• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tesla Roadster Boleh Pergi Sejauh Lebih 1,000km, Mampu Tewaskan Bugatti, Koenigsegg

Tesla Roadster Boleh Pergi Sejauh Lebih 1,000km, Mampu Tewaskan Bugatti, Koenigsegg

April 30, 2019 By AO Leave a Comment

150
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMA kita tidak dengan tentang Roadster generasi kedua sejak Tesla kali pertama mempamerkan model tersebut kira-kira setahu setengah lalu, tetapi Elon Musk baru-baru ini mengeluarkan komen menarik menerus status Twitternya.

Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla ketika ditanya jika Roadster masih boleh dipandu sejauh 620 batu (998km), beliau membalas, model itu akan mampu bergerak sejauh lebih 1,000km. Sudah tentu bergantung situasi pemanduan ideal dan bukan pecutan ekstrem.

BACA >>> Geram dengan Skandal Privasi, Elon Musk Tutup Akaun Facebook Tesla!

Jarak itu menarik untuk diperkatakan terutama selepas mengambil kira status prestasi Roadster baharu sebagai model hypercar dengan pecutan 0-100kmj sepantas 1.9 saat, manakala pecutan 0-162kmj cuma 4.2 saat. Jarak suku batu (500 meter) ialah 8.8 saat, dan kelajuan maksimum akan mencapai 402kmj!

Pemandu uji Tesla mengakui model sebenar Roadster kelak mampu pergi lebih pantas dan mampu menumpaskan nama besar hypercar seperti Koenigsegg dan Bugatti.

BACA >>> Tesla Model Y Buka Tempahan, Harga Bermula AS$39k (RM158.9k) untuk Varian Standard

Namun, dengan prestasi hebat ditawarkan, Roadster bukan lagi kereta elektrik murah yang boleh dibeli orang kaya biasa. Model standard dijangka berharga AS$200,000 (RM830,000), dan varian Founder Series, yang terhad 1,000 unit sahaja, lebih mahal AS$50,000 (RM207,000). Harga juga diramalkan meningkat lebih mahal kira-kira 10 peratus apabila  berada di pasaran.

150
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Elon Musk, hypercar, Roda4, Tesla, Tesla Roadster

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my