Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
Roda4

#TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

Han OthmanBy Han Othman13/06/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJARAH Toyota Hilux sudah berkembang hingga lapan generasi sejak trak pikap itu kali pertama diperkenalkan pada 1968 dengan kod casis N10. Reputasi model ini cukup gah sebagai salah satu jenama kenderaan komersial paling dipercayai dan reliabel seantero dunia.

Tiada siapa pun akan mempertikaikan jika Hilux mahu menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Trak Pikap’ kerana segalanya memang dapat dibuktikan. Anda mungkin tertanya, kenapa model ini layak mendapat gelaran tersebut?

BACA >>> Nasser dan Hilux Bantu Toyota Raih Gelaran Pertama Rali Dakar

1. MAMPU REDAH PELBAGAI CABARAN RUPA BUMI

YouTube: Amphibious Car Challenge | Top Gear

Hilux terbukti memiliki keupayaan menangani pelbagai cabaran rupa bumi ekstrem hingga ke Artik dan Antartika. Dari jalan raya tidak berturap, berpasir, semak samun, kerikil hingga laluan berlumpur, dan juga mampu mendaki cerun bukit serta menempuh sungai cetek dan jeram.

Dalam rancangan Top Gear 2014, Hilux pernah dijadikan kenderaan amfibia untuk masuk ke dalam sungai dengan memasang enjin sangkut di belakang, dan ia berfungsi dan mampu dipandu jauh. Hebatkan?

2. TRAK PALING LARIS DI DUNIA

Hilux sudah terjual 17.7 juta unit seluruh dunia. Malah menjadi trak pikap paling laris di Eropah dan banyak negara dunia, termasuk juga Malaysia. Malah nama Hilux itu sendiri cukup kuat dalam kalangan pengguna Malaysia hingga dijadikan kata ganti nama kepada istilah trak pikap itu sendiri.

“Aku nampak dia naik Hilux,” beritahu Ahmad kepada kawan-kawan walaupun trak pikap yang dia nampak itu bukan Hilux pun, tapi jenama F atau I.

3. KEGEMARAN MILITAN

Nampak macam tidak senonoh dan inilah kenyataannya. Bukan mahu mempromosikan keganasan, tetapi Hilux memang trak pikap pilihan militan untuk melancarkan operasi pemberontakan mereka. Sebut saja militan-militan terkenal dunia, al-Qaeda dan Taliban, atau lanun Somalia, atau pemberontak Libya, Chad dan Congo, masing-masing menjadikan Hilux sebagai trak pikap pilihan mereka.

Reputasi Hilux menyamai status raifal AK47 sebagai senjata militan, dan Hilux pula menjadi kenderaan pilihan militan. Malah, Hilux pernah dilaporkan memuatkan 20 orang militan di ruang kargo belakang. Ini termasuk cerita tentang Hilux yang digunakan untuk mengangkut ribuan raifal dan senjata tempur lain bersamanya.

Kapasiti Hilux yang ringan, lincah, lasak dan berkuasa turut mendorong militan mengubah trak pikap ini menjadi kenderaan tempur yang dipasangkan mesingan. Hilux juga tidak sukar disenggara dan bukanlah jenis trak pikap yang manja. Kalau sudah militan yang cukup ekstrem dan ganas pun percayakan Hilux, inikan pula orang-orang biasa.

BACA >>> Toyota Hilux ‘Invincible 50 Chrome’ Sempena Ulang Tahun ke-50 dengan Ekstra Krom

4. SANGAT LASAK DAN RELIABEL

YouTube: Killing a Toyota Part 3 | Top Gear | BBC

Inilah jawapan kepada fakta di atas tentang kenapa militan dan orang kebanyakan menyukai Hilux. Selain laporan yang trak pikap ini pernah membawa 20 militan Sudan di ruang kargo belakang, siap dengan muatan senjata, di Pakistan pula, militan di sana dilaporkan memuat 2,000 senjata dalam sebuah Hilux!

Malah, rancangan TV permotoran popular BBC, Top Gear pernah memandu uji Hilux N50 (generasi ke-4) terpakai keluaran 1988 dengan perbatuan 305,775 km. Hilux itu diletakkan atas bumbung bangunan yang diruntuhkan, dan kemudian digolek-golekkan jengkaut hingga remuk teruk. Tetapi dengan menggunakan alatan asas, trak pikap itu dapat dihidupkan. Memang macam tak percaya, tetapi memang fakta. Tak percaya tengoklah klip video di atas.

5. RESALE VALUE TINGGI

Dengan reputasi tinggi dimiliki, memang tidak hairan Hilux memiliki nilai jual semula tinggi. Sebagai contoh, Hilux 2.5G AWD (2007) di pasaran kenderaan terpakai berharga lebih kurang RM38,000. Boleh dikatakan berharga tinggi dengan usia trak pikap itu yang sudah berumur 12 tahun!

Maknanya, pasaran Hilux terpakai ada kelompok pembeli yang ramai.

6. KOS SENGGARA MUDAH DAN BERPATUTAN

Di Malaysia misalnya, pusat servis Toyota berada hampir di semua kawasan strategik, sama ada di bandar-bandar besar atau pekan-pekan utama. Malah, boleh dikatakan majoriti bengkel mampu membaik pulih dan menyenggara Hilux. Jadi hal membela trak pikap bernama Hilux ini memang mudah dan menenangkan jiwa.

Kos senggara pula berpatutan dan tidak sampai kepada tahap kereta mewah. Kalau mahal, tidaklah trak pikap ini jadi pilihan golongan petani, pekebun, peniaga kecil dan mereka yang terbabit dengan kerja harian menggunakan tulang empat kerat.

7. PELBAGAI PILIHAN VARIAN, HARGA BERBALOI

Ini pun antara sebab kenapa Hilux jadi ‘Raja Trak Pikap’. Ada pelbagai varian dan harga menarik boleh dipilih mengikut keperluan pembeli. Hilux versi Malaysia misalnya dijual serendah RM90,000 untuk varian kabin tunggal (Single Cab) 2.4 dengan transmisi manual, hingga spesifikasi premium seperti dwi kabin (Double Cabin) 2.4 L-Edition Automatik pada harga RM123,600.

Dengan segala macam senarai di atas, memang susah untuk tidak menamakan Hilux sebagai ‘Raja Trak Pikap’. Sudahlah harga berpatutan, ia juga berbaloi dimiliki, mudah disenggara dan ada nilai jual semula tinggi. Semua kriteria trak pikap idaman ada pada Hilux.

pikap Raja Trak Pikap Roda4 Toyota Toyota Hilux Trak Trak pikap UMW Toyota Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026

2 Comments

  1. faez_76 on 17/06/2019 01:06

    yes,
    100% i agree whit the statement
    am hiluxcers 4ever

    Reply
  2. Joe on 19/06/2019 17:20

    Last2 design ciplak Ford Ranger. Hampeh.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.