Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TMS2019: MX-30 – Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8
Roda4

#TMS2019: MX-30 – Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8

Abang HirataBy Abang Hirata24/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA tidak pernah berhenti mengujakan khalayak peminat automotif. Kali ini di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Mazda tampil dengan crossover baharu, MX-30. Model ini bukan dikuasakan enjin SkyActiv petrol atau diesel, tetapi elektrik sepenuhnya dan juga model EV massa pertama Mazda.

Dari segi rekabentuk, crossover ini kelihatan mirip seperti CX-30, malah saiz juga hampir sama. Cuma MX-30 lebih tinggi kerana perlu memuatkan pek bateri di bawah lantai. Antara keunikan MX-30, pintu belakang ‘suicide door’ mengingatkan kita kepada model ikonik RX-8!

BACA >>> Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

Profil MX-30 lebih kepada crossover dua pintu, tetapi dengan bonus dua pintu untuk penumpang belakang. Tiada pilar-B antara pintu depan dan belakang, dan ini memudahkan penumpang untuk akses keluar dan masuk. Secara keseluruhan, MX-30 adalah tafsiran Mazda tentang rekabentuk EV yang unik dan funky dalam gaya bahasa jenama itu.

Dari segi trenkuasa, MX-30 menggunakan bateri 35.5kWh dengan output 144hp dan tork 264Nm. Jarak pemanduan untuk cas penuh ialah 209km yang sebenarnya rendah jika dibandingkan EV lain. Trenkuasa elektrik ini digelarkan Mazda sebagai e-SkyActiv.

Mazda pasti ada alasan tersendiri kenapa menghasilkan spesifikasi trenkuasa seperti itu. Bateri MX-30 boleh dicas dengan outlet domestik 6.6kW dan pengecas pantas 50kW dengan sambungan CCS yang hanya memerlukan 30-40 minit untuk ke tahap 80 peratus.

Tidak ketinggalan dalam aspek pemanduan ialah teknologi e-GVC Plus yang menggunakan kuasa tujahan daripada motor elektrik untuk mengoptimumkan daya pengendalian kereta.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Ruang dalam kereta tampil minimalis dan tidak terikut trend skrin LCD yang besar dan panjang. Ada dua skrin disediakan, satu di depan tombol gear dan satu lagi atas papan pemuka. Mazda juga buat kali pertama tidak menyediakan butang fizikal penyaman udara, sebaliknya digantikan dengan kawalan sentuh pada skrin di depan tombol gear.

MX-30 bakal dipasarkan di Eropah pada 2021. Harga di Britain dijangka bermula £30,000 (RM161,930) yang boleh dikatakan munasabah untuk sebuah crossover EV.

Mengenai harga di pasaran lain seperti Asia Tenggara, masih awal untuk disahkan. Apapun pasti ramai teruja untuk melihat sendiri sosok tubuh SUV ini.

BACA >>>  #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

GALERI
Crossover e-SkyActiv EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta elektrik mazda Mazda MX-30 Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 Roda4 SUV TMS 2019 tokyo motor show Tokyo Motor Show (TMS) 2019
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.