Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla (2020) Nightshade Edition – Edisi Khas Kemasan Hitam untuk Pasaran AS
Roda4

Toyota Corolla (2020) Nightshade Edition – Edisi Khas Kemasan Hitam untuk Pasaran AS

Abang HirataBy Abang Hirata20/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA dahulu Toyota cuma mahu menjual falsafah ketahanan menerusi produk yang tahan lasak dan reliabel, tetapi kini ciri tersebut mahu disuntik dengan keseronokan pemanduan dan rekabentuk agresif.

Salah satu model yang mewakili transformasi tersebut ialah famili Corolla, terdiri daripada sedan, hatchback dan wagon. Walaupun dipasarkan di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun, memang tidak sukar meramalkan Corolla baharu bakal mendapat sambutan baik apabila ditawarkan di negara kita kelak.

BACA >>> Toyota Corolla GR Sport (2019) yang Sporty, Minimalis dan Ada Kelas!

‘NIGHTSHADE EDITION’

Ini satu lagi siri model istimewa untuk pasaran AS, iaitu Toyota Corolla Nightshade Edition yang ditawarkan dalam varian Sedan dan Hatchback. Nightshade Edition ialah model edisi khas yang sebelum ini diperkenalkan pada 4Runner, Camry, Highlander dan Sienna.

SEDAN

Corolla Sedan Nightshade Edition ialah versi SE grade dengan transmisi CVT yang berbeza gril, panel rocker (sisi kereta), cermin sisi, cermin, hendal pintu, spoiler dan difuser belakang yang semua diwarnakan hitam.

Selain itu, rim aloi dan antena sirip yu turut dihitamkan. Model ini nampak menyerlah dengan kombinasi warna Super White, tetapi pembeli turut ditawarkan dengan dua lagi pilihan warna, Classic Silver Metallic (perak) dan Black Sand Pearl (hitam).

Harga Corolla Sedan Nightshade Edition ialah AS$22,750 (RM95,000).

HATCHBACK

Corolla Hatchback Nightshade Edition pula boleh dikatakan model paling menyerlah dalam famili Corolla baharu, yang didatangkan dengan kemasan aksen hitam, sama seperti Corolla Sedan. Lampu depan Hatchback mempunyai rangka dalaman hitam, manakala logo SE turut digelapkan. Ruang kabin diberikan kemasan fabrik hitam, manakala pilihan warna ditawarkan Super White (putih), Classic Silver Metallic (perak) dan Midnight Black Metallic (hitam).

Harga Corolla Hatchback Nightshade Edition ialah AS$22,290 (RM93,080), lebih murah daripada model sedan.

Kepada peminat Corolla baharu, model sedan khabarnya bakal ditawarkan di Thailand dalam masa beberapa bulan lagi. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada model hatchback juga akan turut dijual atau sebaliknya. Atas jalan, model pesaing kepada Corolla Hatchback ialah Honda Civic Hatchback yang sedia ada di pasaran Thailand dan Indonesia.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Camry (2019) yang Bukan Lagi Sedan Uncle, Kini Lebih Ranggi

GALERI
Roda4 Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Hatchback Toyota Corolla Nightshade Edition Toyota Corolla Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.