Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapakah Kereta Perlu Ada Sistem Suspensi?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapakah Kereta Perlu Ada Sistem Suspensi?

TalibBy Talib13/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA macam-macam kehendak pemandu yang perlu dipenuhi pengeluar automotif selain kelajuan tinggi sebagai salah satu keutamaan. Ini termasuk enjin turbo, sesaran enjin tinggi, rekabentuk menarik, teknologi bantuan pemandu dan lain-lain.

Keselesaan juga adalah aspek penting pemanduan yang terbahagi kepada dua kriteria:

  • Keselesaan memandu
  • Keselesaan penumpang

Walaupun betapa laju kereta yang dipandu, tanpa sistem suspensi yang baik, ia cuma kenderaan tidak berguna kerana pasti gagal dikawal pemandu. Misalnya kereta Formula Satu (F1), kalau suspensi tidak bagus, baru saja ambil selekoh pertama sudah terbabas keluar.

Ramai pemandu Malaysia mengadu tidak selesa memandu di kawasan jalan berlopak dan tidak rata. Kadangkala boleh pula sedang sedap laju, tiba-tiba ada bonggol. Terus melantun semua orang seisi kereta.

Berdasarkan sejarah pembuatan kereta, selepas pasukan jurutera sudah mantap dalam membikin teknologi enjin pembakaran dalaman, mereka mula menumpukan kepada pembangunan sistem suspensi terbaik bagi membantu pemandu mengawal kenderaan.

Ini bukan kerja mudah kerana keadaan jalan menjadi faktor pembolehubah dan ketahanan sistem suspensi. Jom kita dalami serba sedikit asas pengetahuan tentang sistem suspensi.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Double Wishbone, Kenapa Lebih Superior?

FUNGSI SISTEM SUSPENSI

Animasi cara sistem suspensi depan bekerja dari sudut stereng berbeza. KREDIT: Nickelderfield.com

Kita fokus sekejap fungsi umum sistem suspensi yang menjurus kepada semua jenis kenderaan seperti lori, bas, motosikal, kereta, kereta kebal dan sebagainya:

  • Memaksimumkan cengkaman tayar atas permukaan jalan ketika memecut, bergerak dan berhenti
  • Memudahkan pengendalian untuk kawalan stereng lebih stabil
  • Memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang

Maksudnya, kalau semua jalan raya atas dunia ini lurus, rata dan tiada bonggol, maka kita tidak perlukan pun sistem suspensi. Faktanya, situasi tersebut hanya muncul di litar drag, itupun trek kadang-kadang berminyak yang mana kelajuan tinggi boleh menyebabkan kereta terangkat dan terbalik. Nampak macam mudah, tetapi sememangnya sistem suspensi sangat diperlukan kenderaan.

SAINS DI SEBALIK SISTEM SUSPENSI

Hukum Newton mengatakan, daya mempunyai kedudukan magnitud dan juga arah. Sekiranya ada bonggol di jalan, maka tayar akan bergerak ke atas dan ke bawah berserenjang dengan arah jalan.Kedudukan magnitud pula berubah mengikut kondisi tayar yang melanggar bonggol itu berdasarkan saiz bonggol tersebut.

Ketika tayar melanggar bonggol, muncul tenaga pecutan menegak yang akan membuatkan kereta bergerak ke atas. Semakin kuat tenaga pecutan menegak, maka keseluruhan kereta akan terapung dan tiada traksi atas jalan. Tarikan graviti kemudian akan membuatkan kereta jatuh semula.

Inilah detik lantunan berlaku untuk mengurangkan tenaga apungan. Jika tiada tenaga graviti, pelanggaran tayar dan bonggol akan menyebabkan kita terus terbang hingga tenaga pecutan menegak itu habis dan kemudian… Hmm, menakutkan juga…

Jadi, kereta memerlukan sistem yang dapat menyerap tenaga pecutan menegak tanpa mengganggu pergerakan badan frem ketika tayar melanggar bonggol.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Suspensi Strut MacPherson dan Kenapa Sangat Popular?

Daya menolak kereta ke atas dari permukaan jalan

Rumus asas tenaga pecutan menegak ketika kereta melanggar bonggol adalah berdasarkan kepada Hukum Newton Kedua seperti berikut:

F=ma, ‘m’ berat jisim (iaitu berat kereta), dan ‘a’ pecutan menegak

Berat kereta senang hendal faham, kita ikut saja kiraan yang diberikan pengeluar. Mencari nilai pecutan menegak pula, kita perlu gunakan rumus konsep trajektori seperti gambarajah di bawah.

Contoh kiraan konsep trajektori

Berdasarkan contoh di atas, kita gunakan halaju 30 meter per saat pada sudut bonggol 35º, kedudukan tayar akan berada 12 meter atas permukaan tanah. Situasi ini berlaku dalam kiraan 1 saat. Andai kata halaju lebih tinggi, maka lagi tinggilah kedudukan tayar atau kereta.

Berdasarkan prinsip ini, kenderaan memang memerlukan sistem suspensi bagi mengelakkan kereta di awang-awangan ketika dipandu laju. Ujikaji paling mudah, cuba naik stroler dan langgar bonggol. Memang melantun jadinya!

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu

ILMU SAINS DINAMIK KENDERAAN

Contoh ujian kawalan dinamik kenderaan.

Konsep trajektori adalah sebahagian ilmu dinamik kenderaan (vehicles dynamic) yang cuba mengkaji tenaga kerja ketika sesebuah kenderaan bergerak.

Bagi mengawal keadaan trajektori kereta, jurutera automotif menumpukan kepada dua aspek pemanduan kereta iaitu situasi ketika memandu, dan kawalan kenderaan. Dua aspek kemudian membawa kepada tiga prinsip asas, iaitu:

  1. Pengasingan Jalan – Kebolehan kenderaan mengasingkan dan menyerap kejutan tenaga jalan di kawasan pemanduan dan penumpang.
  2. Belokan (cornering) – Kebolehan kenderaan bergerak di laluan melengkung.
  3. Pegun Jalan (road holding) – Darjah (º) kebolehan kenderaan dalam menetapkan kedudukan di permukaan jalan ketika berubah posisi.

Prinsip pertama dan kedua seharusnya mudah difahami setiap pemandu. Pertama, adalah penerangan lanjut mengenai permukaan jalan yang memberi kejutan tenaga terhadap kenderaan.

Kedua, bagaimanakah sistem suspensi berkenaan boleh membuatkan kereta kekal stabil ketika dipandu di laluan Karak atau susur keluar lebuh raya pada halaju sesuai. Fahamkan maksud sesuai? Ikut kereta, lebih bagus sistem suspensi, maka ekstra halaju boleh digunakan.

Ketiga, ini berkaitan perubahan keadaan kereta. Apakah dimaksudkan perubahan keadaan kereta? Jawapannya, keadaan ketika kereta menjunam (dive) atau menjongket (squat). Perubahan ini biasanya berlaku ketika kereta hendak berhenti (menjunam) dan memecut awal (menjongket). Cuba lihat gambarajah di bawah untuk pemahaman lebih jelas.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

Kereta menjunam ketika berhenti.
Kereta menjongket ketika mulakan pecutan.

Kedua-dua situasi itu jika tidak dikawal baik akan menyebabkan kereta terbalik ketika berhenti dan terpelanting ketika memulakan pecutan. Tiga prinsip asas tersebut melengkapkan kepentingan sistem suspensi kenderaan, khususnya kereta.

Kesimpulannya, betapa laju pun kereta anda, tanpa sistem suspensi yang baik, ia cuma objek yang bakal mengundang tragedi. Sebagai peringatan, jika anda ada melakukan sebarang modifikasi enjin, pastikan sistem suspensi juga turut dipertingkat demi kestabilan dan keselesaan pengendalian kereta anda.

absorber autotainment Dinamik Kenderaan Hukum Newton sistem suspensi Suspension System tahukah anda Teknikal
Talib

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.