ABSORBER atau penyerap hentak berfungsi membantu mengawal impak dan pergerakan spring dan suspensi kenderaan untuk meminimumkan gegaran dan lantunan. Selain menyumbang kepada pemanduan yang lancar, komponen ini juga memastikan tayar kenderaan kekal menyentuh permukaan jalan sepanjang masa. Ini memberikan anda respon kawalan dan brek yang baik daripada kenderaan dipandu.
Sekarang kita sudah tahu tentang kepentingan absorber, dan ini penting untuk mengesan dan memerhatikan masalah yang berlaku ke atas komponen berkenaan. Jika itu berlaku, segera tukar kerana absorber ialah komponen yang dipakejkan dalam satu unit siap dan bebas senggara. Jadi sebarang kerja membaik pulih adalah tidak munasabah.
BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?
Menggantikan absorber ialah satu-satunya pilihan yang ada apabila komponen itu menunjukkan tanda-tanda kerosakan atau terlalu haus kerana sudah lama digunakan. Sila ingat 5 simptom di bawah ini yang menunjukkan kegagalan absorber:
1. KERETA MELANTUN
Apabila absorber rosak, longgar atau tersekat, tayar tidak mampu menyentuh permukaan jalan dengan betul dan menyebabkan pemanduan jadi melantun, dan tidak selesa.
2. BADAN KENDERAAN TERLALU MERUDUM KE DEPAN KETIKA MEMBREK
Absorber anda bermasalah jika setiap kali membrek menyebabkan bahagian depan kereta menjunam terlalu ke dalam. Lebih teruk, posisi kenderaan berganjak tanpa boleh dikawal dan itu sememangnya petanda yang menunjukkan absorber kereta anda bermasalah.
3. KERETA BERGANJAK KETIKA MENEMPUH ANGIN LINTANG
Anda sepatutnya tidak perlu membetulkan arah stereng kereta ketika sedang memandu perlahan atau santai. Jika kereta cenderung tidak lurus atau terpesong apabila melalui kawasan angin lintang atau melalui laluan berangin kuat, ketahuilah anda sedang berdepan masalah absorber.
4. STERENG GEGAR
Jalan tidak rata secara semula jadi menyebabkan roda stereng bergegar, tetapi jika gegaran masih ada walaupun memandu atas permukaan jalan rata, itu antara tanda serius tentang absorber yang rosak. Elakkan memandu laju kerana gegaran itu boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal.
5. BUNYI DETAR
Absorber diikat pada tempatnya dengan penyendat (bushing) getah. Apabila getah haus, bunyi ketukan atau detaran (rattle) akan terhasil. Ini termasuk bunyi pelik seperti dengung dari tayar yang menunjukkan sentuhan dengan permukaan jalan sudah tidak sekata.
Satu lg.. Bunga tayar tidak seragam haus nya
Saya nak minta pandangan admin dan pembaca sekalian..kia picanto..bila awal pagi jalan n lalu jalan berbonggol atau xrata..akan ada bunyi besi belaga..gedeguk..lpstu tukar mounting absorber..ok jap..lepastu kerap tayar mkn dlm ..lower arm baru dah.absorber baru..spring je xtuka..skrg ni kalu lalu bonggol..ada bunyi hentakan balik..adakah mounting absorber problem balik..mohon pencerahan semua..
Absorber link dah check bush dia bro?
Brcadang nk tukar absorber alza...nk cari sendiri barang di kedai spare part..ape lg yg perlu dibeli selain absorber?
Beli skali mounting absober..
Nak tanya mers A180 saya terlalu keras melantun ..ada kah absorber saya dah rosak ?kereta tahun 2015
Ketika memandu dijalan terlanggar lubang kecil atau dijalan yg tidak rata bunyi hentakan tayar terlalu kasar ....
Hello admin, kereta produa viva saya kedengan mcm bunyi ketuk bahagian bawa ketika memexut minyak, apa bila saya free gear bunyi tue hilang, apa puncanya
Tak pasti. Biasanya kalau rasa gegar masa free gear tu mungkin engine mounting
hllo admin..sy owner axia dh 3th..smenjak2 ni bwa mcm x stabil..mcm melayang..x slesa..bila jln x rata/bbatu bunyi detar bhgian stering/dshbord...ada itu bounca dri mounting absober?
Ini kena check dahulu.
Kia Cerato K3 usia dh 5 tahun. Bila jalan x rata, gegaran agak kuat dari sebelum ni. Dan ada sesekali melantun. Adakah penyebabnya mounting atau perlu tukar absorber?
kereta produa alza pada bahagian belakang bila lalu kat jalan x rata mesti akan ada bunyi (duk duk),dh cabut tayar spare pun sama,usia kereta dh 5 tahun ada kemungkinan mounting absorber rosak x?
Berapa lama jangka hayat absorber...
Salam. Saya pengguna kereta axia 2015 sudah hampr 5 tahun. kereta saya rasa sperti tidak selesa terasa beralun alun,asyik nk betul kan stereng sahaja tak kira dlm keadaan laju atau perlahan, stereng terase free sgt bila memandu laju, bila berhenti di trafik light kereta berbunyi seperti dari belakang kereta selepas handbreak di turunkan atau setiap kali tekan pedal break sewaktu reverse bunyi yang sgt kuat! . Harap dpt tolong saya bg nasihat. sbb risau sgt.
Salam,
Jika lalu di jalan yang tidak Rata, bahagian tayar belakang sebelah Kiri akan bunyi ketakkk ketakk kuat sangat.. macam nak tercabut.. kenapa ye??
Absober kereta wira bahagian belakang menjadi rendah kalau naik 4 org
Kenapa myvi gen 3 senang jejak dkt bumper eh? kereta standard tak tukar srping, absorber etc. mmg standard dari factory. bila lalu bumper yg sama guna kereta lain and beban pun yg sama tak jejak pun. cuma myvi gen 3 je jejak. ada info?
Semalama sy sdh tukar satay bush and tukar absober mounting..dan bila jaln di jln yg x rata dia mngeluar kn bunyi jga..ada ka arm atau stering root yg kat bawa..sbb stering sy skrg bila pusing dia akan bunyi seolah2 mcm tersangkut ada ka tu punya dia yg membuat bunyi di bahagian depan..?
Salam bro,
Nak tny psl kia forte. Bhagian belakang ada bunyi ketukan masa melalui jalan tak rata. Absorber dan spring baru. Absorber link blkg xde utk kereta ni. So apa masalah agaknya?
Thanks
Boleh tahu hayat absorber dari segi mileage dan juga tahun?
Patut lah kebelakangan ni aruz saya macam rsa slide je bila memotong lori kat highway pada kelajuan 110/120kmj. Dulu xdelah goyang sangat, saya chexk absober de kuar minyak bawak pegi produa servc centre nak claim warranty boleh pla bdk teknikal tu cakap absorber kuar minyak ni normal. Hahahahaha,
Hi, admin.....nak tanye skit, Saya pakai Honda civic fd......bila kete Jln dlm 60km/h keatas ada bunyi cam dengung di belakang.....adakah ianye Bush arm yg rosak!?
Sy pakai kereta bezza,nk tnya klu naik/turun bonggol ada bunyi ‘ngingok’ mcm tu,sllunya apa masalah ye?
Apa kebaikan menggunakan absober adjuster dengan yang biasa bagi kereta honda civic fd2.0
macam mane nk kenal pasti axel belakang rosak..sy dah tukar bush axel same absober baru..kereta still lg masih jadi berat sebelah kiri dari belakang..chamber dah limit ajust.adakah axel sy rosak?tlng info tq
Honda city 2010 sy bila melalui jalan tak rata dan bonggol2 kecil akan trasa hentakan yg kuat pada bhgian belakang wlaupun baru tukar absober&spring&mounting..ape mslah lain yg mgkin brlaku
Kereta Altis 2.0v tahun 2010. Kalau tukar absorber depan perlukan tukar sekali dengan absorber belakang? Foreman cakap kalau tak tukar belakang sekali absorber depan akan cepat rosak. Benar tak?
Nape kete saya waja bila pusing steering bnyk sikit rasa mcm nak tercabut keluar tayar,Dan minyak power steering cpt hbs, bila bawa gegar x cuma bila corner je
Hai admin, kereta saya saga flx..bila lalu jalan yang kuat beralun or langgar bonggol, ada bunyi ketakan pada ruang depan sebelah kanan..adakah mounting absorber saya perlu diganti.? Bunga tayar masih normal
Mungkin absorber mounting
Apa beza absorber gas dan minyak. Yang mana lebih perform lebih bagus? Boleh terangkan? Saya pakai kereta toyota avanza yang lama.
Hai admin..kereta sy wira sedan..knpe ye kaki bawah semua da tukar..obserber da ganti..bila masuk lubang kereta goyang kuat..mcm tak stabil..mcm perahu pn ade min...ape sebab nye ye
hello admin kereta sy bru jew tukar absorber dan bwa kerta ok tpi bila nk msuk dan kluar kereta ad bunyi..niey biasa ke mcm mna..mcm bunyi hantukan....
Salam tuan
Sy pakai vios ncp93
Saya pakai adjustable depan dan belakang jenama d2
Sebelum ni sy tukar abssober mounting biasa fit semua elok tp ada msallah bila pusing strring ada bunyi krekkkk krekk
Selepas tu sy beli absobber mounting silicone di dlm shoppe selepas pasang msallah bunyi krekk krekk dah hilang.. Tp lubang absobber mounting tu tak fit ada longgar bila masuk btg sharp absobber selepas sebulan lbh sy pakai ada bunyi mcm hentakan dengung bila jalan tak rata atau mini tar kg... Adakah itu berpunca dri absobber mounting atau pun msallah lain
Saya tukar mounting absober myvi x smpai setahun, lepas 11 bulan kereta bunyi2 gedeguk.
Absober semua baru tukar.Pelik, xkan bari tukar x smpai setahun, rosak balik.
Ape pandangan ? Mohon pencerahan
Kenapa bumper depan kereta persona berbunyi bila banyak kali lalu jalan berbumper?
owh admin saya beli kete belum pernah tuko asorber.....keta tahun bulan Sept tahun 2013 saga flx....sepatutnya bila boleh tula and kalo tuko kene beli sekali dgn asorber mounting kew.
Kedua absober sudah bocor(leaking), Masalahnya sebelah sahaja yang lebih teruk bocor berbanding sebelah lagi. Jadi... Bolehkah hanya sebelah absober sahaja ditukar. Atau kena tukar kedua belah sekali.
Brapa lama ye pomen ambil masa kalau nk tukar absorber dpn blkg biasanye?
Biasa dalam 1-2 jam
kereta saya HJ101 sudah tukar absorber kenapa masih bumping ya ? ada masalah lain ke?
HI ADMIN NAK TANYA . SY BAWA KERETA BEZZA 1.3 PREMIUM X TAHUN 2020 , BARU LEPAS TUKAR TAYAR 16INCH DAN PSG ADJUSTABLE BARU TAPI BILA BAWA LAJU RASA MCM KERETA MELAMPUNG AND STERING OUT OF CTRL .. ANY IDEA KNPA MCM TU ?
Saga BLM,,Absober depan dh tukar 1set sama Spring(APM),tapi masih kuat bunyi bila melalui jalan tar yg bergelombang...apakah masalahnya
Kereta saga..tayar belakang sebelah driver x berpusing semasa memandu mintak pencerahan
saya nak tanya admin kalau saya nak guna absorber adjustable yg telah diguna oleh kereta waja, boleh masuk ke tidak dikereta wira 1.6 saya...absorber masih elok tiada kerosakkan.. t kasih admin..
Tak ada masalah asalkan tak libatkan ubah suai tambahan.
Kereta saya saga flx kekadng berbunyi nyet2 bila jln tk rata ataopon bonggol . Bunyi sebelah kiri . Tdi dh tukr bush . Still sme bunyi jgk . Pomen mta low arm ok . Ape mslh yea ?
Kereta iswara saya bila berjalan bergoyang² di belakang macam rasa tayar bunting tapi tayar masih ok..kalau di jalan batu keluar bunyi kuat sebelah kiri seperti besi berlaga dgn badan kereta saya..mau kena tukar obsorber sama mounting kah itu ya?
Boleh hantar periksa di bengkel. Mungkin salah satu perlu tukar atau dua2