• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

#ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

June 27, 2019 By AI Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ABSORBER atau penyerap hentak ialah komponen motosikal yang amat penting kerana menyumbang kepada kestabilan, terutama ketika melalui permukaan jalan beralun atau tidak rata, dan ketika mahu memotong. Jadi komponen berkualiti sangat diperlukan.

Lazimnya, usia absorber versi asli aka OEM mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun, bergantung kepada penyelenggaraan dan penggunaan motosikal. Ada komponen yang mampu bertahan hingga tujuh tahun.

BACA >>> Selepas Thailand, Giliran Indonesia Lancar Yamaha MT-15 (Malaysia Bila Pula?)

Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan sendiri untuk memeriksa dan menjaga absorber motosikal anda:

1. Tekan hendal motosikal ke bawah dan perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun sangat cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.

2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal perlahan-lahan. Itu menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.

3. Secara visual, perhatikan pengedap (seal) absorber depan. Jika ada lelehan atau tompokan minyak, maka seal itu harus diganti segera.

4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata. Jika rasa lantunan melampau (seperti dalam bot laju atau menunggang kuda), maka absorber motosikal anda perlu diganti. Semakin banyak lantunan, maka semakin besar kerosakan komponen tersebut.

ambulans-jalan-berlubang-bg
Shock Absorber-2
Suspensi belakang

BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

Menunggang dengan absorber yang sudah rosak, sebenarnya sangat bahaya. Selain prestasi jentera kurang mantap, anda juga akan rasa tidak selesa. Kerosakan absorber boleh membuatkan badan jadi sakit, terutama bahagian pinggang dan belakang.

Jadi, jangan lupa gantikan absorber motor yang rosak itu. Pastikan beli produk tulen yang memang diuji keberkesanannya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?

SUMBER: NaikMotor

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: absorber, apa nak buat, apanakbuat, autotainment, penyerap hentak, shock absorber, shock absorber rosak, suspensi, tip motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my