Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

Han OthmanBy Han Othman08/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)

RAMAI pembeli kereta terpakai ingat apabila kereta sudah lulus pemeriksaan tukar nama Puspakom (MV15), maksudnya kereta itu berstatus  sihat dan selamat.

Namun Puspakom mendedahkan kes terbaharu yang membuktikan tanggapan itu salah sama sekali, dan hampir menyebabkan seorang pembeli mengalami kerugian besar.

Logo Puspakom

Puspakom mendedahkan bagaimana hasil Pemeriksaan Khas B2 agensi itu menjadi bukti kunci yang membantu seorang pembeli dari Pulau Pinang memenangi kes di tribunal selepas bertarung selama lapan bulan mengenai kondisi sebenar kereta terpakai dibelinya.

Kronologi Kes: Lulus MV15 dan B7, Tapi Casis Rupanya Rosak

Kes bermula apabila pembeli tersebut membeli sebuah kereta terpakai. Seperti prosedur biasa, kereta itu sudah melepasi dua pemeriksaan wajib:

  • Pemeriksaan Tukar Hak Milik (MV15): Untuk mengesahkan nombor enjin dan casis sama seperti dalam geran
  • Pemeriksaan Sewa Beli (B7):  Pemeriksaan yang diminta bank untuk meluluskan pinjaman

Kedua-dua prosedur itu LULUS. yang mana secara atas kertas, kereta itu tampak ‘bersih’.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)

Namun, pembeli berasa curiga dengan kondisi kereta dan mengambil inisiatif sendiri untuk membuat pemeriksaan tambahan yang lebih mendalam di Puspakom Batu Maung, iaitu Pemeriksaan Khas B2.

Hasilnya mengejutkan kerana pemeriksaan B2 mendapati terdapat ketidakpatuhan struktur pada bahagian casis dan kereta itu terus diberikan status GAGAL.

Laporan B2 itulah dibawa ke tribunal sebagai bukti kukuh, dan akhirnya menjadi faktor utama yang menyumbang kepada keputusan tribunal yang memihak kepada pembeli.

Apakah Beza MV15, B7 dan B2? Ini Ramai Tidak Tahu

Puspakom Wangsa Maju

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, kes ini adalah bukti jelas kenapa anda mesti memilih pemeriksaan yang betul mengikut tujuan.

Pemeriksaan MV15 dan B7 memenuhi fungsi kawal selia masing-masing, manakala Pemeriksaan Khas B2 menawarkan penilaian struktur yang lebih mendalam dan berupaya mengesan keadaan tertentu yang mungkin tidak dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan standard,” katanya.

Ringkasnya:

  • MV15 (Wajib Tukar Nama): Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahu memastikan kereta itu bukan kereta klon, curi atau potong. JPJakan memeriksa nombor enjin dan casis sahaja, tetapi tidak untuk mengesan sama ada casis itu bengkok akibat kemalangan teruk
  • B7 (Bank): Bank mahu memastikan kereta itu wujud dan nilai harga sepadan dengan pinjaman. Ini juga pemeriksaan asas
  • B2 (Khas): Ini pemeriksaan ‘forensik’. Pemeriksa Puspakom akan berbaring atau melihat bawah kenderaan untuk memeriksa integriti casis, kesan kimpalan, kesan potong dan sambung, struktur bengkok, kereta banjir, atau ubah suai yang tidak mengikut peraturan.
  • Tahap inilah yang mampu mengesan jika kereta itu ada ‘sakit tersembunyi’

Puspakom Saran Buat VVI, Serendah RM15 Sahaja

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)

Selain B2, Puspakom juga sangat menggalakkan pemilik kenderaan, terutamanya pembeli kereta terpakai, untuk membuat Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI).

VVI bukan untuk menukar nama, tetapi untuk kesihatan kereta anda sendiri, yang mana lebih 20 komponen penting akan diperiksa seperti:

  • Sistem brek
  • Sistem suspensi
  • Emisi asap
  • Lampu, tayar, dan keadaan bawah kenderaan

VVI membantu pemilik membuat keputusan lebih tepat berhubung penyelenggaraan, persediaan perjalanan jarak jauh, dan meningkatkan keyakinan terhadap keadaan kenderaan,” kata Mahmood.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)

Apa paling menarik, sempena kempen kesedaran, pemeriksaan VVI kini ditawarkan pada harga serendah RM15, dan ada promosi diskaun 50 peratus sehingga 31 Julai 2026.

Pengajaran dari kes ini,  MV15 ialah syarat wajib JPJ, tetapi bukan jaminan kereta anda bebas kemalangan. Jika anda membeli kereta terpakai yang harga berpuluh ribu, laburlah sedikit untuk buat pemeriksaan B2 atau sekurang-kurangnya VVI.

Ini boleh menyelamatkan anda daripada sakit kepala dan kerugian ribuan ringgit di kemudian hari. Untuk tempahan, boleh layari www.GiCheck.my.

Adakah anda pernah membeli kereta yang lulus Puspakom, tetapi rupanya banyak masalah? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Auto Terkini Beli Kereta Terpakai MV15 vs B2 pemeriksaan B2 pemeriksaan kereta terpakai PUSPAKOM B2 tahukah anda tipu kereta potong tribunal kereta VVI PUSPAKOM
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.