• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

October 9, 2016 By Azhan O Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Salam, saya inginkan kepastian tentang ESC. Salesman ***** cakap ESC hanya berfungsi 80kmj ke bawah sahaja?
- Pembaca

SESETENGAH pembaca mungkin belum jelas tentang fungsi Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC). Jangan bimbang, kami akan cuba jelaskan lagi supaya kita semua dapat benar-benar faham tentang bagaimana ESC bekerja.

BACA >>> Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

ESC TIDAK BERFUNGSI JIKA LEBIH 80KMJ?

Penjelasan jurujual itu betul dari segi pemahaman, tetapi salah dari segi teknikal. Bagaimana pula tu?

Begini, ESC tidak dipengaruhi had laju atau kelajuan sesebuah kereta. Sensor kelajuan yang ada pada sistem itu sebenarnya bertujuan mengesan putaran roda yang tidak sekata, termasuk sensor dan input lain. Ini penting supaya tekanan brek dapat dikenakan kepada roda-roda normal lain untuk menstabilkan semula kenderaan.

Kita labelkan empat roda kereta sebagai A, B, C dan D (gambar atas kiri). Katakanlah roda D pancit (gambar atas kanan), kereta sudah pasti tidak stabil kerana putaran roda D terjejas. Pada masa inilah ESC berfungsi dengan mengaktifkan brek pada roda A, B dan C, manakala brek roda D dilepaskan supaya putaran roda keempat-empat tayar dapat diseimbangkan. Jadi, secara automatik, kereta jadi stabil dan dapat dikawal.

Tanpa ESC, tiada tekanan brek elektronik pada roda dan mekanisme brek berfungsi secara statik, di mana tekanan brek pada roda D  sama seperti roda-roda lain juga. Situasi beginilah menyebabkan kereta berpusing dan hilang kawalan apabila menghadapi situasi belokan kurang (understeer) atau lebih (oversteer). Ingat, ESC bukan hanya tentang sensor kelajuan, tetapi turut membabitkan sensor dan input lain seperti dijelaskan artikel terdahulu.

ADA KENA MENGENA DENGAN KELAJUAN?

ujian-perlanggaran-vw-golf-gti-2015
Sekarang anda sudah tahu ESC tetap berfungsi dalam apa jua kelajuan sekalipun. Cuma dalam kelajuan melampau, ESC tidak memberikan kesan optimum seperti diharapkan, dan bukan kerana ciri itu tidak berfungsi. Sebaliknya, lebih kepada fizik kereta dan logik kawalan pemanduan. Lebih laju anda memandu, lebih tinggi risiko bahaya. Lebih laju kereta anda, lebih sukar ia dikawal. Mudahkan. 🙂

Situasi tersebut samalah seperti ciri beg udara yang berfungsi optimum pada perlanggaran sekitar 64kmj. Namun, apabila kereta anda berlanggar melebihi had laju tersebut, ia bukanlah bermakna beg udara anda tidak berfungsi. Cuma kesan perlindungan tidaklah optimum seperti biasa dicatatkan dalam ujian perlanggaran. Fahamkan?

Kesimpulannya, walaupun kereta anda hilang kawalan kerana memandu terlampau laju, ESC tetap juga bekerja. Bezanya, fungsinya tidak lagi optimum. Tahap optimum itu pula bergantung kepada jenis, kualiti dan sokongan ciri keselamatan lain yang ada pada sesebuah kereta. 😉

Artikel Berkaitan

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bagaimana ESC bekerja, ciri keselamatan kereta, Electronic Stabiliy Control, ESC, fungsi ESC, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my