NAZA Eastern Motors memperkukuh tawaran jenama Suzuki di Malaysia menerusi pelancaran tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Suzuki Jimny AllGrip Plus, Suzuki Jimny Rhino Plus dan Suzuki Fronx Sport.
Ketiga-tiga model itu hadir dengan peningkatan aspek keselamatan, teknologi bantuan pemandu, gaya lebih menarik dan nilai pemilikan lebih kompetitif untuk pengguna tempatan.
Suzuki mengekalkan harga jualan Suzuki Jimny AllGrip Plus pada RM158,900 (atas jalan tanpa insurans) walaupun menerima pelbagai peningkatan baharu.
Suzuki Jimny Rhino Plus ditawarkan pada harga RM173,900, manakala Suzuki Fronx Sport berharga RM130,888.
Suzuki turut mengumumkan harga baharu Suzuki Fronx standard, iaitu RM118,888.
Suzuki Jimny AllGrip Plus Lebih Selamat, Praktikal
Model ikonik off-road itu kini hadir dengan pelbagai ciri tambahan yang meningkatkan keselesaan dan keselamatan pemanduan harian tanpa menjejaskan keupayaan lasak.
Antara ciri baharu Suzuki Jimny AllGrip Plus adalah:
Keselesaan, Kemudahan
- Sensor parkir depan dan belakang dengan sonar
- Cermin sisi boleh lipat automatik dan fungsi pemanas
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci
Keselamatan, ADAS
- Kamera undur dengan radar gelombang milimeter
- Sokongan brek dwi-sensor Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
- Amaran dan Elak Keluar Lorong (LDWP)
- Amaran Kenderaan Lencong (VSW)
- Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Beg udara sisi dan tirai
Di bawah bonet, Suzuki Jimny AllGrip Plus masih menggunakan enjin petrol 4-silinder aspirasi natural (NA) 1.5L dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang menghasilkan output kuasa 100hp dan tork 130Nm serta dipadankan sistem pacuan empat roda (4WD) AllGrip Pro lengkap dengan kotak pindah (transfer case) nisbah rendah.
Pilihan Warna Suzuki Jimny AllGrip Plus
- Kinetic Yellow + Bluish Black Pearl
- Chiffon Ivory + Bluish Black Pearl
- Jungle Green
- Medium Grey
- Bluish Black Pearl
- Pure White Pearl
Suzuki Jimny Rhino Plus Tampil Lebih Garang
Selain Jimny AllGrip Plus, Suzuki turut memperkenalkan Suzuki Jimny Rhino Plus, iaitu varian gaya hidup yang mengetengahkan penampilan lebih berani dan unik.
Aksesori Eksklusif Suzuki Jimny Rhino Plus
- Rim aloi 15 inci kemasan kilat
- Penutup tayar ganti dengan logo Rhino
- Gril depan eksklusif
- Kemasan bawah bampar depan
- Kemasan bawah sisi
- Visor pintu
- Pelapik lumpur (mud flap) merah depan dan belakang
Dari segi mekanikal, Suzuki Jimny Rhino Plus mengekalkan enjin petrol 1.5L dengan transmisi automatik 4-kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD) AlllGrip Pro, sama seperti Jimny AllGrip Plus.
Pilihan Warna Jimny Rhino Plus
- Pure White Pearl
- Kinetic Yellow
- Chiffon Ivory
Suzuki Fronx Sport Tambah Karakter Lebih Sporty
Turut mencuri perhatian ialah Suzuki Fronx Sport, iaitu versi lebih agresif bagi SUV kompak Fronx yang direka untuk pengguna bandar yang mahukan gaya lebih sporty.
Ciri Eksklusif Suzuki Fronx Sport
- Lip depan
- Spoiler belakang
- Kit bampar belakang
- Skirt sisi
- Pelekat sisi kiri dan kanan
- Balutan bumbung (roof wrap)
- Rim aloi 17 inci
- Tayar Continental UltraContact UC7
- Kemasan cat khas pada lip depan, difuser belakang dan spoiler
- Perakam video digital (DVR) depan dan belakang
- Visor pintu
Model import penuh (CBU) dari Indonesia itu memiliki dimensi panjang 3,995mm, lebar 1,765mm, dan tinggi 1,550mm, manakala jarak roda 2,520mm
Enjin MHEV, Jarak Pemanduan Lebih 700km
Suzuki Fronx Sport dikuasakan enjin petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.5L yang dipadankan generator penghidup bersepadu Integrated Starter Generator (ISG).
Output kuasa dihasilkan ialah 103ps @ 6,000rpm, dan tork 138Nm @ 4,400rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan dengan pedal syif.
Gabungan sistem hibrid ringan (MHEV) lithium-ion dan kapasiti tangki bahan api 37 liter membolehkan Suzuki Fronx Sport mencapai jarak perjalanan lebih 700km mengikut ujian WLTP.
Suspensi menggunakan unit strut MacPherson di depan, dan torsion beam (belakang) dengan jarak tinggi bumi 170mm.
Lengkap ADAS, Rating Asean NCAP 5-Bintang
Suzuki Fronx Sport hadir dengan pelbagai teknologi keselamatan moden seperti:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Bantuan Tukar Lorong (LDA)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Elak Keluar Lorong (LDP)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Amaran Kenderaan Lencong (VSW)
- Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHB)
- Kawalan Pegun Bukit (HHC)
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- 6 beg udara
Model itu juga disokong rating Asean NCAP 5 bintang, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai SUV kompak yang menawarkan keseimbangan antara gaya, keselamatan dan praktikaliti.
Harga Suzuki Baharu di Malaysia
- Suzuki Jimny AllGrip Plus – RM158,900
- Suzuki Jimny Rhino Plus – RM173,900
- Suzuki Fronx Sport – RM130,888
- Suzuki Fronx – RM118,888
Semua model didatangkan dengan waranti kenderaan tiga [3] tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu). Khas untuk Fronx Sport, Suzuki turut menawarkan waranti bateri MHEV lima [5] tahun atau 100,000km.
Naza Eastern Motors kini disokong rangkaian 14 pusat jualan dan 13 pusat servis seluruh negara bagi memastikan pengalaman pemilikan lebih menyeluruh kepada pelanggan Suzuki Malaysia.








