Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati
Pandu Uji

#PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Abang GYLBy Abang GYL24/06/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda MX-5AGAK lama sebenarnya saya menunggu giliran untuk memandu uji Mazda MX-5. Maklumlah, kereta awesome memang sentiasa jadi rebutan ramai. Selepas lama menunggu, akhirnya masa yang dinanti-nanti pun tiba. Kini giliran saya untuk berkasih sayang bersama Mazda MX-5.

Mazda MX-5 ialah model roadster terlaris dunia dan hingga kini lebih 950,000 unit sudah terjual.

Mazda MX-5SEKSI DAN MENGGIURKAN

Tidak dinafikan Mazda MX-5 memiliki rekabentuk seksi dan menggiurkan. Rekaan badan MX-5 yang hadir dengan warna Soul Red Metallic sudah mampu mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO Soul of Motion’.

Dari depan, rekaan gril latar hitam meningkatkan impak anggun dan penuh gaya. Keseluruhan fizikal tampil agresif, seksi dan elegan berserta teknologi baru.

Mazda MX-5
Mazda MX-5

Sosok badan seksi mampu membuatkan sesiapa saja yang pertama kali melihat jentera ini tidak lena tidur dan mandi tidak basah. Malah, bukan saja cantik dipandang, tetapi juga berprestasi mantap. Lebih menarik, bumbung boleh dibuka semudah menekan butang dan mudah pula dikendalikan.

Sepanjang memandu Mazda MX-5, saya merasakan roadster ini tidak pernah gagal mencuri perhatian ramai. Ada saja jelingan mata memandang. Tidak kurang juga pemandu yang sengaja memperlahankan kenderaan mereka semata-mata mahu melihat lebih dekat.

Mazda MX-5DALAMAN

Rekaan dalaman tidak kurang hebat, sama seperti model Mazda sedia ada. Anda akan dihiburkan dengan kualiti sembilan pembesar suara Bose yang dilaungkan dari sistem audio MZD Connect dengan skrin sentuh 7-inci. Cuma ruang simpanan barang terhad, iaitu kompartmen kecil di konsol tengah dan ruang simpanan tersembunyi di dinding belakang antara kerusi.

Mazda MX-5PRESTASI

Model legenda ikonik ini dijana unit enjin Skyactiv-G 4-silinder yang bersesaran 2.0L. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, jentera ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 158hp pada 6,000rpm dan tork puncak 200Nm (4,000rpm).

Mazda MX-5PENGALAMAN PEMANDUAN

Sepanjang pandu uji, Mazda MX-5 memberikan saya satu kepuasan pemanduan. Baik dari aspek pengendalian mahupun prestasi. Memang tidak mengecewakan! Tujahan kuasa cukup sempurna. Begitu juga penukaran gear yang terasa lancar. Apabila mahu memecut laju atau memotong kenderaan, segalanya dapat dilakukan dengan ‘kacang’.

Setiap kali terlanggar lubang atau bonggol jalan, sistem suspensi sedikit keras, tetapi impak hentakan tidaklah menyakitkan dan kekal selesa.

Mazda MX-5Selepas memandu uji Mazda MX-5 selama tiga hari, barulah saya faham kenapa model roadster ini menjadi antara model kegemaran ramai. Apa yang boleh disimpulkan, kehadiran teknologi Skyactiv nyata berjaya mengubah hala tuju Mazda ke tahap lebih tinggi.

Tidak percaya? Lihat saja kenderaan Mazda sekarang, semuanya cantik belaka. Bukan saja rupa, tetapi teknologi Skyactiv yang diserapkan mampu membuatkan mana-mana pemandu jatuh cinta kepada jenama ini.

SPESIFIKASI

MAZDA MX-5 CBU
ENJIN SKYACTIV-G 2.0L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE
KUASA 158hp@6,000rpm
TORK 200Nm@4,000rpm
KAPASITI TANGKI 45L
HARGA RM226,376.33 (termasuk GST & insurans)

Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Pandu Uji Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
Mazda MX-5
2016 Mazda MX-5 bermaz Motor KODO Mazda MX-5 Pandu Uji Mazda MX-5 skyactiv
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.