• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TMS2019: MX-30 - Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8

#TMS2019: MX-30 - Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8

October 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA tidak pernah berhenti mengujakan khalayak peminat automotif. Kali ini di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Mazda tampil dengan crossover baharu, MX-30. Model ini bukan dikuasakan enjin SkyActiv petrol atau diesel, tetapi elektrik sepenuhnya dan juga model EV massa pertama Mazda.

Dari segi rekabentuk, crossover ini kelihatan mirip seperti CX-30, malah saiz juga hampir sama. Cuma MX-30 lebih tinggi kerana perlu memuatkan pek bateri di bawah lantai. Antara keunikan MX-30, pintu belakang 'suicide door' mengingatkan kita kepada model ikonik RX-8!

BACA >>> Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

Profil MX-30 lebih kepada crossover dua pintu, tetapi dengan bonus dua pintu untuk penumpang belakang. Tiada pilar-B antara pintu depan dan belakang, dan ini memudahkan penumpang untuk akses keluar dan masuk. Secara keseluruhan, MX-30 adalah tafsiran Mazda tentang rekabentuk EV yang unik dan funky dalam gaya bahasa jenama itu.

Dari segi trenkuasa, MX-30 menggunakan bateri 35.5kWh dengan output 144hp dan tork 264Nm. Jarak pemanduan untuk cas penuh ialah 209km yang sebenarnya rendah jika dibandingkan EV lain. Trenkuasa elektrik ini digelarkan Mazda sebagai e-SkyActiv.

Mazda pasti ada alasan tersendiri kenapa menghasilkan spesifikasi trenkuasa seperti itu. Bateri MX-30 boleh dicas dengan outlet domestik 6.6kW dan pengecas pantas 50kW dengan sambungan CCS yang hanya memerlukan 30-40 minit untuk ke tahap 80 peratus.

Tidak ketinggalan dalam aspek pemanduan ialah teknologi e-GVC Plus yang menggunakan kuasa tujahan daripada motor elektrik untuk mengoptimumkan daya pengendalian kereta.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Ruang dalam kereta tampil minimalis dan tidak terikut trend skrin LCD yang besar dan panjang. Ada dua skrin disediakan, satu di depan tombol gear dan satu lagi atas papan pemuka. Mazda juga buat kali pertama tidak menyediakan butang fizikal penyaman udara, sebaliknya digantikan dengan kawalan sentuh pada skrin di depan tombol gear.

MX-30 bakal dipasarkan di Eropah pada 2021. Harga di Britain dijangka bermula £30,000 (RM161,930) yang boleh dikatakan munasabah untuk sebuah crossover EV.

Mengenai harga di pasaran lain seperti Asia Tenggara, masih awal untuk disahkan. Apapun pasti ramai teruja untuk melihat sendiri sosok tubuh SUV ini.

BACA >>>  #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

GALERI
Mazda MX-30.02
Mazda MX-30.04
Mazda MX-30.13
Mazda MX-30.01
Mazda MX-30.03
Mazda MX-30.05
Mazda MX-30.16
Mazda MX-30.06
Mazda MX-30.15
Mazda MX-30.07
Mazda MX-30.17
Mazda MX-30.08
Mazda MX-30.14
Mazda MX-30.09
Mazda MX-30.10
Mazda MX-30.11
Mazda MX-30.12

Artikel Berkaitan

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, e-SkyActiv, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kereta elektrik, mazda, Mazda MX-30, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Roda4, SUV, TMS 2019, tokyo motor show, Tokyo Motor Show (TMS) 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Drive Shaft Lori Tertinggal , Dilanggar Kereta Belakang Sampai Rim Pecah
    Drive Shaft Lori Tertinggal , Dilanggar Kereta Belakang Sampai Rim Pecah
  • Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
    Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
  • Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
    Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
  • Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!
    Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my