Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k
Roda4

Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan Camry versi dipertingkat (facelift) yang didatangkan dengan beberapa penambahbaikan dari segi prestasi, keselamatan dan rekabentuk lebih agresif.

Camry generasi kelapan itu diimport dari Thailand dan dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA). Hanya satu varian dibawa masuk, iaitu versi premium, Camry 2.5V.

BACA >>> Toyota Paling Laris Dunia 2021, Jual Lebih 10.4j Unit, Kekal Atasi Volkswagen Group

Berikut perincian Camry 2.5V (2022) versi Malaysia:

WARNA

  • Ada lima warna pilihan: Graphite Metallic (kelabu gelap), Silver Metallic (perak), Red Mica (merah), Platinum White Pearl (putih mutiara) dan Burning Black (hitam).
  • Ada kos tambahan RM800 untuk Platinum White Pearl (putih mutiara) dan Burning Black (hitam) sebagai warna spesial.

HARGA

  • Dijual pada harga RM199,109.50, termasuk pengecualian cukai jualan, tanpa kos insuran.
  • Waranti diberikan 5 tahun tanpa had perbatuan.

BACA >>> Indonesia Tawar Varian Hibrid untuk Toyota Corolla Altis (2022), Harga RM150k

TRENKUASA

  • Dipacu enjin 4-silinder sebaris 16-injap 2.5L Dynamic Force 2,487cc DOHC dengan teknologi VVT-iE berkuasa 206hp @ 6,600rpm, dan tork 253Nm @ 5,000rpm.
  • Transmisi automatik Direct Shift 8-kelajuan dengan nisbah gear lebih panjang. Juga disertakan pedal syif.
  • Ada tiga mod pemanduan: ECO, Normal dan Sport.

BINAAN

  • Sama seperti model terdahulu, Camry edisi 2022 ini dibina berasaskan platform TNGA yang memberikan casis lebih kuat dan pusat graviti (CoG) lebih rendah, sekali gus membantu meningkatkan kualiti pengendalian.
  • Tahap getaran lebih rendah untuk pemanduan lebih selesa.
  • Penutup bonet lebih rendah yang membantu meningkatkan sudut pandangan pemandu.

REKABENTUK

  • Menerima sentuhan kosmetik untuk menyerlahkan keanggunan sebuah sedan segmen-D dengan mengemas kini bahagian depan seperti ruang ambila udara menerusi gril dan bilah hitam yang lebih panjang ke sisi bampar.
  • Dipasangkan rim aloi 18 inci dwi-tona baharu.
  • Lampu depan LED kembar dengan lampu siang (DRL) LED, manakala lampu belakang LED jenis smoked.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?

KABIN

  • Papan pemuka lebih moden dengan ventilator penyaman udara diposiskan lebih rendah.
  • Unit infotainmen 9 inci jenis apung diposisikan atas ventilator penyaman udara di tengah papan pemuka, dan dilengkapkan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay. Skrin model terdahulu 8 inci.
  • Aksen kelabu kusam kini menggantikan kemasan kayu tiruan jenis kilat pada papan pemuka.
  • Ada sembilan unit pembesar suara JBL disediakan, termasuk subwufer sebagai hiburan premium ketika memandu.
  • Kerusi belakang jenis boleh laras elektrik yang boleh disetkan sudut condong.
  • Penumpang belakang boleh mengawal ventilator penyaman udara dan  tirai suria, termasuk mengawal sistem audio.
  • Perubahan tetapan boleh dilakukan penumpang belakang menerusi panel kawalan di sebalik kerusi tengah belakang. Apa perlu dibuat adalah merebahkan kerusi tengah itu (biasanya dijadikam perehat lengan) untuk mendapatkan akses panel kawalan tersebut.

RM199 Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS

KESELAMATAN


Aspek keselamatan Camry juga ditambah baik, termasuk dalam pakej  Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) untuk semua kelajuan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Brek Automatik untuk Trafik Lintas Belakang (RCTAB)
  • Sonar Pelepasan Pintar (Intelingent Clearance Sonar, ICS)
  • Monotor Pemandangan Panoramik (PVM)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dan Brek Pegun Automatik (HHA)
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS)
  • 7 beg udara
Roda4 Toyota Camry 2.5V Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift Toyota Camry Gen 8 Facelift UMW Toyota Motor UMWT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.