• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

#TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

April 4, 2018 By Liyana I 1 Comment

590
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL elektrik atau e-bike mencipta nama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara perintis pembuatan motor elektrik ialah Brammo/Victory, Energica dan Zero. Malah Harley-Davidson juga mengumumkan akan memperkenalkan model elektrik versi pengeluaran dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Jadi, memang relevan untuk mengatakan motosikal elektrik kemungkinan akan merebut populariti motosikal konvensional dalam sedekad akan datang. Tetapi daripada sekian banyak kelebihan ditawarkan motosikal elektrik, apakah jentera emisi sifar ada kelemahan?

Berikut kami senaraikan pro dan kontra motosikal elektrik:

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?

PRO [KEBAIKAN]

cas-motosikal-elektrik-2
cas-motosikal-elektrik-1
kymco-ionex-e-scooter-9
1. Mesra Alam Sekitar

Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Antara kelebihan paling ketara motosikal elektrik ialah manfaat diberikan kepada alam sekitar. Dengan menggunakan elektron sebagai ganti kepada bahan api fosil, motosikal elektrik menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui selain menghasilkan emisi sifar. Tiada asap, tiadalah pencemaran. tiada asap.

2. Jimat Minyak

Tidak membakar bahan api - petrol - bermakna anda tidak perlu lagi membeli petrol. Ramai yang bimbangkan tentang kos bil elektrik. Tetapi ketahuilah, walaupun mengecas motosikal elektrik akan meningkatkan bil elektrik, tetapi tetap tidak memberi kesan ketara berbanding kos petrol motosikal biasa.

3. Prestasi

Tork dan hantaran kuasa ialah alasan yang mampu menarik perhatian pengguna mempertimbangkan motosikal elektrik berbanding motosikal petrol. Motor elektrik mampu meledakkan tork dengan pantas dan berterusan.

Menariknya, motosikal pengeluaran terpantas dunia ketika ini ialah Lightning LS-218, iaitu motosikal elektrik berkuasa 200hp dengan tork 227.7Nm. Kelajuan tertinggi direkodkan ialah 350.8kmj.


KONTRA [KELEMAHAN]

zero-s
harley-davidson-livewire-5
emflux_one3
1. Kos

Harga motosikal elektrik masih mahal jika dibandingkan motosikal biasa. Teknologi dan kos bahan yang diperlukan untuk membina motosikal elektrik agak tinggi. Jadi sukar untuk menawarkan model pada harga mampu milik buat masa sekarang.

Harga terendah motosikal elektrik masih lagi sekitar puluhan ribu ringgit. Misalnya, Zero S yang dihasilkan pengeluar Amerika Syarikat, dijual pada harga AS$10,995 (RM42,600). Terbaharu, pengeluar motosikal elektrik dari India, Emflux Motors menghasilkan sportbike elektrik versi standard, Emflux One (gambar atas) pada harga ₹6,00,000 (RM36,967) yang dikatakan paling mampu milik setakat ini.

Terpulang bagaimana anda menilai harga tersebut, kerana sesetengah pengguna berpendapat nilainay memang mampu dimiliki.

2. Jarak

Jarak ialah masalah utama yang membantutkan penggunaan meluas bukan saja kereta elektrik, tetapi juga motosikal elektrik. Kebanyakan penunggang gemar menunggang dalam trip panjang yang bukan saja jarak jauh, tetapi juga kerap walaupun dalam radius kecil seperti menghantar anak ke sekolah, pergi pasar, pejabat dan ke mana-mana saja.

Sesetengah suka mengembara, bercuti atau bersantai. Ini secara realistik memang menjadi masalah buat motosikal elektrik. Namun, perkembangan teknologi sedikit sebanyak menangani masalah itu. Mislanya Kymco menghasilkan skuter elektrik yang boleh ditanggalkan bateri untuk dicas di mana-mana soket elektrik.

3. Penyenggaraan

Memandangkan motosikal elektrik masih baharu di pasaran, sukar untuk menentukan tahap realibiliti jentera itu. Bagi motosikal konvensional, kos kerosakan atau penyenggaraan sudah sedia diketahui lebih awal atau dapat dijangka. Biasanya berpatutan, mudah dan boleh juga dibuat sendiri.

Namun perkara itu masih misteri bagi motosikal elektrik walaupun kita dimaklumkan kos penyenggaraan tidak sebanyak motosikal konvensional. Apa yang pasti, motosikal elektrik sudah tentu membuatkan mana-mana mekanik tepi jalan mengangkat tangan surrender. Kalau berlaku apa-apa, mesti dirujuk kepada pengeluar.

BACA >>> Kymco Ionix dengan Bateri Boleh Tanggal, Selesaikan Masalah Motosikal Elektrik

KESIMPULAN

Kita mungkin perlu menunggu sedekad lagi, ataupun lebih lama untuk menyaksikan evolusi motosikal elektrik memasuki pasaran arus perdana pada masa akan datang. Semestinya kami begitu teruja untuk menyaksikan perubahan trend tersebut kerana manfaat diberikan motosikal elektrik sebenarnya memang besar.

SUMBER: AutoTrader

590
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Brammo, Emflux, Energica, Harley-Davidson, motosikal elektrik, roda2, Victory, Zero

Comments

  1. Mohd saddam says

    April 22, 2019 at 3:24 PM

    Saya teringin beli tpi sukar nk buat pilihan.. Ntilh. fikir2 dulu.. Samaada nk beli electric bike ataupun petrol bike…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my