• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

#TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

March 17, 2018 By Admin 2 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH anda sedang mencari perbezaan jenis palam pencucuh (spark plug) terbaik? Jika benar, anda sedang memilih artikel bacaan yang tepat kerana kali ini kita akan membincangkan beberapa jenis palam pencucuh yang kerap digunakan ramai pengguna kenderaan.

1. PALAM PENCUCUH TEMBAGA/NIKEL


Juga dipanggil palam pencucuh standard atau biasa, dihasilkan daripada material kemasan saduran aloi nikel bagi tujuan elektrod. Cuma bahagian dalaman saduran ataupun teras yang dihasilkan daripada tembaga. Ini kerana, tembaga ialah sejenis logam lembut yang mudah cair sekiranya terdedah kepada tahap kepanasan ekstrem. Palam pencucuh jenis ini berharga murah dan mempunyai jangka hayat pendek.

2. PALAM PENCUCUH PLATINUM TUNGGAL

single-platinum-spark-plug-1
single-platinum-spark-plug-2

Palam pencucuh jenis ini juga sering dipilih ramai pemilik kenderaan. Ia menggunakan platinum sebagai elektrod. Platinum ialah sejenis logam mahal kerana sukar diperoleh, manakala pemprosesan juga rumit yang memberikan tekstur lebih keras berbanding nikel. Palam pencucuh dengan elektrod platinum mempunyai jangka hayat lebih baik dan lebih ringan daripada palam pencucuh biasa.

3. PALAM PENCUCUH DWI PLATINUM (DOUBLE PLATINUM)

double-platinum-spark-plug-bosch-2
double-platinum-spark-plug-bosch

Palam pencucuh dwi platinum atau double platinum mampu memaksimumkan penggunaan platinum pada kedua-dua elektrod teras dan dasar. Palam pencucuh ini agak mahal, setanding kemampuan prestasi lebih tinggi.

4. PALAM PENCUCUH IRIDIUM

iridium-spark-plug-bosch-1
iridium-spark-plug-bosch-2
iridium-spark-plug-bosch-3

Palam pencucuh iridium menawarkan jangka hayat yang lama. Iridium ialah logam yang lebih keras dan lebih lasak berbanding platinum. Walaupun perlu membayar lebih mahal, tetapi berbaloi dari segi penggunaan jangka panjang yang 3-4 kali ganda berbanding palam pencucuh biasa.

Palam pencucuh iridium memiliki elektrod teras kecil. Ini bermakna kurang voltan digunakan untuk menjana arus elektrik. Inilah sebab kenapa banyak pengeluaran hari ini mula menggunakan palam pencucuh iridium pada produk kenderaan masing-masing. Sama seperti platinum, palam pencucuh iridium turut menawarkan jenis dwi, iaitu penghasilan cas pada elektrod teras dan dasar.

Kebiasaannya, apabila sudah memilih menggunakan palam pencucuh iridium, anda disarankan supaya tidak menukar palam pencucuh platinum atau tembaga kerana boleh menjejaskan prestasi kenderaan.

Artikel Berkaitan

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, palam pencucuh, roda2, Roda4, spark plug

Comments

  1. FBI says

    March 19, 2018 at 10:27 AM

    Di Malaysia banyak terdapat palam pencucuh palsu buatan China, palam pencucuh dari China ini dijual sama seperti harga palam pencucuh tulen terutama palam pencucuh iridium. Ramai pengguna telah tertipu dan kenderaan terjejas rosak teruk.Diminta pengulasan dan kupasan tentang hal ini.

    Reply
  2. Harith says

    June 4, 2019 at 11:12 PM

    Fake byk sangat. Beli biasa takpa..janji original.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
    Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my