• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Bar Anti-Oleng Bekerja?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Bar Anti-Oleng Bekerja?

August 16, 2018 By Azhan O Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda dengar tentang bar anti-oleng atau dalam istilah Inggeris dipanggil anti-roll/sway bar? Memang mudah mengetahui maksud kerana klu tentang fungsi ada pada nama komponen itu sendiri, iaitu bar yang melawan olengan. Tetapi apa pula penjelasan setepatnya?

* Penjelasan selepas ini akan disebut bar anti-roll.

Anatomi bar anti-roll ringkas sahaja, iaitu logam (biasanya keluli) silinder panjang berbentuk U dan bersambung dengan suspensi yang secara am berada di sisi gandar menerusi lengan kawalan (control arm). Ia biasanya dipautkan pada casis, di tengah dua poin dengan sesendal (bushing) getah.

Kenapa perlu ada bar anti-roll? Sebabnya, kereta memang ada olengan badan yang dipanggil body roll.

Tetapan suspensi depan dengan bar anti-oleng (ditanda merah).

Ketika membelok, *berat sprung (sprung mass) badan kereta secara semula jadi akan beranjak ke sisi luar kereta, dan inilah yang dipanggil body roll. Situasi ini tidak digemari pemandu kerana kecondongan kereta akan membuatkan roda mula senget, sekali gus mengurangkan sentuhan tayar atas permukaan jalan.

Olengan badan melampau juga berisiko mengakibatkan kereta jadi kurang responsif dan mengambil masa lama untuk bertindak balas dengan arahan pemandu.  Maknanya, kereta tanpa bar anti-roll ialah sebuah jentera yang degil dan enggan mematuhi arahan kita. Setiap belokan akan jadi kurang tajam dan tidak tepat.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?

Sebaliknya, jika bar anti-roll dipasang, tenaga dari bahagian suspensi  yang lebih terbeban akan disalurkan menerusi bar secara daya pulas (twisting force) dengan 'menarik' roda ke sisi bertentangan dari gandar ke arah badan. Kita mesti faham, bar anti-roll tidak menyingkirkan body roll sepenuhnya, tetapi dapat mengurangkan kesan olengan itu.

anti-roll-bar-1
anti-roll-bar-3
bar-anti-oleng-anti-roll

Bagaimanapun, bar anti-roll juga ada kelemahan. Sekiranya salah satu suspensi terjejas, komponen itu tidak lagi ideal untuk menangani kondisi jalan raya kurang elok. Inilah sebab kenapa suspensi jenis independen dihasilkan.

Tambahan bar anti-roll boleh dikompromi. Namun kesan body roll yang disalurkan ke kabin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan membuatkan kereta sedikit bergegar. Jadi pengeluar perlu melakukan tetapan terbaik, iaitu memasang bar anti-roll yang tidak terlalu keras supaya dapat diseimbangkan dengan keselesaan dan prestasi kereta.

BACA >>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

Sesetengah pengeluar menemui penyelesaian kepada masalah tersebut, iaitu menambah baik kecekapan bar anti-roll dengan memuatkan sistem aktif. Ciri ini menggantikan komponen tunggal dengan dua bar oleng dari motor tengah. Sensor akan memantau sudut stereng dan olengan, dan apabila diperlukan daya pulas akan diaktifkan secara elektronik, dengan menaikkan roda yang kurang terbeban dan melawan olengan.

Dari segi modifikasi pula, bar anti-roll mampu menambah baik kemampuan membelok, termasuk mengubah keseimbangan kereta. Misalnya, bar anti-roll yang keras di belakang kenderaan pacuan roda depan (FWD) dapat mengurangkan situasi belokan kurang atau understeer, manakala kenderaan paduan roda belakang (RWD) meminimumkan situasi belokan lebih (oversteer).

BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

Penting untuk kita sedar bahawa diameter besar bar anti-roll bukanlah kriteria utama yang menentukan komponen itu lebih rigid, atau kuat. Panjang dan posisi lengan tuas (jarak antara poin aplikasi daya dan paksi) juga mampu mempengaruhi kekuatan komponen.

Kerap kali kita lihat dalam sukan permotoran, bar anti-roll boleh laras digunakan. Sebabnya, komponen itu membolehkan imbangan kereta dilaraskan dengan cepat dan mudah mengikut kehendak pemandu.

Dalam dunia off-road pula, sesetengah pemandu memilih untuk tidak menggunakan khidmat bar anti-roll sepenuhnya supaya mereka boleh dapat mengoptimumkan artikulasi atau sendi gandar.

Suspensi torsion beam Honda Civic (FK2) Type R sudah cukup keras untuk tidak memerlukan bar anti-oleng belakang.

* Berat sprung (sprung mass) - Berat fizikal kereta bahagian atas yang disokong suspensi seperti badan, frem, komponen dalaman, penumpang dan kargo. Tetapi tidak termasuk berat bawah suspensi seperti rim, tayar, bering, brek cakaera, kaliper - disebut berat unsprung

SUMBER: CarThrottle

Artikel Berkaitan

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Anti-Roll Bar, autotainment, Bar Anti-Oleng, Body Roll, Olengan Badan, Roda4, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my