• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!

#TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!

December 5, 2018 By Admin PanduLaju 9 Comments

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI SEBALIK motosikal, ada banyak komponen berbeza yang jika rosak boleh menyumbang kepada masalah susah menghidupkan enjin. Tetapi asasnya, enjin jenis pembakaran dalaman memerlukan tiga perkara utama untuk membuatkan ia dihidupkan iaitu: minyak, palam pencucuh dan mampatan.

Jika berlaku kegagalan pada salah satu komponen atau proses di atas, maka enjin jadi bermasalah untuk dihidupkan. Jadi di bawah ini kami senaraikan beberapa simptom yang menjadi punca kenapa motosikal susah nak start!

1. SISTEM BAHAN API


Petrol datang dari tangki yang disalurkan menerusi tap (atau suis) bahan api dan direka untuk menghentikan aliran petrol (jika diperlukan) atau menutupnya daripada posisi 'on'. Kebanyakan suis bahan api ialah penapis jenis skrin berserta mangkuk mendapan. Kedua-dua item itu berfungsi menyekat atau menghentikan petrol daripada mengalir.

Cara memeriksa aliran petrol, seseorang mekanik iru perlu menanggalkan skru buang (drain screw) mangkuk pelampung karburetor. Ia perlu dibuat secara berhati-hati kerana petrol mudah terbakar. Banyak karburetor yang dihasilkan selepas era 1970-an dipasangkan pada palam buang (drain plug) untuk tujuan itu. Sebaik saja petrol memasuki karburetor, takat isian dikawal pelampung yang bertindak pada injap jarum.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu

Masalah yang dikaitkan dengan takat petrol ialah pelampung rosak atau bocor, tetapan ketinggian pelampung yang tidak betul, dan injap jarum kotor atau melekit (biasanya petrol akan keluar habis dari tiub limpah (overflow tube) jika injap terus terbuka). Tetapan ketinggian pelampung yang salah pula mempengaruhi campuran pembakaran dan menjejaskan kerja menghidupkan enjin.

2. CAMPURAN

Nisbah petrol/udara sangat penting untuk memastikan kelancaran atau menghidupkan enjin. Komponen yang memantau nisbah petrol ialah jet, slaid udara (dan jarum) dan pencekik @ choke (peranti khas untuk menghidupkan enjin sejuk). Masalah tipikal dikaitkan dengan karburetor yang membuatkan enjin susah dihidupkan ialah kerosakan choke yang mengehadkan bekalan petrol, atau manifold  bocor.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

Bagi motosikal berusia, getah mounting manifold karburetor cenderung bocor sama ada tiub dan gasket. Menyembur WD40 pada getah ketika menghidupkan enjin dapat mengesan kebocoran yang berlaku ketika halaju enjin meningkat.

Bagi memintas peranti choke, WD40 boleh disembur terus ke inlet karburetor (selepas penapis udara dikeluarkan) ketika menghidupkan enjin, sama ada penghidup tendang atau elektrik. Bagaimanapunn ingat, WD40 mudah terbakar. Mekanik mesti berhati-hati ketika mencuba.

3. MAMPATAN


Campuran mampatan petrol-udara mencukupi ialah penting untuk menghidupkan enjin dengan baik dan menggerakkan proses pembakaran. Setiap model berbeza tekanan mampatan, termasuk sesama motosikal 2-lejang dan 4-lejang. Bagaimanapun, tekanan pengengkol yang kurang daripada 40.8kg/kaki inci secara asasnya menunjukkan ada berlaku masalah dalaman enjin. Jadi mekanik perlu mematuhi tekanan disyorkan pengeluar sebelum membuat sebarang pembaikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Ujian Mampatan (Compression Test) untuk Motosikal?

2-LEJANG

Tekanan mampatan lemah ke atas enjin 2-lejang boleh merosakkan gelang piston atau piston, membocorkan kepala silinder atau gasket silinder, dan merosakkan atau membocorkan kedap minyak aci engkol (crankshaft). Sebelum berdepan situasi susah hendak menghidupkan enjin, pemilik mungkin perasan tentang asap berlebihan yang keluar dari mufler apabila kedap minyak engkol mula haus.

4. 4-LEJANG

Tekanan mampatan ke atas enjin 4-lejang dikawal injap pemasaan, kedap (seal) antara injap dan kerusi injap (valve seat), tetapan kelegaan injap, piston dan gelang piston dan gasket kepala silinder. Bagi mengesan tekanan engkol yang lemah, mekanik perlu melakukan ujian kebocoran.

BACA >>> #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

* Kerusi Injap @ Valve Seat dalam enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel ialah permukaan bertentangan injap ambilan dan injap ekzos ketika enjin sedang melakukan sebahagian operasi kitaran apabila injap ditutup.

5. PALAM PENCUCUH


Kesukaran menghidupkan enjin kerap kali berpunca daripada palam pencucuh yang kotor atau rosak, terutama pada enjin 2-lejang lama. Antara cara pemeriksaan paling mudah, mekanik perlu menanggalkan palam pencucuh dan melakukan ujian percikan dengan meletakkan palam pencucuh ke kepala silinder, kemudian mematikan enjin dengan pencucuhan dalam posisi 'ON'.

Bagaimanapun, tumpuan penuh perlu diberikan ketika melakukan prosedur ini kerana percikan api boleh menyalakan apa-apa campuran dikeluarkan daripada silinder terbuka. Percikan itu tercetus daripada elektrik voltan tinggi dan boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada mekanik, termasuk risiko letupan, kebakaran atau mata terkena bahan api yang terpercik.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

* Walaupun palam pencucuh mungkin menghasilkan percikan baik di luar silinder, ia mungkin tidak menghasilkan percikan dalam kondisi ekstrem apabila dipasang. Jadi perlu siap sedia dengan palam pencucuh baharu.

Jika palam pencucuh menyala baik (percikan biru terang), mekanik mesti periksa percikan itu berlaku pada masa yang betul - dikawal sistem pemasaan pencucuhan

Bergantung kepada jenis pencucuhan (poin sentuh atau elektronik penuh), pengeluar memiliki poin pemasaan pencucuhan spesifik yang betul. Poin pemasaan itu sama ada dalam darjah (º) sebelum TDC (top-dead-center) atau jarak unjuran. (Mengira jarak unjuran daripada TDC ialah antara kes kiraan jumlah darjah dibandingan pergerakan piston dari lejang aci engkol)

* Glosari
Aci engkol - crankshaft
Kedap - seal
Palam pencucuh - spark plug
Poin sentuh - contact point
Poin pemasaan - timing point
Pencucuhan - ignition

SUMBER: Thoughtco

Artikel Berkaitan

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Jenis Motosikal, Motosikal Susah Hidup, roda2, tahukah anda, tip

Comments

  1. Josh says

    June 9, 2020 at 12:11 AM

    Kalau motor lama x start macam mana ya? Aku strt dpt tpi susah nak hidup... Boleh bgi tip untuk aku chck.?

    Reply
  2. Soul says

    August 3, 2020 at 9:38 AM

    Relay starter kut kalau lama.

    Reply
  3. Fadzli says

    November 15, 2020 at 12:03 PM

    Assalamualaikum
    Suzuki smash 110, lama x idup.. Try tukar plug, isi myk.. Tp bila idup pakai choke, ok.. Dh lama try pulas mati.. X sedar minyak turun dr tiub.. Napa ye, boleh bantu.

    Reply
  4. Remi says

    March 27, 2021 at 1:18 PM

    Y15 susah start..cuma timing tinggi baru boleh..apa masalah ??

    Reply
  5. Max says

    May 21, 2021 at 9:51 AM

    Hello nak Tanya apa punca2 moto tak boleh start.. Aku DA ganti coil plug/Spark plug Dan C.D.I tapi sma juga tak bleh Start.. Thanks You

    Reply
  6. SalehIsmail says

    August 30, 2021 at 7:44 AM

    Mana/Apa yg ke-6

    Reply
  7. Saleh Ismail says

    August 30, 2021 at 7:47 AM

    2-Lejang.
    Enjin sejuk susah nk hidup guna Choke baru senang hidup.
    Bila enjin dh panas. Sekali kick ja hidup enjin..
    Boleh perjelaskan apa masaalah..?
    Terima Kasih Membantu...

    Reply
  8. DUSIT DAWI AYOM says

    January 4, 2022 at 11:05 AM

    sya ada masalah dgn moto 2-lejang. selalu susah nak start waktu pagi., masuk chock pun bunyi enjin press minyak nak padam..kenapa ya.? ada sesiapa dapat membantu sya untuk menyelesaikan masalah sya ini.

    Reply
    • AO says

      January 5, 2022 at 7:45 PM

      Mungkin ada salah satu masalah yang disebut dalam artikel. Boleh bawa ke bengkel

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my