Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
Autotainment

#TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/12/201812 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI SEBALIK motosikal, ada banyak komponen berbeza yang jika rosak boleh menyumbang kepada masalah susah menghidupkan enjin. Tetapi asasnya, enjin jenis pembakaran dalaman memerlukan tiga perkara utama untuk membuatkan ia dihidupkan iaitu: minyak, palam pencucuh dan mampatan.

Jika berlaku kegagalan pada salah satu komponen atau proses di atas, maka enjin jadi bermasalah untuk dihidupkan. Jadi di bawah ini kami senaraikan beberapa simptom yang menjadi punca kenapa motosikal susah nak start!

1. SISTEM BAHAN API


Petrol datang dari tangki yang disalurkan menerusi tap (atau suis) bahan api dan direka untuk menghentikan aliran petrol (jika diperlukan) atau menutupnya daripada posisi ‘on’. Kebanyakan suis bahan api ialah penapis jenis skrin berserta mangkuk mendapan. Kedua-dua item itu berfungsi menyekat atau menghentikan petrol daripada mengalir.

Cara memeriksa aliran petrol, seseorang mekanik iru perlu menanggalkan skru buang (drain screw) mangkuk pelampung karburetor. Ia perlu dibuat secara berhati-hati kerana petrol mudah terbakar. Banyak karburetor yang dihasilkan selepas era 1970-an dipasangkan pada palam buang (drain plug) untuk tujuan itu. Sebaik saja petrol memasuki karburetor, takat isian dikawal pelampung yang bertindak pada injap jarum.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu

Masalah yang dikaitkan dengan takat petrol ialah pelampung rosak atau bocor, tetapan ketinggian pelampung yang tidak betul, dan injap jarum kotor atau melekit (biasanya petrol akan keluar habis dari tiub limpah (overflow tube) jika injap terus terbuka). Tetapan ketinggian pelampung yang salah pula mempengaruhi campuran pembakaran dan menjejaskan kerja menghidupkan enjin.

2. CAMPURAN

Nisbah petrol/udara sangat penting untuk memastikan kelancaran atau menghidupkan enjin. Komponen yang memantau nisbah petrol ialah jet, slaid udara (dan jarum) dan pencekik @ choke (peranti khas untuk menghidupkan enjin sejuk). Masalah tipikal dikaitkan dengan karburetor yang membuatkan enjin susah dihidupkan ialah kerosakan choke yang mengehadkan bekalan petrol, atau manifold  bocor.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

Bagi motosikal berusia, getah mounting manifold karburetor cenderung bocor sama ada tiub dan gasket. Menyembur WD40 pada getah ketika menghidupkan enjin dapat mengesan kebocoran yang berlaku ketika halaju enjin meningkat.

Bagi memintas peranti choke, WD40 boleh disembur terus ke inlet karburetor (selepas penapis udara dikeluarkan) ketika menghidupkan enjin, sama ada penghidup tendang atau elektrik. Bagaimanapunn ingat, WD40 mudah terbakar. Mekanik mesti berhati-hati ketika mencuba.

3. MAMPATAN


Campuran mampatan petrol-udara mencukupi ialah penting untuk menghidupkan enjin dengan baik dan menggerakkan proses pembakaran. Setiap model berbeza tekanan mampatan, termasuk sesama motosikal 2-lejang dan 4-lejang. Bagaimanapun, tekanan pengengkol yang kurang daripada 40.8kg/kaki inci secara asasnya menunjukkan ada berlaku masalah dalaman enjin. Jadi mekanik perlu mematuhi tekanan disyorkan pengeluar sebelum membuat sebarang pembaikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Ujian Mampatan (Compression Test) untuk Motosikal?

2-LEJANG

Tekanan mampatan lemah ke atas enjin 2-lejang boleh merosakkan gelang piston atau piston, membocorkan kepala silinder atau gasket silinder, dan merosakkan atau membocorkan kedap minyak aci engkol (crankshaft). Sebelum berdepan situasi susah hendak menghidupkan enjin, pemilik mungkin perasan tentang asap berlebihan yang keluar dari mufler apabila kedap minyak engkol mula haus.

4. 4-LEJANG

Tekanan mampatan ke atas enjin 4-lejang dikawal injap pemasaan, kedap (seal) antara injap dan kerusi injap (valve seat), tetapan kelegaan injap, piston dan gelang piston dan gasket kepala silinder. Bagi mengesan tekanan engkol yang lemah, mekanik perlu melakukan ujian kebocoran.

BACA >>> #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

* Kerusi Injap @ Valve Seat dalam enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel ialah permukaan bertentangan injap ambilan dan injap ekzos ketika enjin sedang melakukan sebahagian operasi kitaran apabila injap ditutup.

5. PALAM PENCUCUH


Kesukaran menghidupkan enjin kerap kali berpunca daripada palam pencucuh yang kotor atau rosak, terutama pada enjin 2-lejang lama. Antara cara pemeriksaan paling mudah, mekanik perlu menanggalkan palam pencucuh dan melakukan ujian percikan dengan meletakkan palam pencucuh ke kepala silinder, kemudian mematikan enjin dengan pencucuhan dalam posisi ‘ON’.

Bagaimanapun, tumpuan penuh perlu diberikan ketika melakukan prosedur ini kerana percikan api boleh menyalakan apa-apa campuran dikeluarkan daripada silinder terbuka. Percikan itu tercetus daripada elektrik voltan tinggi dan boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada mekanik, termasuk risiko letupan, kebakaran atau mata terkena bahan api yang terpercik.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

* Walaupun palam pencucuh mungkin menghasilkan percikan baik di luar silinder, ia mungkin tidak menghasilkan percikan dalam kondisi ekstrem apabila dipasang. Jadi perlu siap sedia dengan palam pencucuh baharu.

Jika palam pencucuh menyala baik (percikan biru terang), mekanik mesti periksa percikan itu berlaku pada masa yang betul – dikawal sistem pemasaan pencucuhan

Bergantung kepada jenis pencucuhan (poin sentuh atau elektronik penuh), pengeluar memiliki poin pemasaan pencucuhan spesifik yang betul. Poin pemasaan itu sama ada dalam darjah (º) sebelum TDC (top-dead-center) atau jarak unjuran. (Mengira jarak unjuran daripada TDC ialah antara kes kiraan jumlah darjah dibandingan pergerakan piston dari lejang aci engkol)

* Glosari
Aci engkol – crankshaft
Kedap – seal
Palam pencucuh – spark plug
Poin sentuh – contact point
Poin pemasaan – timing point
Pencucuhan – ignition

SUMBER: Thoughtco
autotainment Jenis Motosikal Motosikal Susah Hidup roda2 tahukah anda tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    22/04/2026
    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026

    12 Comments

    1. Josh on 09/06/2020 00:11

      Kalau motor lama x start macam mana ya? Aku strt dpt tpi susah nak hidup… Boleh bgi tip untuk aku chck.?

      Reply
    2. Soul on 03/08/2020 09:38

      Relay starter kut kalau lama.

      Reply
    3. Fadzli on 15/11/2020 12:03

      Assalamualaikum
      Suzuki smash 110, lama x idup.. Try tukar plug, isi myk.. Tp bila idup pakai choke, ok.. Dh lama try pulas mati.. X sedar minyak turun dr tiub.. Napa ye, boleh bantu.

      Reply
    4. Remi on 27/03/2021 13:18

      Y15 susah start..cuma timing tinggi baru boleh..apa masalah ??

      Reply
    5. Max on 21/05/2021 09:51

      Hello nak Tanya apa punca2 moto tak boleh start.. Aku DA ganti coil plug/Spark plug Dan C.D.I tapi sma juga tak bleh Start.. Thanks You

      Reply
    6. SalehIsmail on 30/08/2021 07:44

      Mana/Apa yg ke-6

      Reply
    7. Saleh Ismail on 30/08/2021 07:47

      2-Lejang.
      Enjin sejuk susah nk hidup guna Choke baru senang hidup.
      Bila enjin dh panas. Sekali kick ja hidup enjin..
      Boleh perjelaskan apa masaalah..?
      Terima Kasih Membantu…

      Reply
    8. DUSIT DAWI AYOM on 04/01/2022 11:05

      sya ada masalah dgn moto 2-lejang. selalu susah nak start waktu pagi., masuk chock pun bunyi enjin press minyak nak padam..kenapa ya.? ada sesiapa dapat membantu sya untuk menyelesaikan masalah sya ini.

      Reply
      • AO on 05/01/2022 19:45

        Mungkin ada salah satu masalah yang disebut dalam artikel. Boleh bawa ke bengkel

        Reply
    9. Hairull on 06/04/2023 08:18

      Assalamualaikum motor susah nak start tak kira pagi ke atau baru lepas jalan pergi kerja lepas matikan pun susah nak start kenapa ya mintak tolong

      Reply
    10. Amir on 26/08/2023 08:00

      Aslm NK Saya lepas tukar block dengan head motor tk mahu hidup MCM mne tu boss

      Reply
    11. Mohammad Armishahri on 23/09/2024 08:30

      saya mengunakan scooter APRILIA SRMAX 300.motor saya tidak boleh start.apa yang saya buat saya pusingkan tayar bekalang 1 2 pusingan dan selepas itu saya try start semula.alhamdulila berjaya enjin dihidupkan.apa masaalahnya ya.saya budak baru belajae

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.