Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota GR86 (2022) Mula Jual di Jepun Hari Ini, Harga Mula RM102k sahaja!
Auto Terkini

Toyota GR86 (2022) Mula Jual di Jepun Hari Ini, Harga Mula RM102k sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata28/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA kini semakin giat dalam sukan permotoran akar umbi dan ini boleh dilihat melalui penganjuran festival GAZOO Racing (GR) yang menjadi sebahagian agenda lebih besar pengeluar dari Jepun itu untuk mengangkat kereta dan jenamanya ke aras lebih tinggi.

Jika dahulu kenderaan Toyota disebut membosankan dan tiada jiwa, pandangan tersebut semakin berkurangan dengan pelbagai inisiatif dan produk hebat diperkenalkan. Antaranya penawaran model prestasi seperti 86, Supra A90 dan GR Yaris.

BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!
BACA >>> Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

Apa dilakukan Toyota adalah kembali kepada era lalu ketika jenama itu mendapat sanjungan tinggi. Toyota juga kembali ke kancah Kejuaraan Rali Dunia (WRC) selepas lama menyepi.

Dalam misi tersebut, Toyota menggunakan strategi pintar dengan membangunkan model 86 secara bersama dengan Subaru. Pasaran untuk model sebegitu tidak besar, jadi skala ekonomi diperlukan yang mana kerjasama dua jenama Jepun itu diteruskan lagi untuk membangunkan pula GR86.

Di Jepun, Toyota GAZOO Racing (TGR) memaklumkan jualan GR86 sudah bermula 28 Oktober (hari ini) dan boleh didapati di GR Garage dan pengedar Toyota. Harga pula sedap didengar,bermula 2,799,000 yen (RM102,200) sahaja.

Apa menarik tentang Toyota GR86?:
  • Berkongsi platform dengan Subaru BRZ.
  • Dipasangkan di kilang Subaru di Gunma, Jepun.
  • Keunikan GR86 terletak pada pengendalian dan respons serta kelincahan pada bahagian atas prestasi.
  • Menggunakan gril GR, dipanggil Functional MATRIX Grille.
  • Lencana baharu GR86 sebagai tanda evolusi daripada 86.
  • Ruang dalam kekal ringkas dengan panel instrumen dan pelbagai suis diatur secara horizontal supaya pemandu dapat fokus kepada pemanduan.
  • Piston enjin boxer diposisikan arah melintang.
  • Dilengkapi BOXER Meter dengan skrin berwarna 7 inci dan kluster instrumen LCD.
  • Animasi penghidupan enjin memaparkan gaya gerakan omboh secara melintang.
  • Sesaran enjin ditambah daripada 2.0L kepada 2.4L berkuasa 233hp @ 7,000rpm dan tork 250Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 6.3 saat berbanding model terdahulu (7.4 saat).
  • Respon enjin dipertingkat untuk menghadilkan pergerakan lancar dari rev enjin (rpm) rendah hingga tinggi.
  • Menggunakan sistem suntikan D-4S dengan dua jenis semburan. Satu bahagian menyembur terus ke dalam kebuk pembakaran, manakala satu lagi ke port masukan (intake port).

BACA >>> Pemandu Subaru BRZ Ini Ambil Masa 11 Minit Kumpul Saman Halaju RM31k!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

  • Dimensi badan hampir sama dengan model terdahulu, tetapi pusat graviti (CoG) kini lebih rendah.
  • Kekuatan badan lebih tinggi dengan lenturan sisi (lateral bending) dipertingkat sekitar 60 peratus, manakala ketegaran kilasan (torsional rigidity), 50 peratus.
  • Berat dikurangkan menerusi penggunaan banyak plat keluli tegangan tinggi (high-tensile steel). Bonet dan bahagian bawah enjin, bumbung dan fender depan dibuat daripada aluminium.
  • Varian automatik (AT) dilengkapi teknologi EyeSight5 Driver Assist Technology daripada Subaru.
Berikut senarai varian dan harga GR86 untuk pasaran Jepun:
VarianEnjinPacuanTransmisiHarga (Yen/RM)
RZFA24 2.4LBelakang6 Super ECT3,512,000/128,234
6 manual3,349,000/122,283
SZ6 Super ECT3,199,000/116,806
6 manual3,036,000/110,854
RC6 manual2,799,000/102,200

Toyota mensasarkan menjual 700 unit GR86. Kepada pemilik yang mahukan sesuatu lebih istimewa, Toyota menawarkan pelbagai komponen menarik GR PARTS untuk tampil lebih agresif.

Dengan pengenalan itu, adakah UMW Toyota Motor bakal membawa masuk GR86 seperti GR Yaris atau Supra? Berdasarkan dua model tersebut, jawapan diterima kemungkinan besar positif. Apapun kita kena tunggu pengesahan UMW Toyota dulu.

BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!
BACA >>> UMW Toyota Rancang Pembuatan Model Kenderaan Hibrid di Malaysia

Toyota GR86 dengan kit GR:

Toyota GR86:

Auto Terkini Gazoo Racing Kejuaraan Rali Dunia (WRC) Toyota Toyota GR Toyota GR86
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.