Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota 4Runner 40th Anniversary Special Edition (2022), SUV Imbas Kembali Gaya Retro!
Roda4

Toyota 4Runner 40th Anniversary Special Edition (2022), SUV Imbas Kembali Gaya Retro!

Abang HirataBy Abang Hirata15/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI MEDIA sosial sekarang anda boleh jumpa sekumpulan peminat yang giat memelihara khazanah kenderaan klasik dan retro.

Memang banyak boleh ditemui, termasuk peminat yang menggemari kenderaan jenis jip dan pacuan empat roda (4X4) dengan mengekalkan gaya asal seperti pelekat grafik dan rim besi ‘kompang’. Melihat jip begitu, terasa seperti kembali ke era dahulu atau mengimbas kenangan menonton rancangan televisyen lama.

BACA >>> Toyota Corolla (2020) Nightshade Edition – Edisi Khas Kemasan Hitam untuk Pasaran AS
BACA >>> Toyota Sienna 25th Anniversary Edition – Minivan Kegemaran Amerika Ini Cuma Ada 2,525 Unit!

Merancakkan lagi scene retro, Toyota memperkenalkan 4Runner 40th Anniversary Special Edition (2023). Seperti namanya, model ini dihasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-40 4Runner dan hanya 4,040 unit dikeluarkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

4Runner ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) popular di AS, dan dalam tempoh lebih empat dekad, lebih 4 juta unit terjual! Berikut ciri-ciri 4Runner 40th Anniversary Special Edition (2023):

  • Model khas disiapkan daripada 4Runner SR5 Premium.
  • Ada tiga warna: putih, Midnight Black Metallic (hitam) dan Barcelona Red Metallic (merah).
  • Rim aloi 17 inci warna gangsa.
  • Gril warisan Toyota dan lencana 40th Anniversary gangsa pada pintu but.
  • Grafik warisan dan retro ala 80-an warna kuning, jingga dan merah.

  • Logo khas pada konsol tengah.
  • Sulaman warna gangsa pada tombol gear, kerusi dan karpet kaki.
  • Logo 40th Anniversary pada kerusi.

Berikut pula ciri-ciri Toyota 4Runner (2023):

  • Ada varian 4Runner SR5, SR5 Premium, TRD Sport, TRD Off-Road, TRD Off-Road Premium, Limited dan TRD Pro.
  • Enjin 4.0L Dual VVT-i V6 berkuasa 270hp dan tork 377Nm dengan transmisi automatik 5-kelajuan ECT-i.
  • Keupayaan tunda 2,268kg.
  • Dilengkapkan Toyota Safety Sense-P (TSS-P) dan Sistem Keselamatan Bintang (Star Safety System, SSS), Pemantau Titik Buta (BSM), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Lapan beg udara, Peringatan Penumpang Belakang.

Harga belum dimaklumkan dan sebagai rujukan 4Runner SR5 Premium dijual bermula AS$41,515 (RM181,830).

BACA >>> GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!
BACA >>> 
5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Toyota Toyota 4Runner Toyota 4Runner 2023 Toyota 4Runner 40th Anniversary Special Edition Toyota 4Runner 40th Anniversary Special Edition 2023
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo V 2026
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

    11/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026
    Roda4

    Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

    11/05/2026
    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.