Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Thermal Management – Ciptaan Continental untuk EV yang Lebih Cekap, Pergi Lebih Jauh
Auto Terkini

Thermal Management – Ciptaan Continental untuk EV yang Lebih Cekap, Pergi Lebih Jauh

Han OthmanBy Han Othman03/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR tayar, juga syarikat teknologi, Continental menghasilkan inovasi baharu dipanggil Thermal Management, yang mampu menjadikan kenderaan elektrik (EV) lebih efisien.

Thermal Management dihasilkan untuk mengoptimumkan penjanaan dan aliran haba dalam sesebuah EV. Menurut Continental, EV akan menawarkan lebih jarak perbatuan elektrik ketika dipandu dalam suhu sangat sejuk atau panas, dan  itu dapat dicapai kerana Thermal Management bekerja melindungi paras cas bateri, termasuk mempercepatkan masa mengecas.

Continental sudah pun membekalkan pam efisien-energi dan sensor untuk menjadikan Thermal Management lebih efektif. Teknologi termal itu turut didatankan bersama komponen baharu, Injap Kawalan Aliran Penyejuk atau Coolant Flow Control Valves (CFCV) yang berfungsi melaraskan litar haba dan penyejuk.

BACA >>> Continental ContiConnect: Platform Pemantauan Tayar Digital untuk Kenderaan Komersial


Menurut Continental lagi, Thermal Management mampu menambah baik jarak EV hingga 25 peratus, manakala CFCV dapat melaraskan aliran antara dua hingga empat litar penyejuk. Hasilnya, aliran haba dapat diagihkan dengan lebih berkesan.

“Dengan famili produk CFCV, Continental menawarkan barisan penuh penyelesaian untuk pengurusan termal yang akan meningkatkan kecekapan dan jarak EV, termasuk menambah baik keselesaan,” kata Ketua Aktuator dan Sensor Trenkuasa Continental China, Peter Biber.

Continental melancarkan teknologi Thermal Managenment pada Ekspo dan Persidangan Mobiliti Masa Depan Global 2018 pada 20 September lalu di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou di China.

Continental EV Kenderaan Elektrik (EV) Peter Biber Roda4 teknologi teknologi automotif Teknologi EV Thermal Management
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

By Shazwan Hisam13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.