Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»19 Fakta Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?
Roda2

19 Fakta Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/02/20217 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENAPA Zero bukan ‘Tesla’ untuk motosikal dan kenapa media tidak seharusnya membandingkan kedua-dua segmen berbeza ini walaupun masing-masing dalam kategori kenderaan elektrik (EV).

Dengan peningkatan pengeluar baru motosikal dan skuter elektrik, dan sejumlah pengeluar OEM yang sudah lama menempah nama seperti Royal Enfield dan Harley Davidson dengan masing-masing turut memperkenalkan model elektrik, trenkuasa EV sudah jadi begitu terkenal dan semakin banyak menghiasi dada akhbar.

Bagaimanapun, industri kereta EV pula sudah jauh beberapa langkah ke depan berbanding segmen motosikal EV. Jadi, tidak hairanlah ada banyak perbandingan antara kedua-dua segmen tersebut. Namun, ada banyak perbezaan antara motosikal EV dan kereta EV.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Forbes dan The Verge baru-baru ini menerbitkan pelbagai artikel yang membandingkan Zero dan Tesla. Kedua-dua pengeluar itu dianggap berjaya, dan berpangkalan di Bay Area, California, Amerika Syarikat. Masing-masing sudah memajukan teknologi bateri, motor elektrik, dan teknologi pengecas, tetapi berhenti di takat itu sahaja.

 

Ada banyak perbezaan asas antara kereta dan motosikal selain apa diperlukan pembeli bagi sesebuah produk yang boleh dijadikan perbandingan. Antaranya seperti berikut:


1. Pemilik kereta amat mementingkan pemanduan A ke B. Bagaimana cara sesebuah kereta itu bergerak dari A ke B tidaklah begitu penting.

2. Bagi pemilik kereta, menukar enjin petrol kepada motor elektrik hanya memberi sedikit impak kepada pengalaman pemanduan. Malah, rata-rata pemandu amat gemarkan kereta EV yang bergerak lebih senyap.

3. Pemilik motosikal EV pula lebih mementingkan prestasi. Walaupun hanya sedikit tambahan tork, trenkuasa elektrik mampu mengubah pengalaman tunggangan jadi sangat menyeronokkan.

4. Penunggang motosikal sukakan perahan terotel, brek enjin, kuasa wheelie dan banyak aksi menyeronokkan lain yang boleh dibuat hanya dengan mengawal klac dan terotel.

BACA >>> Zero DS ZF14.4 – Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

5. Menukar enjin pembakaran dalaman biasa kepada motor elektrik akan mengubah pengalaman menunggang, dan bukan hanya sekadar prestasi. Inilah dirasakan penunggang motosikal.

6. Disebabkan menunggang adalah sesuatu yang melibatkan fiil, tidak mudah bagi seseorang penunggang melupakan keasyikan mendengar deruman bunyi. Ya, ramai penunggang masih cintakan soundtrack enjin motosikal idaman mereka.

7. Penunggang motosikal pasti tidak dapat membayangkan situasi mereka perlu menyaksikan perlumbaan motosikal EV yang sunyi sepi. Memang kekok dan hambar.

8. Jangan lupa tentang nyawa yang mampu diselamatkan dek kebisingan ekzos sebuah motosikal berbanding potensi korban nyawa yang akan berlaku disebabkan operasi motosikal EV yang serba senyap.

9. Tesla dan Zero juga berbeza dari segi faktor alam sekitar. Kebanyakan pemandu kereta EV sangat menghargai aspek mesra alam sekitar. Bagi penunggang motosikal, itu bukan prioriti

10. Kereta EV secara tradisional mencatatkan jarak perjalanan lebih rendah berbanding motosikal walaupun mampu pergi lebih jauh. Sebaliknya, motor EV mencatatkan jarak perjalanan lebih jauh walaupun tempoh perjalanan mungkin agak terbatas.


11. Peningkatan syarat emisi ketat (seperti Euro5) memaksa pengeluar dua roda menghasilkan motosikal yang juga mesra alam sekitar.

12. Persamaan antara pengeluar kereta EV dan motosikal EV, kedua-duanya cuba menghasilkan produk yang mampu menawarkan jarak perjalanan lebih baik.

13. Dengan jenama seperti Honda dan BMW turut menceburi pasaran kenderaan EV dua roda dan empat roda, pelaburan dalam teknologi trenkuasa elektrik masa kini dilihat munasabah. Komitmen pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) mampu meraih pulangan selepas jualan.

14. Amnya, kereta lebih laku berbanding motosikal. Ini menyukarkan pengeluar motosikal mencipta metod yang lebih mesra kos kerana jualan motosikal EV nyata kurang berbanding kereta.

BACA >>> 5 Fakta Tentang Trak EV – Tesla Semi yang Perlu Anda Tahu

15. Namun, syarikat OEM E-Moto sudah menemui cara terbaik menjimatkan kos pembangunan dengan menjual IP kepada pihak ketiga seperti perjanjian dilakukan Harley-Davidson bersama Alta dan kontrak Zero bersama Campagna. Namun, industri motosikal EV masih jauh kekurangan sumber berbanding kereta.

16. Industri kereta EV dipacu permintaan berikutan isu kenaikan harga minyak dan kesan ke atas alam sekitar. Sebaliknya, sentimen sama tidak dikongsi pasaran motosikal.

17. Akhir sekali ialah faktor status. Kalau anda dilihat memandu Tesla Model X, ataupun Toyota Prius, anda dilihat cukup bergaya kerana memandu sebuah kereta EV Apatah lagi Tesla sememangnya menampilkan ciri-ciri status dan kekayaan.

18. Ini kerana kereta EV Tesla agak mahal dan kenderaan itu jelas hanya untuk mereka yang berstatus elit. Namun, keinginan mahu dilihat menunggang motosikal EV bukanlah keperluan di kalangan penunggang. Siapa peduli motosikal yang kita pandu itu sebuah EV?

19. Namun, jika benar-benar mahu membandingkan Tesla dengan pengeluar motosikal EV, pengeluar itu mungkin Energica, dan bukan Zero atau Alta.

SUMBER: RideApart

Beza Motosikal EV dan Kereta EV EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik motosikal elektrik Tesla Zero
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.