• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?

#TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?

April 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

484
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA membaca spesifikasi kereta baharu masa kini, kita pasti akan perasan mengenai ciri konektiviti telefon pintar Android Auto atau Apple CarPlay (atau kedua-dua sekali) yang dilengkapkan pada unit infotainment skrin sentuh pada konsol tengah papan pemuka kereta.

Tahukah anda apa sebenarnya ciri tersebut? 

Teknologi hari ini sudah sangat sebati dengan kehadiran telefon pintar. Hampir semua perkara boleh dilakukan dengan peranti elektronik itu hingga membuatkan kita tidak boleh berhenti menggunakannya walaupun ketika memandu sama ada untuk melihat arah jalan, membalas mesej atau berhibur. 

Sebenarnya, situasi tersebut sangat berbahaya kerana boleh mengganggu fokus pemanduan. Justeru, ciri Android Auto dan Apple CarPlay dibangunkan bagi menyenangkan pemandu menggunakan telefon pintar tanpa terlalu menjejaskan fokus memandu. 

APAKAH ANDROID AUTO / APPLE CARPLAY?

Antaramuka Android Auto
Antaramuka Apple CarPlay

Ini ialah platform perisian untuk pengguna mengakses fungsi telefon pintar dengan mudah secara terus pada unit infotainment kereta tanpa perlu lagi membelek peranti. 

Apabila disambungkan, fungsi telefon pintar akan dipaparkan pada skrin unit infotainment kereta. Ini membenarkan antaramuka pengguna (UI) skrin infotainment asall diambil alih Android Auto atau Apple CarPlay.

Apa dipaparkan dua platform itu juga berbeza daripada paparan telefon pintar kerana memang direka khas untuk memudahkan urusan pemanduan, seperti penggunaan logo aplikasi lebih besar, dan antaramuka lebih ringkas.

AKSES ANDROID AUTO / APPLE CARPLAY?

Cara menggunakan dua platform ini sangat mudah. Pertama, aplikasi mobil Android Auto atau Apple CarPlay mesti dimuat turun terlebih dulu dalam telefon pintar.

Kemudian, pemandu perlu menyambungkan telefon pintar dengan kabel USB pada port pengecas khas yang disediakan dalam kereta (biasanya terletak berhampiran unit infotainment). Kerja menyambung kabel pengecas itu pula dibuat ketika kenderaan tidak bergerak. Apabila berjaya disambung, antaramuka Android Auto/Apple CarPlay akan terus terpapar pada skrin infotainment.

CIRI UTAMA ANDROID AUTO / APPLE CARPLAY?

Kebanyakan fungsi utama Android Auto dan Apple CarPlay melibatkan aplikasi yang kerap digunakan pemandu seperti berikut:

1. Navigasi
Paparan Waze melalui Apple CarPlay

Android Auto dan Apple CarPlay akan memaparkan paparan navigasi di telefon pintar secara terus pada skrin unit infotainment. Paparan untuk aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze sedikit berbeza mengikut skrin unit infotainment. 

Aplikasi navigasi ditawarkan dua platform itu jauh lebih baik kerana kebanyakan navigasi jenis terbina dalam (built-in) yang siap ada dalam kereta masih tidak cukup baik, tidak cukup dikemas kini dan agak susah digunakan. 

2. Google Assistant / Hey Siri

Fungsi ini membenarkan pemandu mengakses ciri bantuan kecerdasan buatan (AI) daripada telefon bimbit untuk membuat panggilan, membaca mesej, menetapkan destinasi navigasi dan lain-lain secara arahan suara. 

3. Lain-Lain Aplikasi

Ada beberapa aplikasi pihak ketiga lain boleh diguna dengan baik melalui platform Android Auto atau Apple CarPlay seperti WhatsApp, Facebook Messenger, Spotify dan banyak lagi. 

VERSI ANDROID DAN iOS SESUAI UNTUK FUNGSI INI

Bagi pengguna Android, hanya sistem operasi (OS) Android OS versi 5.0 ke atas saja boleh menggunakan platform Android Auto. Bagi telefon pintar dengan Android OS versi 10 ke atas sudah siap didatangkan dengan fungsi Android Auto, iaitu pengguna tidak perlu lagi memuat turun aplikasi tersebut menerusi Google Play. 

Pengguna Apple iPhone pula perlu menggunakan telefon pintar sekurang-kurangnya iPhone 5 ke atas dengan iOS versi 7.1 ke atas untuk mendapatkan fungsi Apple CarPlay. Kebanyakan kereta moden sudah dilengkapkan ciri konektiviti ini.

Namun, ada juga kenderaan yang masih tidak menyokong fungsi tersebut. Apapun, anda perlu lihat dulu spesifikasi kereta yang hendak dibeli.

BACA >>> Teknologi AI Akan Tentukan Siapa Layak Tunggang Motosikal di Singapura
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 6 Jenis Frem Kenderaan yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Digital Trends

Artikel Berkaitan

484
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Android, Android Auto, Android Auto vs Apple CarPlay, Apple, Apple CarPlay, Google, Google Assistant, Google Maps, Siri, Waze

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my