• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #AutoExpo2018: Emflux One - Sportbike Elektrik Mampu Milik, Cuma RM37k

#AutoExpo2018: Emflux One - Sportbike Elektrik Mampu Milik, Cuma RM37k

February 11, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

503
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EMFLUX Motors mendedahkan sportbike elektrik pertama, dinamakan Emflux One sempena Auto Expo 2018 yang cuma 499 unit dihasilkan, 199 unit untuk pasaran India dan selebihnya 300 unit lagi untuk dieksport.

Harga Emflux One standard ialah ₹6,00,000 (RM36,967) dan jika memilih tiga tahap naik taraf (suspensi Öhlins, rim aloi dan panel gentian karbon ultra ringan), harganya menjadi ₹11,00,000 (RM67,773). Penghantaran motosikal EV ini dijadualkan bermula April tahun depan.

BACA >>> Emflux Model 1 - Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

Pembangunan kuasa elektrik terdiri daripada pembuatan bateri, sistem pengurusan pembinaan (BMS), pengecas, pengawal motor dan motor untuk 2 dan 4 roda. Perolehan pendapatan pula dicapai menerusi penjualan motosikal prestasi premium dan pelesenan teknologi kepada mana-mana syarikat OEM, termasuk pembangunan solusi kustom.

200KM UNTUK CAS PENUH

emflux_one3
emflux_one8
emflux_one5

Frem trelis menjadi rumah kepada komponen terbesar dan terberat, iaitu pek bateri 9.7kWh. Rekabentuk frem direka lebih ringan dan rigid bagi mencapai keupayaan dinamik optimum, manakala bateri litium-ion penyejukan cecair digabungkan dengan sel berkuasa tinggi Samsung.

Tugasan mengecas bateri diserahkan kepada unit Emflux Warp yang mampu mengecas hingga 80 peratus  dalam tempoh 36 minit. Jika pengecas standard 15A, masa diperlukan untuk cas penuh ialah tiga jam. Jarak tunggangan dalam bandar mampu pergi sejauh 200km, dan lebuh raya (150km) pada kelajuan 80kmj.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

Kuasa bateri tiga fasa Emflux motor induksi AC penyejukan cecair menghasilkan kuasa kuda 60kW (dihadkan kepada 53kW, 71hp) dan tork 84Nm (dihadkan kepada 75Nm). Motor elektrik digabungkan dengan transmisi pacuan terus dan hantaran kuasa ke roda menggunakan pacuan rantai. Pecutan 0-100kmj  boleh dicapai sepantas 3 saat dengan pecutan maksimum 200kmj.

Emflux One dilengkapi skrin sentuh 6.8-inci dengan navigasi GPS, Bluetooth, WiFi, Sistem Perisian 4G - Emflux Learning OS V1.0. Tidak ketinggalan dua saluran ABS sebagai standard, suspensi terbalik (USD) 43mm dan unit monoshock di belakang. Versi lebih tinggi pula menerima USD Öhlins boleh laras dan unit monoshock di belakang.

GALERI
emflux_one6
emflux_one3
emflux_one4
emflux_one1
emflux_one9
emflux_one8
emflux_one0
emflux_one10
emflux_one5
emflux_one2
emflux_one7

 

Artikel Berkaitan

503
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Expo 2018, Emflux Motors, Emflux One, EV, India, jentera elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my