Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Aygo (2018) Versi Facelift Bakal Debut Muncul di Geneva
Auto Terkini

Toyota Aygo (2018) Versi Facelift Bakal Debut Muncul di Geneva

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENERASI terbaharu Toyota Aygo diperkenalkan pada 2014 dan selepas empat tahun berada di pasaran global, model hatchback itu kini sudah sedia disegarkan supaya kekal relevan. Terbaharu, Toyota memutuskan memperkenalkan Aygo versi dipertingkat atau facelift sempena Pameran Motor Geneva 2018, bulan depan.

Pengemaskini  terbaharu itu menjadikan Aygo lebih moden dengan mengekalkan rekabentuk X pada bahagian depan yang digabungkan dengan lampu bentuk boomerang, dilarik sepanjang pinggir bonet. Lampu utama projektor itu turut dipadankan lampu siang (DRL) LED.

BACA >>> Perodua Axia Paling Laku Sepanjang 2016, Diikuti Myvi, Alza dan Bezza

Bahagian gril dan bampar masih sama dengan model terdahulu. Padanan yang mirip model Yaris versi Eropah. Perincian lain adalah rim 15-inci dua tona dan lampu belakang dengan rekaan LED lebih menarik.

Buat masa ini, Toyota cuma mendedahkan penampilan luaran Aygo, manakala imej kabin masih disimpan rapi. Aygo facelift (2018) didatangkan dalam 4 varian, iaitu:

  • Aygo X-Play –  Dilengkapkan sistem infotainment dengan skrin 7-inci.
  • Aygo X-Clusiv – Penyaman udara automatik, kerusi semi-kulit, ciri Toyota Safety Sense (TSS), dan warna badan dua tona.
  • Aygo X-Cite –  Warna magenta didatangkan dengan warna hitam pada luaran, dan rim hitam serta kabin juga berwarna magenta. Varian ini menampilkan kerusi khas trim benang magenta.
  • Aygo X-Trend – Dipadankan warna hitam dan biru menyala. Warna sama turut dipadankan pada bahagian kabin dan kerusi semi kulit.

Aygo facelift (2018) menggunakan enjin 3-silinder 998cc dengan nisbah mampatan lebih tinggi bersama sistem suntikan bahan api, menghasilkan kuasa 70hp dan tork 93Nm. Toyota turut menambah baik aci imbang (balance shaft) untuk mengurangkan getaran melahu.

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 13.8 saat, manakala kadar penjimatan bahan api ialah 25km per liter dengan kadar emisi 90g/km. Apa pendapat anda? Kalau Malaysia bawa masukpun sudah cukup mantap ataupun pihak Perodua mahu buat rebadge menjadi model Axia? Eh, itu Ayla kan? 😛

hatchback Pameran Motor Geneva 2018 Perodua Perodua Axia Roda4 segmen A Toyota Toyota Aygo facelift (2018) Toyota Yaris UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.