Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYARIKAT Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch n’ Go) memperkenalkan keupayaan Titan Flow Technology, teknologi kutipan tol yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia bagi menyokong pelaksanaan sistem Multi-Lane Fast Flow (MLFF) pada masa hadapan.

Teknologi tersebut dipertontonkan menerusi sesi pandu uji media di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menggunakan lorong Enhanced RFID yang dikenali menerusi simbol bintang emas di Plaza Tol Dato Keramat. Demonstrasi itu turut mendapat sokongan GWM Malaysia yang menyediakan kenderaan untuk ujian dalam situasi pemanduan sebenar.

Dibangunkan Untuk Keadaan Jalan Raya Malaysia

Menurut Touch ‘n Go, Titan Flow dibangunkan oleh tenaga pakar tempatan dengan mengambil kira corak pemanduan rakyat Malaysia, keadaan trafik serta faktor cuaca tropika yang sering berubah.

Sistem ini menggabungkan beberapa teknologi seperti RFID, Automatic Number Plate Recognition (ANPR), Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML) dan LiDAR bagi mewujudkan beberapa lapisan pengesahan transaksi. Hasilnya, teknologi itu mampu mencapai kadar ketepatan pengesanan sehingga 99.98 peratus dalam keadaan penggunaan sebenar.

RFID Kekal Teras Sistem MLFF

Walaupun penggunaan kamera dan AI memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kenderaan, Touch ‘n Go menjelaskan bahawa teknologi RFID masih menjadi komponen utama kerana lebih stabil dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk hujan lebat, silau cahaya dan jarak penglihatan yang berubah-ubah.

RFID turut dilengkapi sistem penyulitan (encryption) dan pengesahan identiti bagi mengurangkan risiko tag diklon atau disalahgunakan. Apabila digabungkan dengan ANPR, AI, ML dan LiDAR, setiap transaksi melalui beberapa lapisan semakan sebelum disahkan.

Lorong Enhanced RFID Jadi Tapak Ujian

Buat masa ini, sebahagian komponen Titan Flow telah digunakan pada lorong Enhanced RFID yang beroperasi di Plaza Tol Dato Keramat, AKLEH.

Pengguna yang melalui lorong tersebut menikmati proses pembayaran tol yang lebih pantas dan lancar, selain menjadi antara langkah awal ke arah pelaksanaan sistem MLFF tanpa palang yang sedang dirancang di Malaysia.

Disokong Jutaan Pengguna Touch ‘n Go

Teknologi Titan Flow dibangunkan berasaskan ekosistem Touch ‘n Go yang kini merangkumi lebih 4.7 juta pengguna RFID berdaftar serta 27 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet yang disahkan.

Dengan jumlah transaksi mencecah berbilion setiap tahun merangkumi pembayaran tol, parkir dan pelbagai perkhidmatan mobiliti lain, Touch ‘n Go yakin infrastruktur sedia ada mampu menyokong pembangunan sistem tol generasi baharu.

Ciri SOS Balance Elak Tersangkut Di Plaza Tol

Selain memperkenalkan Titan Flow, Touch ‘n Go turut mengetengahkan fungsi SOS Balance dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang membantu pengguna meneruskan perjalanan walaupun baki eWallet tidak mencukupi ketika melalui plaza tol.

Sejak diperkenalkan, ciri tersebut telah membantu kira-kira 36 juta perjalanan tanpa gangguan dengan memberikan tempoh kepada pengguna untuk menambah nilai dan melunaskan bayaran selepas transaksi dilakukan.

Tumpuan Kepada Pengalaman Pemanduan Lebih Lancar

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd, Praba Sangarajoo, berkata matlamat utama Titan Flow ialah memastikan pengalaman melalui plaza tol berlaku secara lancar sehingga pengguna hampir tidak menyedari proses pembayaran yang sedang berlangsung.

Menurut beliau, kadar ketepatan 99.98 peratus bukan dicapai melalui satu teknologi semata-mata, sebaliknya hasil gabungan RFID, ANPR, LiDAR serta AI yang saling melengkapkan antara satu sama lain bagi memastikan setiap transaksi direkodkan dengan tepat dan selamat.

GWM Malaysia Sokong Demonstrasi Teknologi Baharu

Demonstrasi media itu dijalankan dengan kerjasama GWM Malaysia, yang menyediakan pelbagai model kenderaan merangkumi EV, HEV, PHEV dan enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk menguji prestasi sistem dalam keadaan penggunaan sebenar.

Touch ‘n Go berkata pembangunan Titan Flow merupakan sebahagian daripada usaha jangka panjang syarikat untuk memperkukuh ekosistem mobiliti digital negara, merangkumi pembayaran tol, parkir, pengangkutan awam serta penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang lebih pintar dan bersedia menghadapi era MLFF.

AKLEH Artificial Intelligence (AI) Automatic Number Plate Recognition (ANPR) Enhanced RFID EV HEV ICE LiDAR Machine Learning (ML) Multi-Lane Fast Flow PHEV plaza tol Plaza Tol Dato Keramat RFID TNG SOS Balance Touch N Go
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.