• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan

#ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan

March 20, 2019 By AI Leave a Comment

391
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSIDEN tayar terkena paku yang mungkin sengaja diletakkan bebudak nakal, ataupun memang sudah tidak bernasib baik, itu ialah antara situasi yang cuba dielakkan mana-mana mat motor. Lebih memilukan, yang menusuk itu bukan paku kecil, tetapi paku bersaiz besar, dan boleh jadi pula skru. Apa nak buat kalau sudah nasib badan...

Persoalannya, adakah penggunaan tayar tiubles ialah jalan penyelesaian?

tyre-sealer-inflator-aeropak
tyre-sealer-inflator-aeropak-2
tayar-bocor

Asalnya mungkin membantu, tetapi lebih kepada paku bersaiz kecil. Tayar tiubles memang direka untuk menahan kebocoran, lebih-lebih lagi jika ada sealan tayar yang anda boleh beli atas talian. Apa yang mudah, anda cuma perlu:

  • Cabut paku.
  • Masukkan sealan tayar pada tiub menggunakan inflator khas.
  • Kemudian pam macam biasa.

DIY GUNA KIT PANCIT

kit-tayar-pancit
diy-tampal-tayar

Anda juga boleh buat tampalan sendiri secara DIY (Do-It-Yourself) menggunakan kit pancit yang mudah saja dilakukan. Namun, itu bukan bermaksud tayar tiubles anda sentiasa selamat sepenuhnya. Ini kerana tayar yang bocor akibat paku atau skru bersaiz besar tidak mudah diatasi dengan hanya menggunakan sealan tayar atau kit pancit.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Periksa Tayar yang Bocor Kecil?

Jadi, penyelesaiannya cuma satu, bawalah motosikal ke bengkel motor berdekatan. Apapun lebih selamat jika anda sentiasa bersiap sedia dengan dua metod tampalan itu (sealan tayar dan kit pancit) sebagai persediaan menghadapi situasi tayar bocor. Lebih-lebih lagi jika merancang untuk berkonvoi.

TANDA-TANDA TAYAR TIUBLES TERTUSUK PAKU

tayar-motor-rosak
tayar-motor-pancit
periksa-tayar-dengan-sabun

Tayar tiubles tidak akan terus kempis apabila terkena paku. Biasanya, simptom kebocoran akan mula disedari apabila angin tayar semakin berkurangan tanpa sebab jelas hingga anda kerap mengisi angin hampir setiap hari.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?

Lebih sukar, tiada pula gelembung atau buih muncul apabila tayar bocor itu diuji menggunakan air sabun. Sebenarnya, cara yang betul ialah merendamkan tayar dalam air dan periksa bahagian tayar yang mengeluarkan buih. Kadangkala paku tertusuk sangat dalam hingga sukar untuk perasan. Anda mungkin terpaksa mengorek bahagian bocor tersebut sebelum dapat mencungkil keluar paku. Apabila sudah dicabut, barulah tampalan dapat dibuat.

Jangan tunggang motosikal dengan tayar kempis kerana boleh menyebabkan tayar anda rosak sepenuhnya. Kalau buntu sangat, cari saja stesen minyak dan pergi ke bahagian pam angin. Carilah nombor telefon 'TUKAR TIUB' dan telefonlah!

SUMBER: Suzuki.Id

391
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, Auto Terkini, Jenis tayar, Kit Pancit, Sealan Tayar, Tayar Bocor, tayar tubeless, Tip Periksa Tayar Bocor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my