Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tiga Kategori Lesen Memandu di Belgium
Autotainment

#TahukahAnda: Tiga Kategori Lesen Memandu di Belgium

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA tiga kategori lesen motosikal di Belgium yang terbahagi kepada tiga kategori mengikut had usia. Anda perlu berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil lesen motosikal.

Setiap kategori lesen motosikal adalah bersyarat mengikut umur, kuasa enjin dan nisbah berat-kuasa (power-to-weight). Berikut perincian:

1. Kategori A1
  • Berusia 18 tahun ke atas.
  • Untuk motosikal dengan kapasiti enjin 125cc, kuasa maksimum 15hp.
  • Nisbah maksimum kuasa/berat ialah 0.13hp setiap kg.
2. Kategori A2
  • Berusia 20 tahun ke atas.
  • Motosikal dengan kuasa maksimum 35kW (47hp)
  • Nisbah kuasa-berat (power-to-weight) maksimum ialah 0.27hp setiap kg.
  • Bukan model motosikal yang menghasilkan kuasa dua kali ganda lebih tinggi.
3. Kategori A
  • Berusia lebih 24 tahun
  • Untuk kuasa motosikal lebih 35kW (47hp).
  • Had usia boleh dikurangkan kepada 22 tahun untuk pemegang lesen A2 (selepas tempoh dua tahun pemilikan).

SYARAT PELEPASAN LESEN

Jika sudah dapat lesen memandu kategori B (kereta) selepas 1 Mei 2011, anda boleh selepas dua tahun kemudian menunggang motosikal atau skuter berdasarkan kriteria berikut:

  • Berkapasiti 125cc (maksimum) atau 11kW (15hp).
  • Nisbah maksumum kuasa/berat 0.1kW per kg.
  • Melengkapi 4 jam latihan di pusat latihan memandu

Seandainya menepati syarat di atas, anda tidak perlu mengambil ujian praktikal atau teori. Andai lesen diterima sebelum 1 Mei 2011, anda tidak perlu menghadiri latihan untuk menunggang moped atau skuter. Jika mahu, latihan menunggang boleh didapati di sekolah memandu.

Sistem pelepasan (lesen A1 dengan kategori lesen B) hanya membolehkan anda memandu di Belgium. Di negara lain, anda tetap perlu memiliki lesen kategori penuh A1.

Individu yang mendapat lesen kategori B sebelum akhir 1988 layak menunggang motosikal dan skuter di jalan raya awam tanpa sebarang had kuasa atau kuasa enjin.

UJIAN TEORI

  • Untuk dapat lesen memandu kategori A1, A2 atau A, calon perlu lulus ujian teori membabitkan soalan objektif dengan markah minimum 41 daripada 50 soalan.
  • Sebagai persiapan ujian, anda perlu pilih antara latihan teori di pusat memandu bertauliah dan latihan pembelajaran sendiri.
  • Ujian teori sah untuk kategori lesen A1, A2 dan A. Sebaik dapat salah satu kategori lesen A, anda tidak perlu mengambil ujian teori untuk menukar kelas lesen.
  • Umur minimum mengambil ujian teori ialah 17 tahun 9 bulan. Ujian teori di sekolah menandu bertauliah 12 jam.

LULUS ATAU GAGAL UJIAN TEORI

 

  • Jika lulus, calon akan terima sijil kelulusan yang sah untuk tempoh tiga tahun. Calon perlu jalani latihan praktikal menerusi sekolah memandu bertauliah.
  • Kalau gagal, anda tidak boleh hadir untuk mengambil ujian semula pada hari sama (anda gagal).

UJIAN PRAKTIKAL A1

Selepas lulus ujian teori, calon perlu bersedia untuk ujian praktikal. Anda diberi pilihan sama ada sesi pembelajaran di sekolah memandu bertaulian atau latihan untuk lesen memandu percubaan.

Latihan di Sekolah Memandu
  • Ujian teori
  • Latihan praktikal (12 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Ujian praktikal di tanah persendirian dan jalan awam
Pembelajaran Melalui Lesen Memandu Percubaan
  • Ujian teori
  • Latihan praktikal (9 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Latihan praktikal di atas tanah persendirian
  • Lesen percubaan (sah setahun).
  • Latihan praktikal atas jalan awam.

UJIAN PRAKTIKAL A2

Untuk ujian praktikal, calon ada pilihan latihan pemanduan berbeza. Akses progresif dikhaskan untuk individu yang memiliki lesen A1 sekurang-kurangnya dua tahun.

Akses langsung – Latihan Pemanduan Di Pusat Memandu
  • Ujian teori
  • Latikan praktikal (12 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Latihan praktikal di tanah persendirian dan jalan awam
Akses Langsung – Latihan Pemanduan Melalui Lesen Memandu Percubaan
  • Ujian teori
  • Latihan praktikal (9 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Ujian praktikal di tanah persendirian
  • Lesen memandu percubaan (tempoh latihan pemanduan: 1-12 bulan)
  • Ujian praktikal di jalan awam
Akses Progresif – Latihan Pemanduan Di Pusat Memandu
  • Latihan praktikal (4 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Latihan praktikal di tanah persendirian dan jalan awam
Akses Progresif – Latihan Pemanduan Melalui Lesen Memandu Percubaan
  • Latihan praktikal (4 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Ujian praktikal di tanah persendirian
  • Lesen memandu percubaan (tempoh latihan pemanduan: 1-12 bulan)
  • Ujian praktikal di jalan awam

UJIAN PRAKTIKAL A

Calon ada pilihan latihan pemanduan berbeza untuk ujian praktikal. Akses progresif dikhaskan untuk individu yang memiliki lesen memandu A2 sekurang-kurangnya dua tahun.

Akses langsung – Latihan Pemanduan Di Pusat Memandu
  • Ujian teori
  • Latikan praktikal (12 jam termasuk separuh daripadanya di jalan raya)
  • Latihan praktikal di tanah persendirian dan jalan awam
Akses Langsung – Latihan Pemanduan Melalui Lesen Memandu Percubaan
  • Ujian teori
  • Latihan praktikal (9 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Ujian praktikal di tanah persendirian
  • Lesen memandu percubaan (tempoh latihan pemanduan : 1-12 bulan)
  • Ujian praktikal di jalan awam
Akses Progresif – Latihan Pemanduan Di Pusat Memandu
  • Latihan praktikal (4 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Latihan praktikal di tanah persendirian dan jalan awam
Akses Progresif – Latihan Pemanduan Melalui Lesen Memandu Percubaan
  • Latihan praktikal (4 jam, termasuk separuh jam atas jalan)
  • Ujian praktikal di tanah persendirian
  • Lesen memandu percubaan (tempoh latihan pemanduan : 1-12 bulan)
  • Ujian praktikal di jalan awam

SUMBER: Autosecurite

Auto Terkini autotainment Lesen di Belgium lesen memandu Lesen Memandu Belgium tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.