Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Tayar Semua Rupa Bumi BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 Diperkenal untuk Pasaran Malaysia
Aksesori

Tayar Semua Rupa Bumi BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 Diperkenal untuk Pasaran Malaysia

Han OthmanBy Han Othman27/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BFGOODRICH Malaysia rasmi memperkenalkan famili baharu tayar semua rupa bumia (all-terrain), BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 untuk pasaran tempatan dalam sesi pelancaran media di Terra, Petaling Jaya, Selangor pada harga runcit saranan bermula antara RM825 dan RM,2946.

Sebagai pengganti BFGoodrich All-Terrain T/A KO2, tayar baharu BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini yang mahukan teknologi tayar inovatif dengan prestasi unggul atas pelbagai kondisi jalan.

Tayar baharu ini didatangkan kembali dengan tulisan putih timbul pada dinding sisi yang tertera teks ‘Baja Champion’. Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana, berkata;

Komitmen kami di BFGoodrich adalah membekalkan produk yang memenuhi standard prestasi dan daya tahan tertinggi, dan tayar All-Terrain T/A KO3 juga tidak terkecuali.

“Tayar dibangunkan ini mencerminkan pengertian kami yang mendalam mengenai apa dimahukan pengembara.

“Menerusi penambahbaikan berterusan dalam teknologi tayar bertaraf dunia, kami teruja membawakan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 ke pasaran Malaysia. Ini melambangkan cita inovasi BFGoodrich untuk melangkaui jangkaan pelanggan yang berhak mendapatkan yang terbaik untuk kenderaan mereka tanpa mengira apa jua destinasi.”

Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 dibangunkan untuk memenuhi keperluan pemandu di Malaysia dengan ciri dan manfaat seperti berikut:

1. Daya Tahan Bunga Tayar

BFGoodrich menghasilkan corak bunga terkini dan formulasi bunga tayar semua rupa bumi baharu yang menjanjikan daya tahan, termasuk untuk kegunaan di permukaan berbatu.

Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 mempunyai tapak dioptimum dan alur kunci 3D dalam yang dirumus untuk agihan tekanan sekata supaya kehausan tayar juga menjadi sekata. Tayar ini menawarkan jarak perbatuan dan prestasi kehausan lebih baik.

2. Ketegaran

Teknologi CoreGard dinaik taraf dalam BFGoodrich Baja T/A KR3 turut disematkan pada BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 untuk ketegaran dinding sisi lebih cemerlang yang sesuai dengan status ‘Baja Champion’.

Teknologi ini berfungsi mengunjurkan getah bahu tayar hingga ke dinding sisi untuk memberikan perlindungan pada zon gagal dinding sisi.

Rekabentuk Defleksi Termaju (ADD) membantu menghalang objek daripada tersangkut dan merosakkan dinding sisi, sekali gus sempurna untuk pemanduan atas semua pemanduan.

3. Cengkaman

Dalam kondisi paling mencabar sekalipun, tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 mampu memberikan daya cengkaman terbaik menerusi alur kunci (locking sipes) 3D dalam selain rekabentuk bahu bergerigi dan Bar Anti-Lumpur (Mud-Phobic Bars), iaitu antara penambahbaikan daripada tayar KO2 dengan cengkaman lumpur dan salji cemerlang.

Ini membolehkan tayar ini meraih rating ‘Three-Peak Mountain Snowflake’ atas kemampuan mengharungi pemanduan dalam kondisi salji buruk.

Dengan elemen bunga tayar saling mengunci, tayar ini dirumus untuk memaksimum pengendalian dan cengkaman di permukaan jalan berturap dan off-road dengan menstabilkan bahagian pusat bunga tayar. Formulasi bunga tayar itu turut menaik taraf cengkaman dalam kondisi permukaan jalan basah dengan kemampuan berhenti 4.2 meter lebih dekat berbanding KO2.

62 SAIZ AKAN DIPERKENAL BERFASA

BFGoodrich Malaysia akan memperkenalkan lebih 62 saiz sepanjang 24 bulan akan datang dengan 39 saiz bakal dilancarkan dalam tiga fasa bermula September ini.

Baki 19 saiz lagi akan disediakan pada 2025 dengan empat saiz bakal dilancarkan pada 2026 untuk melengkapkan barisan produk terbaharu ini.

Maklumat lanjut boleh kunjungi www.bfgoodrich.com.my atau wakil pengedar bertauliah BFGoodrich yang terdapat seluruh negara.

aksesori BFGoodrich Tayar Tayar All-Terrain Tayar Off-Road Tayar Semua Rupa Bumi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.