Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?
Autotainment

#TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

ZYBy ZY22/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI kebanyakan penunggang, tetapan suspensi bukan perhatian utama asalkan motosikal sedap ditunggang. Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin tahu, mungkin tertanya-tanya kenapa sesetengah motosikal seperti sportbike atau kapcai prestasi tinggi didatangkan dengan suspensi belakang jenis absorber tunggal atau popular dengan panggilan monoshock?

Jika itu ciri premium, kenapa masih ada motosikal terkemuka seperti Harley-Davidson masih menggunakan suspensi dual-shock, iaitu jenis suspensi sama diguna pakai kapcai ekonomi?

Ikuti penjelasannya di bawah ini.

1. SUSPENSI DUAL-SHOCK


Dual-shock ialah antara suspensi terawal diguna pakai secara meluas untuk motosikal, dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Antara kelebihan suspensi jenis ini ialah kemampuan menyerap hentakan dengan baik, di samping mampu menanggung beban tinggi, dengan teknologi yang lebih ringkas dan berkos rendah.

Ini merangkumi rekabentuk dan material komponen suspensi, melibatkan absorber, spring, swingarm, frem dan lain-lain komponen berkait.

Jadi, suspensi jenis ini masih digunakan kapcai ekonomi, yang kerap menanggung lebih beban dan pada masa sama perlu memberikan tunggangan lancar buat penunggang.

Suspensi dual-shock masih digunakan untuk tujuan perlumbaan, semestinya dengan kualiti lebih baik.

Bagaimanapun, kelebihan itu menjadikan motosikal yang didatangkan dengan suspensi dual-shock kurang sesuai untuk pengendalian lebih lasak seperti sportbike dan motosikal berkuasa tinggi.

Antara masalah utama dihadapi ialah daya kilas pada swingarm ketika mengambil selekoh kerana suspensi sebelah dalam perlu menyerap lebih banyak daya berbanding suspensi sebelah luar selekoh. Ini mengurangkan keyakinan penunggang mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi.

Walaupun tidak dinafikan ia boleh diatasi menerusi penggunaan suspensi prestasi tinggi seperti digunakan jentera cub prix, ia bakal meningkatkan kos dan harga motosikal. Inilah masalah utama yang ingin diatasi pengeluar bagi segmen ekonomi.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Strut MacPherson dan Kenapa Sangat Popular?

2. SUSPENSI MONOSHOCK


Mula digunakan secara meluas pada awal 1980-an, tetapi suspensi monoshock mula mengecapi populariti, sekurang-kurangnya di kalangan penunggang harian apabila Yamaha LC135 membuat debut 12 tahun lalu.

Walaupun hakikatnya sistem itu sudah digunakan Yamaha 125Z dan Suzuki FX125 bertahun-tahun sebelum itu. Malah, paling awal dalam segmen kapcai sudah tentu tidak lain dan tidak bukan ialah Suzuki RG Sport.

Walaupun kehadiran suspensi jenis ini meningkatkan harga motosikal dan juga sedikit kurang selesa berbanding dual-shock, suspensi monoshock jadi pilihan pengeluar yang mensasarkan motosikal kepada penunggang yang mahukan tunggangan sporty.

Antara faktor sporty suspensi jenis ini ialah kestabilan, terutama ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi memandangkan tiada daya kilas bertindak pada swingarm seperti yang berlaku pada suspensi dual-shock.

Tidak seperti kebanyakan jentera Harley-Davidson, model Softail ini dilengkapi suspensi monoshock.

Ini kerana, tidak seperti dual-shock yang mengenakan daya kilas pada swingarm, monoshock dihubungkan dari pangkal swingarm ke frem, sekali gus menghilangkan masalah daya kilas. Selain itu juga, dengan cuma satu suspensi saja bermakna ia lebih seimbang dan memudahkan talaan dibuat.

Kelebihan dari segi fizik pula, sistem monoshock tidak perlu ruang banyak dan lebih ringan, lantas mengurangkan beban unsprung dan sudah tentu, menambah baik pengendalian.

Bagaimanapun, bagi sebuah motosikal ekonomi berkuasa rendah, kesan atau penambahbaikan monoshock tidaklah begitu terasa perbezaan apabila dibandingkan dengan suspensi dual-shock.

Jadi, dengan kos lebih tinggi, penggunaan monoshock rata-ratanya dikhaskan untuk motosikal prestasi tinggi (dalam kelas) atau cuma sebagai penambah daya tarikan sesebuah motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakan Bar Anti-Oleng Bekerja?


KESIMPULAN RINGKAS

Dalam kes-kes tertentu, kebiasaannya untuk tujuan perlumbaan, suspensi dual-shock boleh dibina untuk jadi sebaik monoshock, dan begitu juga sebaliknya. Kesimpulan perbandingan di bawah merujuk kepada perbezaan secara am melibatkan motosikal yang dihasilkan untuk kegunaan awam.

Kelebihan Dual-shock

  • Kos pembuatan rendah, harga motor murah.
  • Mampu menampung beban berat.
  • Serapan hentakan lebih lembut.
  • Kurang tekanan pada frem.

Kekurangan Dual-shock

  • Masalah imbangan suspensi.
  • Kurang stabil untuk mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi.

Kelebihan Monoshock

  • Lebih stabil semasa mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
  • Tidak perlukan banyak ruang.
  • Talaan lebih fleksibel.
  • Tiada daya kilas pada swingarm.

Kekurangan Monoshock

  • Meningkatkan harga motosikal.
  • Kurang menampung beban tinggi sebaik dual-shock.
  • Kurang tahan lama berbanding dual-shock.
absorber Absorber Tunggal autotainment dual shock monoshock monoshock vs dual shock roda2 twin shock
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

11/05/2026
Roda2

Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

07/05/2026
BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
Roda4

BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

07/05/2026
Roda2

Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

04/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.