• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

#TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

November 20, 2018 By Admin PanduLaju 14 Comments

983
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL kalau buat perangai memang tidak kira masa. Lebih haru jika motosikal kesayangan kita tetiba mogok di tengah jalan. Mungkin ada yang relaks atau mungkin ada yang panik. Sabar geng, jangan menyerah dulu atau tinggal motor di tepi jalan dan terus order Grab. Setiap masalah pasti ada jalan keluar!

Artikel ini akan mendedahkan punca kenapa motosikal jenis suntikan bahan api (FI) dan suntikan bahan api elektronik (EFI) tidak dapat dihidupkan, dan berkongsi tip yang boleh dicuba untuk menghidupkan enjin FI yang tetiba mogok! Sebelum itu, mari kita fahami dulu apakah konsep FI atau EFI?

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Yamaha Blue Core?

Sistem FI atau EFI ialah komponen karburetor yang mana petrol disalurkan terus dari tangki ke kebuk pembakaran dengan jumlah suntikan diuruskan secara elektronik menerusi unit kawalan elektronik (ECU) supaya lebih efisien.

Faktanya, motosikal karburetor atau bukan FI lebih mudah dibaiki apabila berlaku masalah. Sebaliknya, motosikal EFI agak sofistikated. Ini bermakna apabila jentera EFI anda tiba-tiba rosak, ia tidak semestinya berpunca akibat palam pencucuh saja.

Ada beberapa sebab kenapa motosikal EFI anda boleh mogok, dan ada penyelesaian tertentu yang mesti dibuat seperti di bawah ini:

1. MINYAK HABIS

MINYAK KOSONG
isi-minyak-motor

Punca paling mudah dikesan, tangki minyak kering. Ada menganggap motosikal FI tidak boleh habis minyak kerana boleh menyebabkan enjin susah dihidupkan. Ya, betul, teknologi EFI terdiri daripada tekanan bahan api dalam sistem saluran minyak. Jadi, apabila minyak habis, ada udara yang masuk dalam fiuslaj minyak.

Ini menyebabkan motor sukar dihidupkan kerana tekanan bahan api terjejas akibat kehadiran udara dalam sistem. Keadaan ini tidak berbahaya kerana EFI sudah dilengkapkan dengan sistem yang dapat menyingkirkan udara atau bleeding secara automatik.

Cara menghidupkan motosikal EFI yang habis minyak ialah:

  • Pastikan isi minyak ke dalam tangki.
  • Pusing kunci di posisi ON, dan biarkan 4 saat.
  • Pusing kembali kepada posisi OFF.
  • Ulang semula cara ini (ON-OFF) sebanyak 3-5 kali.

Tujuannya, ketika kunci di posisi ON, pam minyak akan mengepam petrol ke salur minyak. Prosedur berulang dilakukan itu seakan meniru proses bleeding. Akhirnya, udara dalam salur minyak akan terkumpul di hujung injektor. Selepas itu, barulah enjin dihidupkan seperti biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Perlukah Palam Pencucuh Perlumbaan untuk Motosikal Harian?

2. BATERI KONG

jumper-bateri-motosikal
bateri-motosikal

Bateri ialah komponen yang menyimpan arus elektrik pada kenderaan bermotor dan berfungsi membekalkan tenaga elektrik kepada sistem elektrik motosikal. Bagi motosikal konvensional, kuasa bateri cuma digunakan ketika mahu menghidupkan enjin.

Namun, motosikal EFI tidak hanya digunakan ketika menghidupkan motosikal, tetapi juga berperanan menstabilkan arus elektrik jentera. Jadi, apabila bateri lemah, voltan akan merosot. Kesannya, arus elektrik ke ECU dan pam minyak juga turut merosot hingga motosikal gagal dihidupkan sepenuhnya.

Penyelesaian, ganti bateri baharu. Jika situasi genting, anda boleh buat jumping dengan motosikal lain atau guna alat jumper. Selepas enjin hidup, cas elektrik akan dibekalkan alternator.

3. PAM MINYAK ROSAK

Pam minyak cuma ada pada enjin EFI. Fungsinya, menyalurkan petrol dari tangki minyak kepada salur enjin pada tekanan tertentu. Komponen ini sangat penting kerana apabila pam minyak tidak berfungsi, tiada tekanan bahan api pada sistem injektor.

Cara memeriksa pam minyak ialah pusingkan kunci motosikal pada posisi ON. Jika pam minyak masih elok, anda akan dapat mendengar bunyi dengung dari dalam tangki dalam beberapa saat. Namun, apabila langsung tiada bunyi itu,  bolehlah disimpulkan pam minyak sudah rosak. Simptom pam minyak rosak juga dapat dikenal pasti dengan melihat indikator 'Check Engine' (warna jingga) menyala.

Penyelesaiannya, ganti pam minyak.

4. PALAM PENCUCUH

palam-pencucuh-pegang
Contoh Pengawal Kelajuan Lahu (ISC)
Contoh Pengawal Kelajuan Lahu (ISC)
Indikator 'Check Engine' menyala.
Indikator 'Check Engine' menyala.

Palam pencucuh ialah komponen penting dalam proses pembakaran, sama ada motosikal anda jenis karburetor atau EFI. Simptom yang boleh dikenal pasti sekiranya palam pencucuh rosak ialah bunyi lahu atau idle lemah ketika rev rendah dan enjin mati tiba-tiba dan sukar dihidupkan lagi.

Punca utama palam pencucuh mati ialah disebabkan pembakaran kurang sempurna, timbunan deposit dalam kebuk pembakaran atau tersilap memilih palam pencucuh.  Semua sebab disebutkan itu menjadi punca kenapa hayat palam pencucuh motosikal anda tidak panjang.

BACA >>> 5 Tip Mudah Senggara Motosikal, Nombor 3 Selalu Penunggang Ambil Ringan

Penyelesaian, ganti palam pencucuh baharu, tetapi sebelum itu periksa dulu punca lain sebelum menukar. Antaranya:

  • Pastikan keadaan kebuk pembakaran bersih daripada enapan atau deposit supayan boleh dibersihkan menggunakan penyembur pencuci karbon.
  • Pastikan indikator 'Check Engine' tidak menyala.
  • Pastikan pengawal kelajuan lahu (ISC) juga bersih, boleh periksa ISC dekat badan terotel.
  • Pastikan guna palam pencucuh spesifikasi betul dengan label Resistor (dilabelkan R atau U).
  • Cuba bersihkan dulu palam pencucuh. Kalau enjin masih tidak dapat dihidupkan, barulah diganti baharu.

5. ADA SENSOR ROSAK

Sistem EFI turut dipasangkan sensor yang berfungsi memeriksa situasi bahagian enjin tertentu. Sensor tersebut akan menghantar data yang mengandungi aliran udara dan suhu aliran udara ambilan. Apabila sensor rosak, ia akan memberi kesan terhadap enjin ketika dihidupkan.

Kebiasaannya, masalah sensor diawali indikator 'Check Engine' yang menyala. Bagi mengetahui sensor mana yang rosak, anda perlukan alatan pengimbas atau bawa motosikal ke bengkel.

6. MOTOR MASUK AIR


Ini berpunca akibat kesilapan sendiri. Air dapat masuk menerusi lubang penapis udara. Walaupun kedudukan penapis udara terlindung, tetapi apabila meredah banjir yang dalam atau tidak berhati-hati ketika mencuci motosikal, air dengan mudah dapat masuk ke dalam enjin.

Penyelesaian, keringkan palam pencucuh dan bahagian dalaman enjin. Cabut palam pencucuh, pastikan kunci pada posisi OFF. Hidupkan motor menggunakan penghidup tendang beberapa kali. Ini bertujuan mengeringkan dalaman enjin. Kemudian, pasang semula palam pencucuh dan hidupkan enjin seperti biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 3 Jenis Filter; Motosikal yang Wajib Anda Tahu?


TIP EKSTRA


Berikut tip supaya motosikal EFI anda tidak mudah mati:

  • Guna minyak oktana tinggi kerana motor EFI sangat sensitif dengan minyak berkualiti rendah.
  • Selalu panaskan motor setiap pagi supaya bateri dicas penuh.
  • Pastikan motosikal diservis mengikut rutin penyenggaraan minimum, iaitu dua kali setahun.
  • Jangan cuci motor sembarangan supaya air tidak masuk ke dalam enjin.

SUMBER: AutoExpose

Artikel Berkaitan

983
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Autotainment. Tahukah Anda, EFI, FI, motosikal, roda2, Suntikan Bahan Api (FI), Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI), TahukahAnda, Teknologi EFI, tip automotif

Comments

  1. elfi says

    November 25, 2019 at 11:23 PM

    motor rs150 saya tiba2 xblh start pkai starter tangan, sblum tu tiba2 mati ketika tengah free gear. tapi blh start guna kaki. nasib baik ada starter kit kaki...Pastu signal dan lampu belakang sblum ni menyala kalo suis on tanpa enjin start..skrg bila tibe2 mati..lampu belakang dan signal akan menyala bila enjin start sahaja. kalo enjin stop lampu xfungsi..adakah masalah bateri? tapi lampu depan kuat terang..RS kan pkai led. Plug Coil check ok, katab pun ok, cuma spark plug mcm terbakar seolah2 api lebih dan kurang minyak masuk. adakah sbb api lebih..buat bateri lemah..saya pkai Plug coil after market, ecu aftermarket dan spark plug jenis iridium.

    Reply
  2. rashid says

    December 19, 2019 at 2:16 PM

    motor sy honda ex5 fi tgh laju tiba2 slow la. tp boleh jalan lg. lampu indikator xde menyala. apa masalah nya ya? kalau kereta jd semput mcm tu selalu org tukar fuel filter. motor injection bagaimana pula?

    Reply
  3. Azrie says

    January 5, 2020 at 7:30 AM

    Bro motor susah sgt nk start,bile dh boleh start pulas mnyak je trus semput2......mcm api tak sampai atau mcm minyak nk habis
    Sy pakai mtr honda future FI 125

    Reply
  4. Azrie says

    January 5, 2020 at 7:31 AM

    Bro motor susah sgt nk start,bile dh boleh start pulas mnyak je trus semput2......mcm api tak sampai atau mcm minyak nk habis
    Sy pakai mtr honda future FI 125
    Boleh tlng tak,ape sbb nye ye

    Reply
  5. Azahari says

    February 5, 2020 at 8:47 PM

    Motor dash saya bila on kunci semua indicators gear, minyak tak menyala.. Bila saya tekan break baru lampu menyala.. Kenapa ye

    Reply
  6. Shahrizam Saad says

    February 18, 2020 at 8:49 PM

    Saya baru bercadang nak beli honda dash 125 FI repsol. Boleh tak share komen secara jujur sape2 yg dah penah pakai.. Takut plk nak beli feul injection ni.. Tq bro

    Reply
  7. Athanasius John says

    March 9, 2020 at 12:00 AM

    Sy dah guna motor honda dash 125 fi setahun lbh. Setakat ni tidak ada masalah. Cuma cover depan ada sedikit vibrate.

    Reply
  8. Shahrul says

    March 29, 2020 at 8:35 PM

    Bateri yg kurang power boleh tak menyebabkan motor semput

    Reply
  9. CK says

    April 27, 2020 at 3:02 PM

    Ada sesiapa tahu jangka hayat ECU Dan sensor Honda motosikal?

    Reply
  10. khairul says

    June 12, 2020 at 1:59 PM

    motor saya wave dash 110fi...knape motor saya lepas change gear pulas minyak dye mengerang kaw2...motor pon xpegi sgat...klo nk potong lori kemain pyah nk ambek lajaknye...benda nii jdi lebih teruk klo motor sejuk n wktu hujan...

    Reply
  11. ShahPulasHabis says

    January 19, 2021 at 1:52 PM

    Assalamualaikum... Saya kecelaruan ni... Biasanya kita on kunci bunyi berdengung kejap lpas tu baru start motor lepas tu bunyi dengung hilang kan.. tapi kalau da start motor tapi bunyi berdengung tak hilang2.. ape ke hei nye?? Minta tolong beri penceraham

    Reply
  12. md sobri says

    June 16, 2021 at 1:25 AM

    saya sobri dari alor setar.tnt300 saya start senang hidup.tp dlm 2minit akan mati sendiri.tapi bila kita jalan dalam 70km/j moto saya semput2 bila perah lg minyak dia semput2 dan boleh pecut leps tu semput balik.plaq,tps,iat,smua saya dah tukar.tapi masih semput jugak.trootle body dah servis..

    Reply
  13. ahwee says

    June 29, 2022 at 12:28 PM

    kalau regulator panas sangat apa punca bro? sudah tukar baru, masih panas... check wyering smua ok... barang ecu, pump, wyering smua baru. tq bro

    Reply
  14. Eddystone says

    September 12, 2022 at 2:26 AM

    Assalamualaikum warga group pandu laju.com. Saya menggunakan motosikal SYM Sport rider 125i. Motor saya dah 2 tahun tak start. Jadi saya dah tukar bateri, fuel pump, spark plug baru, bersihkan injektor dan throttle body serta tangki minyak. Masalah sekarang ni motor saya bila start tak nak hidup. Fuel pump, relay fuel pump dan lain² berfungsi. Cuma start je tak hidup². Saya dah check api dan minyak semua berfungsi. Saya dah cuba start berkali-kali, dan ada ketika kedengaran enjin dah nak hidup tapi mati kembali. Adakah saya perlu reset ECU/CDI menggunakan scanner di bengkel? Harap ada yang dapat membantu😔😔. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my