Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tamiya Wild One MAX (2024) Lancar, Sah Pandu atas Jalan Raya UK dan EU, Harga RM208k
Roda4

Tamiya Wild One MAX (2024) Lancar, Sah Pandu atas Jalan Raya UK dan EU, Harga RM208k

Abang HirataBy Abang Hirata25/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai Tamiya Wild One MAX dan terbaharu, maklumat lebih menyeluruh dikongsi The Little Car Company yang mengeluarkan kereta Tamiya skala besar itu.

Kereta bugi tersebut dibikin berasaskan kereta kawalan radio (R/C) Tamiya Wild One (58050) yang kali pertama diperkenalkan pada 1985.

Tamiya Wild One MAX dibuat dalam skala penuh untuk pelanggan serata dunia, termasuk pemanduan kanan (RHD) dan kiri (LHD). Menariknya model ini dalam versi sah dipandu atas jalan raya di Britain dan Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanakah bugi sebegini boleh diterima atas jalan raya?

Tamiya Wild One MAX dengan pek jalan raya dibuat mengikut kategori L7e, iaitu kuadrisikal empat roda yang direka untuk membawa penumpang dengan berat tanpa muatan tidak lebih 450kg (tidak termasuk bateri).

Projek itu diumumkan pada April 2021 dan tertunda akibat isu bekalan yang melanda industri. Kesempatan itu digunakan The Little Car Company untuk membuat penambahbaikan termasuk versi jalanan.

Tamiya Wild One MAX dilengkapi pelbagai komponen premium seperti kerusi buket Cobra dengan tali keledar 4-poin, skrin digital 5 inci dan suis kalis air (marine-grade).

Turut menarik, bugi ini dilengkapi brek cakera Brembo pada keempat-empat roda, damper Bilstein boleh laras, spring Eibach dan tayar off-road Maxxis 14 inci.

Bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan, The Little Car Company membuat beberapa pengubahsuaian kepada rekaan R/C asal.

Kokpit dilebarkan untuk memuatkan dua penumpang dewasa dengan selesa dan memenuhi permintaan pelanggan. Tapak atas (turret) diubah untuk meningkatkan tahap penglihatan dan keselamatan pejalan kaki.

Rekaan suspensi depan jenis lengan trel (trailing arm) ditukar kepada double-wishbone. Saiz kereta turut diperbesar yang kini berukuran panjang 3.6 meter dan lebar 1.9 meter.

The Little Car Company juga memasang cermin depan dan wiper cermin supaya praktikal untuk digunakan dalam situasi pemanduan sebenar.

Bagi meredah laluan off-road, Tamiya Wild One MAX mempunyai tahap tinggi bumi 270mm, sudut kaki depan (approach) pada tahap 34.1º, sudut lepas tengah (breakover) 28.4º dan sudut lepas belakang (departure) 50.8º.

Mengenai trenkuasa, bugi ini dikuasakan lapan pek bateri boleh tanggal dengan kapasiti 14.4kWj dan jarak pemanduan (atas jalan) hingga 200km dan kelajuan maksimum 100kmj, manakala berat sekitar 500kg.

Khas untuk 100 pelanggan terawal yang membayar deposit, The Little Car Company menawarkan Tamiya Wild One MAX Launch Edition. Edisi terhad itu dilengkapi plak titanium, papan pemuka gentian karbon dan fob kunci daripada bahan sama.

Lebih menarik, Tamiya memperkenalkan semula kit model R/C Wild One dalam jumlah terhad, dan 100 pelanggan terawal akan menerima sementara menunggu unit Tamiya Wild One MAX mereka disiapkan.

Selain itu, pelekat holografik khas untuk Launch Edition akan dibuat mengikut skala kereta R/C dan boleh dipasang pada palang oleng supaya sepadan bugi dibeli.

Selepas 100 Launch Edition, pelanggan seterusnya akan menerima unit standard Tamiya Wild One MAX pada harga sama. Harga untuk model bugi ini bermula £35,000 (RM208,910) dan pengeluaran dijadual awal 2024.

Spesifikasi Tamiya Wild One MAX Launch Edition

  • Kuasa 28kW (puncak)/15kW (berterusan), bersamaan 38hp/20bhp.
  • Kapasiti bateri 14.4kWj.
  • Jarak pemanduan 110km (off-road), 200km (jalan raya), bergantung pengesahan.
  • Kelajuan maksimum 100kmj.
  • Kerusi buket Cobra, tali keledar 4-poin.
  • Pek jalan raya untuk UK/EU dengan cermin depan, wiper cermin, cermin sisi, gad lumpur, lampu depan dan belakang, lampu signal dan plat nombor.
  • Damper boleh laras Bilstein dan spring Eibach.
  • Tayar belakang Maxxis Bighorn 14 inci.
  • Panel badan polikarbonat berwarna.
  • Skrin digital 5 inci dengan fungsi meter dan monitor kamera undur.
  • Pelekat boleh pasang sendiri seperti kereta R/C asal.

Ciri Khas Launch Edition

  • Papan pemuka gentian karbon dengan plak Launch Edition.
  • Fob kunci gentian karbon.
  • Pelekat hologram Launch Edition dan nat roda seperti model R/C.
  • Model kit Tamiya Wild One 1:10 lengkap dengan alat kawalan jauh, bateri dan pengecas.

BACA >>> Tamiya Wild One MAX Launch Edition (2024), Kereta Mainan Jadi Realiti!
BACA >>> Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik
BACA >>> #BikinKereta: MINI Remastered Oselli Edition – Model Klasik Edisi Terhad Buatan Tangan

 

Roda4 Tamiya Tamiya Wild One MAX Tamiya Wild One MAX (2024) The Little Car Company
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.