• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

July 23, 2017 By ZY 3 Comments

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SILINDER tunggal atau silinder kembar, atau 4-Sebaris? Buat mereka yang sedang berkira-kira menaik taraf motosikal, konfigurasi enjin adalah antara perkara yang sangat dititikberatkan. Pernahkah anda terfikir kenapa ada begitu banyak konfigurasi enjin berbeza? Apakah lebih banyak silinder, lebih baik? Kenapa tiada lagi 250cc empat silinder sebaris?

Jawapannya ada di bawah ini:

1. SILINDER TUNGGAL (SINGLE CYLINDER)

Inilah konfigurasi enjin paling asas dengan hanya satu silinder menjana keseluruhan kuasa. Binaan ringkas membawa kepada kos pembuatan rendah, menjadikan enjin silinder tunggal ini pilihan popular untuk pasaran motosikal ekonomi.

Namun, itu bukan bermakna enjin silinder tunggal tidak sesuai buat mereka yang berjiwa kelajuan. Dengan tork tinggi pada RPM rendah membuatkan motosikal sport/naked, yang tipikal dengan enjin sebegini, dapat beraksi begitu tangkas di jalan-jalan bandar dan selekoh-selekoh pendek.

Enjin Silinder Tunggal Biasa Didapati Pada:
  • Motosikal praktikal - Skuter atau moped bersesaran rendah.
  • Streetbike sesaran rendah - Yamaha FZ150i, Modenas Pulsar NS200, Kawasaki Z250SL.
Kelebihan
  • Saiz kompak dan langsing, sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan off-road.
  • Mudah dan lebih murah disenggara.
  • Tork atau daya kilas cukup kuat pada sesaran enjin sama.
Kekurangan
  • Getaran kuat yang mudah dirasai ketika menunggang jarak jauh.
  • Kurang kuasa kuda (hp) berbanding enjin multi-silinder bersesaran sama.
  • Tidak sesuai untuk motosikal sesaran tinggi (disebabkan faktor getaran tadi).
Uji Bunyi

2. SILINDER PARALLEL TWIN (KEMBAR SELARI)

Silinder Kembar Selari atau Parallel Twin ialah konfigurasi enjin tertinggi untuk motosikal kelas 250cc moden. Keseimbangan tork dan kuasa maksimum menjadikan motosikal dengan konfigurasi enjin sebegini cukup sesuai untuk kegunaan dalam jalan raya bandar dan lebuh raya.

Atas alasan ini juga, konfigurasi sama turut digunakan motosikal bersesaran lebih tinggi (500cc ke atas) yang difokuskan untuk tunggangan harian. Selain itu, enjin berkembar selari turut boleh dibahagikan kepada beberapa sub-jenis mengikut aturan sudut engkol, seperti 270° crankshaft Yamaha MT-07 dan 360° crankshaft Benelli TNT 300 memberikan karekter enjin dan deruman ekzos berbeza dengan jentera dwi silinder 180° crankshaft  kebiasaan.

Enjin Parallel Twin Biasa Didapati Pada:
  • Sportbike kelas permulaan dan middle weight - Kawasaki Ninja 250R, Yamaha R25, CBR500R.
Kelebihan
  • Kompak dan ringan.
  • Responsif pada RPM rendah.
  • Sesuai untuk perjalanan dalam bandar atau lebuh raya.
Kekurangan
  • Getaran lebih terasa berbanding enjin 4-Sebaris pada sesaran sama
  • Lebih mahal untuk disenggara berbanding enjin silinder tunggal
Uji. Bunyi

3. V-TWIN/L-TWIN (DUCATI)

Enjin silinder V-Twin ialah konfigurasi yang wajib ada pada model-model ikonik seperti Harley Davidsons dan Ducati (digelar L-Twin berikutan sudut bukaan V yang lebih besar). Sama seperti enjin Parallel Twin, V-Twin tewas kepada 4-sebaris jika cuba dibandingkan secara kuasa kuda maksimum.

Tetapi, enjin jenis ini ada kelebihan jalur kuasa (powerband) yang lebar dan tork tinggi apabila terotel dipulas. Bagi motosikal cruiser seperti Harley Davidson, tork tinggi setiap masa daripada nadi V-Twin adalah lebih dihargai berbanding kuasa maksimum 4-sebaris yang hanya dicapai apabila dikerah secukupnya.

Anda boleh lihat gambarajah di bawah untuk perbandingan kuasa superbike, dalam kes ini merujuk Ducati 1299. Di sini kita dapat lihat, Ducati 1299 dengan enjin V-Twin mencapai garis merah (redline) lebih awal pada 9,900rpm walaupun cuma berkuasa 175hp. Tetapi, jika dilihat secara keseluruhan, jentera ini berupaya memberikan tahap kuasa tertinggi pada setiap tahap putaran.
Enjin V-Twin Biasa Didapati Pada:
  • Motorsikal keluaran Ducati - Daripada Ducati Monster hingga Panigale.
  • Motosikal cruiser - Harley Davidson.
Kelebihan
  • Tork tinggi dan powerband lebar.
  • Sangat responsif.
  • Profil fizikal langsing dan pusat graviti (CoG) rendah.
Kekurangan
  • Getaran mudah terasa.
  • Perlu sesaran lebih tinggi untuk saingi enjin 4 silinder
Uji Bunyi

4. BOXER TWIN

Enjin Kembar Boxer atau Boxer Twin kebiasaannya didapati pada motosikal pelbagai guna atau dual purpose seperti BMW R1200GS. Enjin jenis ini mampu menghamburkan tork cukup kuat yang mampu menggerakkan fizikal R1200GS yang seberat 270kg walaupun dalam situasi melahu (idle).

Kenapa dipanggil boxer? Sebabnya, silinder boxer diatur melintang, yang juga mirip enjin boxer kereta seperti Subaru Impreza, di mana silinder bergerak secara berlawanan seakan tumbukan peninju. Perhatikan powerband RS1200GS (merah) yang linear berbanding pesaing sama kelas yang mengalami susutan tork (torque dip) ketara pada 3,000 - 4,000 RPM.

Enjin Boxer Twin Biasa Didapati Pada:
  • BMW R1200GS, BMW R nine T.
Kelebihan
  • Tork sangat tinggi.
  • Powerband linear memberikan hantaran kuasa lancar.
  • Kestabilan tinggi pada pusat graviti (CoG) rendah.
Kekurangan
  • Saiz enjin lebar mengehadkan sudut condong semasa mengambil selekoh.
  • Reaksi Tork - Efek seperti Daya-G, tetapi bertindak dari sisi disebabkan gerakan piston melintang yang secara tidak langsung mengganggu kestabilan ketika membelok.
Uji Bunyi

5. 4-SEBARIS (INLINE-4 / FLATPLANE)

Hantaran kuasa lancar dan ligatan tinggi (high rev), serta tambahan kemerduan bunyi ekzos membuatkan motosikal berenjin silinder Inline-4 menjadi pujaan ramai peminat motosikal yang gilakan kuasa. Turut menyumbang kepada populariti konfigurasi enjin jenis ini adalah kerana ia sudah sekian lama menjadi pilihan pengeluar motosikal dari Jepun.

Konfigurasi empat silinder sebaris ini pernah didatangkan dalam bentuk lebih kompak iaitu 250cc sekitar era 90an namun disebabkan karakteristik hantaran kuasa yang lemah pada ligatan awal dan rekaan komponen miniatur yang lebih rumit (dan mahal) menyumbang kepada pupusnya jentera sebegini dengan terakhir sekali dapat dilihati pada Kawasaki Ninja ZX2R yang dihentikan jualannya di Malaysia pada tahun 2004.

Inline-4 boleh dibahagikan mengikut aturan pembakaran - Flatplane atau Crossplane. 

Enjin Inline-4 - Flatplane Biasa Didapati Pada:
  • Sportbike pertengahan - Honda CBR600RR, Kawasaki Z800.
  • Superbike - BMW S1000RR, Kawasaki H2R.
Kelebihan
  • Hantaran kuasa lancar pada RPM sederhana dan tinggi.
  • Ligatan tinggi (high rev), mampu dikerah lebih lama sebelum mencapai redline atau anda sendiri kecut perut.
  • Bunyi ekzos merdu.
Kekurangan:
  • Perlu dikerah kerana tenaga sebenar hanya dapat dicapai pada RPM tinggi.
  • Lemah dari segi tork, mudah tersedu jika ditunggang perlahan, menyebabkan enjin jenis ini tidak sesuai untuk motosikal bersesaran rendah.
  • Enjin lebih lebar dan berat, berbanding enjin 4-silinder lain.
Uji Bunyi

6. 4-SEBARIS (INLINE-4 / CROSSPLANE)

Inline-4 (Crossplane) ialah konfigurasi pemasaan enjin 4-silinder sebaris dengan aturan pembakaran tidak seragam yang mirip enjin V4, sekali gus memberikan karekteristik penghasilan kuasa yang hampir serupa.
Enjin Inline-4 (Crossplane) Biasa Didapati Pada:
  • Yamaha M1 untuk perlumbaan MotoGP.
  • Yamaha R1M dan varian untuk kegunaan atas jalan raya.
Kelebihan
  • Hantara kuasa lebih kuat pada putaran rendah.
  • Bunyi enjin unik, kedengaran lebih kasar berbanding Inline-4 - Flatplane.
  • Memiliki karakteristik enjin V4, tetapi dengan konfigurasi Inline-4 yang lebih ringkas.
Kekurangan
  • Aturan aci engkol (crankshaft) 90° membuatkan varian enjin Inline-4 sedikit lebar.
  • Pembuatan enjin Crossplane lebih rumit berbanding Flatplane. Pemilihan motosikal agak terhad.
Uji Bunyi

7. SILINDER TRIPEL

Kombinasi sempurna antara tork daripada Parallel Twin, dan kuasa maksimum daripada ligatan tinggi (high rev) enjin Inline-4. Konfigurasi silinder Triple menjadi kegemaran kalangan mereka yang pernah menunggang motosikal berenjin begitu. Kenapa? Silinder Triple dapat menjamin hantaran kuasa dalam apa saja situasi tunggangan, sama ada di selekoh ataupun jalan lurus.
Perhatikan carta dyno di bawah,Triumph Speed Triple memberikan kuasa lebih tinggi pada setiap RPM sebelum redline awal pada 9,000rpm, berbanding motosikal Inline-4 dengan redline 10,000rpm. Bezanya cuma 1,000rpm!
Enjin Silinder Triple Biasa Didapati Pada:
  • Motosikal Triumph - Street Triple 675RS, Daytona 675 dan Speed Triple R.
  • Yamaha MT-09.
Kelebihan
  • Karakteristik seimbang antara 2 dan 4-silinder.
  • Versatiliti dan prestasi setanding dalam setiap situasi sama ada di selekoh atau jalan lurus.
  • Bunyi enjin cukup unik.
Kekurangan
  • Pilihan motorsikal terhad.
  • Buat masa sekarang, mudah didapati pada Yamaha MT-09, manakala Triumph kurang mendapat sambutan kerana berharga mahal berbanding pesaing. Namun, buat mereka yang mementingkan kehalusan pembuatan, memang berbaloi membayar lebih untuk jenama Triumph.
Uji Bunyi

8. SILINDER V4

Seperti silinder Triple, enjin V4 menjanjikan keseimbangan prestasi antara konfigurasi 2 dan 4-silinder dengan tork kuat pada RPM rendah dan kuasa maksimum pada RPM tinggi. TarikanV4 adalah hantaran kuasa lebih linear dan lancar pada setiap tahap RPM.

Profil motosikal V4 yang lebih langsing membuatkan ia mudah dikawal. Namun, pembuatan enjin yang kompleks dan memakan kos menyebabkan tidak banyak pengeluar berminat menggunakan enjin ini selain daripada tujuan perlumbaan.

Merujuk carta di bawah, anda boleh lihat keluk Aprilia RSV4R (hitam) yang terletak antara Ducati 1199 Panigale (V-Twin/merah) dan Kawasaki ZX-10R (Inline 4/hijau) dari segi tork dan kuasa kuda (hp) maksimum.
Hantaran kuasa RSV4R juga kelihatan linear dengan kuasa yang semakin meningkat pada setiap RPM berbanding Yamaha R1 (biru) yang mengalami susut tork pada 5,000rpm.
Enjin V4 Biasa Didapati Pada:
  • Supersport atau tourer / cruiser - Aprilia RSV4R, Aprilia Tuono V4, Yamaha VMax.
  • Motosikal perlumbaan MotoGP - Honda RC213V, Ducati Desmosedici.
Kelebihan
  • Hantara kuasa lancar dan tork lebih tinggi berbanding Inline-4.
  • Profil ramping membantu pengendalian.
  • Bunyi enjin unik.
Kekurangan
  • Pilihan motosikal terhad. Seperti silinder Triple, motosikal V4 memberikan kepuasan tinggi kepada pemilik yang mampu berbelanja lebih.
  • Konfigurasi enjin kompleks turut meningkatkan kos baik pulih dan modifikasi berbanding enjin Inline-4.
Uji Bunyi

BACA >> Inilah Jawapan Kenapa Tiada Lagi Motosikal Turbo?

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: jenis konfigurasi enjin motosikal, Mototainment, roda2

Comments

  1. sablie says

    January 20, 2018 at 1:10 PM

    bukan Ducati Desmosedici guna konfigurasi enjin 90°L ka ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my