• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Emflux Model 1 - Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

Emflux Model 1 - Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

December 17, 2017 By Aryon 2 Comments

FacebookTwitter


EMFLUX, sebuah syarikat start-up permotoran yang berpangkalan di Bengaluru, India bakal mempamerkan superbike elektrik (EV) sempena pameran Auto Expo 2018. Jentera dinamakan Model 1 itu dikatakan memiliki prestasi setanding superbike berkuasa petrol kategori middleweight.

Menurut Emflux, Model 1 mampu memecut 0-100kmj sepantas di bawah 3 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 200kmj. Enjin yang menjana superbike elektrik ini ialah set motor induksi AC penyejukan cecair berkuasa 67hp dan tork 84Nm.

Kuasa motor pula disumberkan daripada bateri litium-ion buatan Samsung dengan julat isian penuh sejauh 200km. Model 1 turut mendapat ciri moden seperti paparan skrin sentuh TFT 7-inci, sistem navigasi, diagnostik kenderaan masa nyata, kemas kini wayarles over-to-air (OTA), dan sambungan bike-to-bike. Superbike tersebut turut boleh perlu disuaikan dengan telefon pintar. Sistem Brek Anti-Kunci pula menggunakan teknologi Continental.

BACA >>> CFMoto Perkenal Konsep Streetfighter V.02-NK dengan Kerjasama KTM

Sebaik saja Model 1 disempurnakan sebagai sebuah superbike lengkap, Emflux merancang memperkenalkan pula versi streetfighter, dipanggil Model 2. Harga jualan Model 1 di pasaran dianggarkan dalam julat Rs500,000-Rs600,000 (RM31,850-RM38,220).

Di India, ada banyak syarikat start-up yang tampil mempamerkan motosikal konsep elektrik masing-masing, tetapi belum ada yang serius merealisasikan produk masing-masing dalam versi pengeluaran. Apakah Model 1 akan menjadi motosikal elektrik pertama India yang berada di pasaran negara itu?

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Emflux, Emflux Model 1, India, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom, Berkuat Kuasa 1 Oktober 2023
    Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom, Berkuat Kuasa 1 Oktober 2023
  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my