunakan platform GA-F berasaskan Arkitektur Baharu Global Toyota (TNGA) dengan ketahanan dan kestabilan ditambah baik.
  • Berjaya menurunkan berat 200kg, dan lebih jimat bahan api daripada model terdahulu.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan

SUMBER: KurumaNews | TopSpeed

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Cruiser 300 Roda4 SUV Toyota Toyota Land Cruiser 300 Series (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.