Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tesla Cybertruck – Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal
Roda4

Tesla Cybertruck – Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TESLA mendedahkan trak pikap elektrik, Cybertruck dalam versi siap sedia untuk memasuki barisan pengeluaran dengan rekabentuk serba unik, pelik dan futuristik yang tidak pernah dilihat atas jalan!

Jika membaca suapan media sosial beberapa hari kebelakangan ini, anda mungkin tertanya-tanya adakah kita sekarang berada dalam dunia yang DeLorean masih wujud? Jangan hairan kerana Tesla Cybertruck yang anda lihat sekarang memang direka seperti produk DMC dengan kacukan rover jelajah Marikh.

Ia mungkin nampak seperti dalam filem sains fiksyen dan mustahil direalisasikan, tetapi menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, Cybertruck itu adalah versi menghampiri fasa pengeluaran yang dijangka memasuki pasaran automotif dunia menjelang penghujung 2021 untuk varian aras mula.

BACA >>> Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

Badan trak pikap itu dihasilkan daripada ‘keluli tahan karat gelekan sejuk 30 kali ultra-keras’ yang cukup kuat untuk menangkis peluru 9mm. Bagaimanapun, percubaan membuktikan kekebalan Cybertruck pada majlis pelancaran baru-baru ini menemui kegagalan apabila dua cermin tingkap trak pikap tu pecah dalam demonstrasi balingan bola besi dilakukan Ketua Pereka Tesla.

Cybertruck memiliki ruang muatan sepanjang 6.5 kaki, sama seperti Ford F-150 dengan luas kargo 2,800 liter. Ia ditutupi satu panel di belakang yang boleh digelungsurkan ke tanah untuk memudahkan pengguna memunggah naik barang seperti ATV.

Bukanlah Tesla namanya tanpa statistik teknologi mengagumkan, dan Cybertruck adalah salah satu daripadanya. Malah, walaupun menggunakan motor tunggal dan pacuan roda belakang (RWD) untuk varian aras mula, trak pikap itu mencapai jarak pemanduan 0-100kmj di bawah 6.5 saat serta kapasiti tundaan 3.4 tan.

BACA >>> 19 Fakta: Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Varian pertengahan dengan dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD) pula mampu dipandu lebih 480km untuk sekali cas, manakala pecutan 0-100kmj dapat dicapai sepantas 4.5 saat dengan kemampuan tundaan hingga 4.5 tan.

Akhir sekali, varian tercanggih dijana tiga motor dengan jarak perjalanan lebih 800km. Pecutan 0-100kmj adalah sepantas 2.9 saat, manakala keupayaan tundaan hingga 6.3 tan. Bagaimanapun, tiada kapasiti bateri didedahkan setakat ini.

Ruang kabin menempatkan kerusi untuk enam penumpang dan satu tablet skrin sentuh besar di tengah papan pemuka.  Bagaimana rekabentuk stereng pelik ala pesawat udara itu dijangka tidak akan melepasi fasa pengeluaran.

Namun perkara paling menakjubkan tentang Cybertruck adalah harga yang akan bermula hanya $39,900 (RM166,566), manakala versi tiga motor meningkat kepada AS$69,900 (RM292,000).

BACA >>> Tesla Roadster Boleh Pergi Sejauh Lebih 1,000km, Mampu Tewaskan Bugatti, Koenigsegg

GALERI

SUMBER: CarThrottle

Auto Terkini Elon Musk Roda4 Tesla Tesla Cybertruck TeslaCybertruck Trak Trak pikap Trak Pikap Elektrik Trak Pikap EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.