Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tukul Cermin – Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli
Autotainment

#TahukahAnda: Tukul Cermin – Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

Han OthmanBy Han Othman10/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TUKUL cermin – tidak ramai pemandu menyimpan alat ini dalam kereta mereka sedangkan ia ada banyak kegunaan apabila berlaku kecemasan. Semestinya fungsi utama tukul cermin adalah memecahkan cermin kereta anda ketika terperangkap akibat kemalangan atau terjerumus dalam sungai.

Anda tersilap jika menganggap cermin kereta mudah dipecahkan dengan apa saja objek keras dalam kereta seperti cincin, duit syiling, kunci kereta atau pengunci stereng. Faktanya, sesetengah objek keras dan kecil seperti cincin, syiling atau kunci kereta sebenarnya langsung tidak mampu memecahkan cermin.

Malah, objek keras dan besar seperti pengunci stereng juga belum tentu memberikan hasil diharapkan. Ini kerana anda memerlukan kekuatan dan jarak hentakan tertentu bagi menghasilkan impak yang boleh memecahkan cermin kereta. Bayangkan situasi anda terperangkap di dalam kereta, apakah ruang dalam kabin cukup untuk anda menghasilkan impak tersebut?

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

DIREKA UNTUK PECAHKAN CERMIN

Di sinilah penting tukul cermin yang sememangnya direka untuk memecahkan cermin tanpa memerlukan banyak kekuatan. Sila beli sekarang dan simpan di tempat yang mudah diingati seperti dalam laci papan pemuka (glove box) atau laci bawah kerusi penumpang depan (jika ada).

tukul-cermin-serba-guna

Mungkin anda ambil mudah saja sambil  berkata, kalau sudah panik, apa-apa pun tak berguna. Tetapi bukankah menyimpan alat ini lebih baik daripada tidak membuat sebarang persediaan? Lebih malang, jika anda tahu dan sedar apa patut dilakukan (selepas membaca artikel ini), tetapi akhirnya menyedari anda tidak memiliki alat keselamatan tersebut. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Tukul cermin seperti ini boleh dibeli di laman web beli-belah atas talian atau anda boleh terus pergi ke mana-mana kedai perkakasan atau aksesori yang mengkhususkan kepada gajet rumah, elektrik dan elektronik. Sesetengah tukul cermin digabungkan dengan ciri lain seperti lampu suluh, lampu amaran bahaya dan pisau kecil.

Jangan tunggu lama, beli sekarang sementara masih ingat! Jom kita video demo:

autotainment tahukah anda tip automobil tip keselamatan kereta tukul cermin tukul keselamatan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.